Perginya Seorang Teman Lama

By Eppy Ismail - 11:27 PTG

Assalamualaikum

Sebentar tadi,aku dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang sahabat rapatku suatu ketika dahulu. Pada mulanya,aku sedikit tersentak dengan berita tersebut namun aku tiba-tiba berasa hiba kerana aku menyedari bahawa aku mempunyai momen-momen indah bersamanya masa kami masih di bangku sekolah rendah dahulu.

Aku ingat lagi,dulu kami sama-sama turun ke latihan bola jaring yang diadakan di sekolah. Pada waktu itu,dia siap mengaku lagi aku adalah girlfriend nya. Kami sangat rapat sampaikan kami sama-sama mengenakan stail rambut pendek ataupun mengikat bahagian depan rambut agar tak menganggu pandangan semasa bermain. Dia sangat ceria dan gila-gila orangnya. Air minum pun kongsi-kongsi. Tapi setelah melangkah ke sekolah menengah,masing-masing mengambil haluan masing-masing.

Pernah suatu ketika dia tersilap langkah tetapi alhamdulillah,Allah masih menyayanginya dan membawanya kembali ke pangkal jalan.

Dan kini Allah menyayanginya dengan lebih dalam lagi. Dia telah pergi buat selamanya.
Kawan,adakalanya kita selisih bahu sambil senyum saja kerana semuanya dah berubah. Tapi aku takkan lupa bahawa kau ada momen indah bersama aku suatu ketika dulu. Semoga Allah mencucuri rohmu. Innalillahiwainailaihirajiun.

Allahyarhamah Nur Fazira Binti Ahmad Man.

Al-Fatihah.

Harian Metro,Khamis,9 Julai 2015,9.41 p.m.


Much love,
@imsopipahhh xoxo

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen