Sabtu, 15 Ogos 2015

Hidup Ini Memang Palat

Assalamualaikum.

Baru aku perasan,kalau aku rasakan sedih,barulah aku akan mencari tempat untuk aku meluahkan sesuatu. Di sini,sudah bertahun-tahun. At least menaip dan mencarut-carut sorang diri. Tiada orang akan judge. Lagi pula,what can you do? Komen. Komenlah kat bawah. Aku hanya akan baca dan lupa. Begitu juga kau. Baca dan hanya mampu tersenyum. Adakalanya membara dalam hati.

Aku sangat positif orangnya. Sudah berkali-kali aku katakan ini. Pada diri sendiri,bahkan juga orang lain. Tapi ada satu sisi hidup aku yang suram yang sebaliknya mampu menjelmakan perasaan “positif” itu.

Isolated.

Isolated daripada orang lain. Selama ini,aku hadir dalam hidup rakan-rakan aku. Hadir tetapi tidak pernah rapat sangat-sangat-sangat-sangat sampai mati hidup kembali pun tetap bersama. Sebab aku tidak mahu ambil pusing sangat hal orang. Kawanan perempuan ini kan selalunya sangat suka mengambil tahu hal orang. Sekali sekala kami bercerita,aku turut sama join tapi tidaklah terlalu fanatik. Jika ada perkembangan terbaru,aku pastinya bukan orang pertama. Yalah,bukannya boleh aku gunakan untuk buat kultur tisu atau bina robot yang boleh dapatkan berita terkini.

Sebab itulah perasaan isolated sentiasa hadir. Mungkin sebab aku lebih selesa bersendirian kalau ada sesuatu yang membingungkan. Adakalanya,jalan-jalan seorang diri lebih menghiburkan. Biarpun kedengaran menyedihkan. Aku tidak suka dianggap lemah. Kadang-kadang aku tahu,remeh je sesuatu tu untuk diluahkan sedangkan aku cukup tahu apa yang perlu aku lakukan. Tapi aku luahkan juga sekadar untuk memuaskan hati. Nasihat yang aku dengar lebih kurang sama je dengan apa yang aku fikirkan. Mungkin pandangan kedua itu tujuannya untuk aku yakinkan diri bahawa itu yang perlu dilakukan. Tapi disebabkan itu juga lah,aku dianggap lemah dan tak sado. Aku bukan lemah,bukannya tak tahu apa yang perlu dilakukan. Mungkin kau ada sesuatu yang lebih amazing untuk dikatakan pada aku,barangkali itu yang aku tunggu-tunggukan.

Aku pernah terfikir untuk join military. Mereka gelak. Aku memang lah suka main-main,tapi kau ingat yang ini main-main? Ini betul-betul. Yer,aku lembik. Suka termenung. Tapi kau tak tahu betapa dalam hati aku ini menanggung kesedihan yang teramat sangat,kesan daripada deraan mental dan hati sebelum ini. Alang-alang nak kuat,biar betul-betul kuat. Kena maki pun hadap juga. Nangis? Nangis lah puas-puas. Biar sampai tak ada hati dan perasaan lagi nak menangis. Especially sebab lelaki. Coi.

Baguslah jugak. Biar aku sedar dunia sikit kan. Lambat kawen pun dah tak kisah sekarang,asal impian aku tercapai. Nak travel tak ada orang nak larang. Nak buka wedding photography service n pelamin,tak ada orang nak jeles sebab pekerja mostly lelaki. Nak sambung belajar tak ada benda nak dirisaukan. Nak buka restoran pun,tak ada orang nak ganggu sebab kalau dah kahwin,nak settle kewangan bersama lagi. Pening. Mak aku cakap,ingat senang kawen awal? Okay,aku admit. Tak senang. Apa lagi kalau tak kerja.

Itulah. Palat,palat juga. Tapi at the end of the day,aku ada Allah SWT. Nak stress sangat buat apa? Kalau yakin qada’ dan qadar,benda baik jadi jugak. Mungkin dalam cara yang tak pernah kau terfikir sekalipun.


np : james bay – let it go (sedih siot lagu ni..)

Much love,
@imsopipahhh xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan