Rabu, 8 Julai 2015

Cikgu oh Cikgu : Habis Juga Isi Analisis Item

Assalamualaikum  J

Alhamdulillah. Akhirnya habis juga kerja mengisi analisis item student ayah aku. Y’olls ingat senang? Eee,lagi senang makan tau. Haa. Takdelah susah sangat sebenarnya,kerja dia key-in data,tapi part yang paling aku tak suka bila key-in ialah sebab dia banyak giler. Arggh,banyak lagi memenatkan. Dari petang tadi dok mengerjakan benda ni sebab ayah aku perlukan esok,untuk dia buat rumusan dan seterusnya buat pembentangan keputusan untuk ujian bulanan.

Sampai tertidur-tidur aku buat benda ni. Kesian kan? Haha.

Hmmm. Beban cikgu zaman sekarang memang berganda-gandalah. Nak key in itulah,inilah,buat pembentangan lagi,pastu pelan tindakan lagi,mana nak rancang program itu,program ini lagi. Wahai kerajaan Malaysia,kalau nak teruskan juga kerja analisis-analisis bagai ni,elok rasanya kalau kita wujudkan jawatan pembantu pegawai pendidikan a.k.a pembantu guru. Tugas dia,mengkey-in kan data dan buat kerja-kerja opis yang memenatkan macam gini. Hehe. Doktor ada banyak pembantu,takkan guru yang mendidik anak bangsa sampai boleh jadi macam-macam jenis orang berjaya takde pulak kan?

Macam ginilah rupa analisis item tu. Sampai beratus juga. Meleleh airmata ni T_T

Mungkin inilah salah satu sebab aku dah dua kali tolak tawaran belajar kat IPG. Sebab life ayah aku yang macam gini. Tapi aku tetap salute sapa yang jadi cikgu ni,memang mulia di sisi masyarakat,agama,bangsa dan negara.


Apa-apa pun,terima kasih cikgu.  

Much love,
@imsopipahhh xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan