Ibadat Puasa dan Adat Puasa

By Eppy Ismail - 11:41 PTG

Assalamualaikum J

Meniti hari-hari berpuasa yang semakin sampai ke penghujungnya,ramai yang dah pakat hias rumah cantik-cantik,buat biskut kek raya,beli barang-barang raya dan tak lupa juga kepada tukang jahit,siapkan baju tempahan tepat pada waktu. Kelak dianok customer datang nak ngambik baju,baju sik terpolah. Duhh nak,nakka piluk ati kawan beraya make baju lamak,rasa ati tek nak bergaya make baju raya baru sik kesampaian. Tedah bah. Rasa ati kita juak nak make baju raya baru. Hehe.

Ngerepak jadi kerr. Aiheh. Baiklah abaikan. Haha.

So,rasanya pagi tadi aku dengar radio local Sarawak which is Cats FM. Tagline sikit? Nang antap. Yahh. Jadi adalah pesanan ringkas yang disampaikan berkenaan dengan puasa ibadat dan puasa adat. Apakah maksudnya?

Puasa ibadat ini maksudnya kita sebagai umat Islam yang berpuasa,bukan sahaja menunaikan ibadat puasa,tetapi juga mengerjakan ibadah-ibadah mulia yang lain seperti solat terawih,membaca Al-Quran,menunaikan solat lima waktu dan solat-solat sunat yang lain,bersedekah dan membayar zakat.

Puasa adat pula,obviously,berpuasa hanya sekadar untuk memenuhi syarat sebagai umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadan. Solat terawih malas,baca Al-Quran malas,solat pun ekspres,kedekut pulak tu.  Beraya nak sakan-sakan. Deep pulak ayat aku yang nih. “-_-

Jadi,di dalam kategori yang manakah anda? Kalau ada yang kesempitan masa atas sebab-sebab tertentu,at least dalam sebulan tu,adalah sekali dua pergi terawih kan? Hehe. Tak terlambat lagi rasanya kalau kita ada niat yang baik,terutamanya di bulan Ramadan ini,berbuat banyak amal kebaikan. Lagi bagus dan elok sekiranya kita ada buat daripada langsung tak ada. Maka,yarabbi,sia-sialah tahan lapar sebulan kalau menganggap puasa ni sebagai suatu adat dalam hidup kita.

Moga dengan pesanan pendek (pendek ke? Macam panjang jer. Ragu-ragu pulak.)ni,mampu sedikit sebanyak membawa kebaikan,walaupun sebesar zarah,alhamdulillah ada pahala. Kan-kan-kan? Jangan dihitung pulak pahala tu,okay?  

Renung-renungkan. ;)
Sumber : google.com

Much love,
@imsopipahhh xoxo

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen