Imej Sebenar Dwarf Planet,Pluto Dirakamkan New Horizons

By Eppy Ismail - 7:38 PG

Assalamualaikum :)

Mungkin ramai yang menganggap bahawa selama ini,planet Pluto adalah seperti yang digambarkan dalam kebanyakan buku-buku sains dan juga bahan-bahan ilmiah. Tahukah anda bahawa gambaran tersebut merupakan illustrasi bayangan saintis semata-mata?

Setakat semalam13 Julai 2015,kapal angkasa New Horizons yang telah menjalankan misi pengembaraan ke Pluto selama 9 tahun telah berjaya merakamkan dan memancarkan imej sebenar planet kerdil tersebut. Pihak NASA menganggap kejayaan ini sebagai sebuah lagi kejayaan terbesar dalam sejarah manusia,khususnya bagi negara Amerika Syarikat kerana telah berjaya mengunjungi semua planet dalam sistem solar.

Sumber : www.slate.com

Kapal angkasa New Horizons telah diprogramkan untuk merakamkan sejumlah besar imej Pluto beserta enam bulan kecil yang mengelilinginya,dikenali sebagai Styx,Nix,Hydra,Kerberos dan Charon.

Seperti yang dapat dilihat dalam imej yang dipancarkan oleh New Horizons,planet kerdil ini berwarna merah dan jingga serta mempunyai lembah,berkawah dan bergunung-ganang.Planet kerdil ini kelihatan lebih muda dan halus berbanding bulan kecil yang mengelilinginya iaitu Charon.

Planet kerdil ini juga lebih besar daripada apa yang telah dianggarkan oleh saintis selama ini,iaitu 1,470 batu keliling,dan menjangkakan bahawa sebahagian besar di bawah permukaan adalah ais dan jumlah batuan yang sedikit.

Cabaran yang lebih besar menanti para saintis kini adalah untuk memastikan perjalanan pulang New Horizons ke bumi dengan selamat. Kabus berhabuk dikhuatiri mengelilingi Pluto dan menyukarkan perjalanan pulang New Horizons ke bumi. Pengurus misi operasi,Alice Bowman berkata,kehilangan New Horizons merupakan sesuatu yang amat mendukacitakan,sementelah 99% data masih berada dalam kapal angkasa dan data-data yang paling penting masih berada di dalamnya.

New Horizons pernah meletus pada Januari 2006,bersama abu seorang ahli astronomi,Clyde Tombaugh,yang telah menjumpai planet Pluto pada tahun 1930. Beberapa bulan kemudian,International Astronomer Union telah bersetuju untuk menukarkan status Pluto daripada "planet" kepada status yang lebih kecil iaitu "dwarf planet" berdasarkan saiz dan kedudukannya yang berada dalam Kuiper Belt.

Ahli astronomi menggelar Kuiper Belt ini sebagai zon ketiga angkasa. Zon pertama mengandungi planet yang berbatu dan menyerupai Bumi iaitu Merkuri,Zuhal,Bumi dan Marikh. Zon kedua merupakan planet yang sebahagian besarnya adalah gas iaitu Utarid,Saturn,Uranus dan Neptune. Zon ketiga iaitu Pluto berada dalam Kuiper Belt dan dikelilingi oleh komet.

New Horizons dijangka akan meneruskan misi lebih mendalam ke Kuiper Belt,dengan janakuasa nuklear berasaskan plutonium,iaitu bahan yang dinamakan sempena nama planet kerdil tersebut. Dijangka akan bertahan sehingga tahun 2030,New Horizons akan berada 100 kali lebih jauh berbanding jarak antara Matahari dan Bumi.

Sumber : Ian Sample,The Guardian

Much love, @imsopipahhh xoxo

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen