Rabu, 26 Disember 2012

Fenomena Don't Cross Your Leg oleh Akdong Musician


Assalam :)

Malam ini,mood aku bukanlah tak bagus,cuma bagus-bagus saja.Haha! Ayat apakah itu? Apa-apa pun,malam ini,saya nak kasi tau sama lu orang semua,blogger-blogger untuk mengenali siapakah yang ada dalam video di atas.

Bukan kerana paras rupa mereka,kalau ikut paras rupa,memang tak laku lah,tapi disebabkan bakat yang mereka ada,mereka membuat semua orang terpukau dengan mereka. Duet ini dinamakan Akdong Musician atau Pemuzik Kanak-Kanak dan lagu yang mereka sampaikan kat atas ni bertajuk "Don't Cross Your Legs".

Bagi sesiapa yang belum pernah mendengar lagu ni,silakan dengar,sementara aku membuat komenku sendiri dan review aku secara peribadi. Secara keseluruhan,lagu ini memang "catchy" dan membuat semua orang yang mendengarnya buat pertama kali akan terbangun and automaticly asking,"Hey,ni lagu apa? Keren betul! Sapa penyanyi nya?". Seperti mana yang kita tahu,bagi sesiapa yang tak menonton K-Pop Star atas alasan anda tak suka K-Pop,it's ok. Aku pun tak berapa minat,tapi aku menonton K-Pop Star sebab juri-jurinya sangat profesional dan berterus terang terhadap peserta. Bukan menggedik-gedik seperti juri-juri rancangan realiti yang lain,yang kadang-kadang aku sendiri pun rasa juri tu bertindak,"Ah!Syok sendiri~".

Yang Hyun Seok dari YG Entertainment,yang melatih kumpulan BigBang dan 2NE1,BoA dari SM Entertainment,yang melatih kumpulan Super Junior dan Girl's Generation dan Park Jin Young dari JYP Entertainment,yang melatih Miss A dan WonderGirls. Memang mereka sangat ketat dari segi pemilihan para peserta sampaikan peserta dengan suara yang merdu dan nyanyian yang kalau di Malaysia,sudah dianggap peserta pilihan untuk menang program realiti nyanyian,pun pasti akan tersingkir di pusingan pemilihan/ujibakat.
Mungkin faktor negara yang luas dan banyak bakat terpendam di Korea,kalau dibandingkan di Malaysia,hanya seluas sebuah ladang gandum di Amerika Syarikat. Tetapi,jika kita jalankan sesi ujibakat yag ketat sebegitu,adakah penyanyi akan muncul di negara kita? Aku rasa tak mungkin. Bukan nak mengata negara sendiri,tapi jika kita nak bangkitkan industri seni muzik di negara ini,contohilah juri K-Pop Star dan latihan nyanyian yang sangat kedepan daripada kita. Pendidikan Muzik di sekolah pun sepatutnya dipergiatkan. Sebabnya? Fikirlah. Satu perkara yang aku sendiri sebagai penyanyi amatur pun baru tahu,menggunakan vibrato dalam nyanyian ialah kaedah nyanyian lama dan kaedah sebegitu tidak akan menyentuh perasaan pendengar.

Sudah-sudahlah dengan juri K-Pop Star. Sekarang,aku nak komen sal lagu ini. Liriknya memang lucu tapi dalam pada masa yang sama,memang realistik dan jujur kepada penonton. Alur muziknya pun sukar diramal sehinggakan BoA menyifatkan komposer tersebut mempunyai pemikiran yang unik. Keharmonian antara dua penyanyi juga sangat excellent,tak terlalu banyak,tak terlalu sedikit. Cukup-cukup saja. Aku sangat suka juga pasangan ini sebab mereka ada identiti yang tersendiri dan accent badan yang asli,tak dibuat-buat. Memang aku akan bagi 5 bintang untuk lagu ini. Sangat menawan dan anggun dari segi pengolahannya. Setakat ini,pasangan ini telah memiliki 48 buah lagu ciptaan sendiri yang belum dikomersialkan dan diperdengarkan di khalayak ramai.

Pada pendapat aku,kita sebagai rakyat di Malaysia dan juga sebagai penggiat muzik,untuk berkembang lebih maju,kita harus bersedia untuk mendengar dan belajar irama-irama dari seluruh dunia,supaya kita dapat mengenali alur muzik dan sisi teknikalnya. Membenci sesuatu aliran muzik bukanlah sifat seorang pencinta seni muzik. Lihat dari segi positif dan muzik yang dibawa,bukan dari fizikal orang yang membawanya. Seperti mana kita percaya pada pepatah,Don't Judge A Book By It's Cover,seperti itu juga kita menghakimi sesuatu. Bukanlah bermaksud kita mengagung-agungkan tanpa mengambil apa-apa daripadanya,tetapi mengenali untuk belajar sesuatu daripadanya dan memasukkan elemen yang berseuaian dengan budaya di negara kita. 

Berfikirlah seperti mana bila kita bercinta. Begitu juga terhadap muzik. Sedalam mana pun kita meminati seseorang wanita atau lelaki,asal kita iaitu ibu bapa jangan lah sampaikan kita pinggirkan.

Akhir kata,selamat mendengar lagu di atas ini dan kasi komen siket? :)

Translation untuk Don't Cross Your Leg - Akdong Musician

Don’t cross your legs, don’t cross your legs
Don’t cross your legs, don’t cross your legs
Don’t cross your legs, don’t cross your legs

You showed me chic and provoked my instincts
I didn’t think about the consequences and lifted up my leg and crossed it over my opposite leg, it was nauseating
What is this feeling of my leg falling asleep and my blood not circulating?

You showed me snobby and provoked my instincts
I clenched my firsts and banged my desk so everyone focused on me, then I crossed my legs, it was all twisted up
What is this feeling that my growth plates are closing up starting with my toes?

At your rash and haughty behavior
At your eyes, that say “I’m the truth”
A pointless competitive spirit burns up in me so I spread out my short legs and crossed them

(Rap)
When I go out to the city, I see colorful, thick or thin kinds of skirts and pants here and there
Out of those, I see bewitching legs that stand out
You cross your legs and sit on a bench, with a nervous face that seems like you’re waiting for someone
But it’s not like that so are you doing that because your legs fell asleep?

Don’t cross your legs, don’t cross your legs
Don’t cross your legs, don’t cross your legs
Don’t cross your legs, don’t cross your legs
Don’t cross your legs, all of you

Don’t cross your legs, don’t cross your legs
Don’t cross your legs, don’t cross your legs
Don’t cross your legs, don’t cross your legs

Isnin, 24 Disember 2012

Puisi : Perasaan


Perasaan

Senyummu..
Manis terukir..
Yang tidak bisa ku lupa selamanya
Ia,ia…oww..
Ya,ya..

Dekat..kini..
Dikau semakin hampir..
Buat ku bergetar..
Ya,,ya,,ya..owww

Aku Cuma bisa kata ya
Bila ternyata kau bukan aku yang punya
Aku Cuma bisa menangis kata ya..
Kita Cuma kawan biasa
Kawan biasa..
Itu kau kata..

Sedih..
Terus terang aku sedih..
Mengapa kau terus layan aku seperti bidadari
Sedang kau tahu akhirnya begini
Pasrah saja

Tak mengapa,mungkin ia..takdir kita
Bukan untuk kita bersama
Tapi aku..tidak mudah
Lupa senyummu itu..
Kau pengubatku..

*puisi orang bodoh . LOL.
29.02.2012 . 4.15 P.M.

**Lama rasanya tak bikin puisi. Maklumlah,rasa masih belum bernyawa. Kadang-kadang,rasa itu hidup sendiri,tapi tak tahu bila.

segmen: meh aku review blog korang

Assalam :)

Kebetulan masa aku nak lelap mata tadi,aku terbaca pulak entri ni. Ah,alang-alang join jer. Tak rugi pon. Untung lagi ada sebab orang review blog aku. Lagi satu,syaratnya sangat simple. Aku suke.Hahaha~


klik banner kalau nak join.

Sorry lah kalau aku tak dapat nak buat entri panjang-panjang sebab aku dah terlalu mengantuk dah ni. Harapan aku adalah semoga blog ini direview. Itu saja. Aku memang nak sangat orang komen sal blog aku ni sebab nampaknya kemajuan tersangatlah slow. Ok. Itu saja kot.

Selamat Malam semua :)
Muah!

Jumaat, 21 Disember 2012

Apocalyspe 21.12.12 : It's A Bright Sunny Day!

Assalam :)

Adakah anda rasa tertipu,terutamanya prepper yang sediakan stok makanan untuk hari ganjil yang seterusnya? Today is a shiny day!

Bermula malam tadi dan pagi tadi,memang kecoh satu dunia sal apokalips ni. Hari ini kiamat. Tapi sekarang,matahari masih terbit arah timur. Ramalan Kaum Maya ternyata meleset.Huhu~

Entri ini dipublish sekadar untuk mengucapkan..
Selamat menikmati hari yang masih bercahaya terang ini. Pesanan saya agar anda tidak mensia-siakan hidup di hari-hari selepas ini kerana kiamat yang sebenar pasti akan datang jua. Hehe :) Preppers sekalian,bersabarlah. Harinya ada tapi bukan hari ini. Cuba untuk tunggu lagi.

Puisi : Penantian Ratu

Karya : Tangerine Putih

Pada puncak lelah menjajah helanya
Ia mendahaga lafaz janji merdeka
Namun peluru terus menebuk mengasak pilu
Menggelupur jatuh menjadi debu
Daya apa mengucup rindu pada sang ratu?

Maha Kuasa Tuhan!
Terima kasih..
Akhirnya..
Puteranya yang papa bisa melebur derita
Rantai memasung jiwa dan raga
Dengan cuma hayunan pena
Merdekalah kita.

Maka,bergembiralah..
Berjuta ratu yang membalu
Menghadam luka dalam hempedu
Dari dulu sepi mencandu
Kini terbalas dendam seribu.

Isnin,27 Ogos 2012
02.03 a.m.

Puisi ini adalah tentang seorang wanita yang hilang suaminya dalam perjuangan menentang tirani tetapi pada masa yang sama,suaminya soldadu itu berharap agar semuanya dapat berlalu dengan cepat agar bisa bersama dengan isteri tercinta.Malangnya,kegugurannya di medan perang membuahkan rasa benci wanita itu pada si kukubesi sehingga pewarisan rasa itu dizahirkan pada sang putera yang pintar membikin penyudahnya.55 tahun sudah merdeka.Merdekakah kita? 





Sasaran : Marksman SPM 2013!

Assalam :)

As we all know,result untuk PMR dah keluar beberapa hari yang lepas. Result SPM,untuk aku,tahun lusa baru lah keluar. Hah!!

So,for this entri,aku nak but sikit aku janji sebelum aku kena janji betul-betul dengan pengetua sekolah aku yang baru. Dia brutal. Kalau janji pusing padang 100 kali,100 kali lah. Dia tak kisah muka kau jadi arang,jadi abu. Asal kisah dia dengan janji dia ditepati. Gila tak gila. ~

So,aku ingat nak target betul-betul untuk tahun depan. Tapi sayang pulak tahun ni,aku tak sungguh-sungguh belajar sebab event terlampau banyak. Banyak benda belum hafal. Surah hafazan,jadual berkala,cas ion,persamaan,formula,konsep,fakta,banyak lagi lah..dan dalam masa kurang lebih 10 bulan je lagi,aku kena back-up semua yang aku belajar Form 4 dan Form 5. Memang naya...

Aku ambik 10 matapelajaran. Zaman sekarang,tak buleh ambik lebih dari 10 sebab maksimumnya 10 mp saja boleh ambik. Kalau the best student all over Malaysia sekarang ni pun,tak de nya sampai 50 A. Tetap gak sama 10 A. + lagi tu.

Aku nak teruskan dengan agenda. Pertama sekali,aku nak nyatakan gred apa aku nak bila aku SPM nanti.
  • Bahasa Melayu (A+)
  • Bahasa Inggeris (A+)
  • Matematik Moden (A+)
  • Sejarah (A+)
  • Pendidikan Agama Islam (A+)
  • Biologi (A)
  • Kimia (A)
  • Fizik (A-)
  • Matematik Tambahan (A-)
  • Pendidikan Seni Visual (A+) 
Now,time for reasoning,kenapa aku letak gred macam ni,macam ni..

Bahasa Melayu - Seriously,aku tak sehebat budak Aminuddin Baki or SBP buat karangan dengan idea tahap tinggi dan laras bahasa yang canggih-canggih. Tapi aku yakin dengan kemampuan aku untuk mengarang dengan sangat baik jika aku banyakkan membaca dan mengetahui banyak fakta-fakta menarik untuk dimuatkan dalam karangan. Teknik memikat dan mengurat pemeriksa lagi power kalau aku pakar dan reti nak variasikan penggunaannya.

Bahasa Inggeris - Walaupun grammar aku,bila dah overwhelming,memang berjuta grammatical error,tutup mata pun,nampak salahnya tapi advantages aku adalah pada bahagian Literature di mana aku boleh merapu sendirian di section tu dan tambahkan fakta,alibi-alibi,evidence kejadian dalam cerita yang aku kaji dan kaitkan dengan diri sendiri. Situ pun banyak markah. Penulisan pulak,harap idea betul-betul ummmpphh,baru boleh kasi gegar punya. Aku yakin boleh buat! Hehe~

Matematik Moden - Cikgu Matematik Form 4 aku memang bez! Bez giler! Nama dia Cikgu Nazirah Binti Mohd. Izani. Asal dari Kelantan. Lulusan UPSI. Kalau cikgu ni nanti,pindah kat sekolah korang ke,minta tolong dia ajarkan korang Matematik. Memang cun baliklah wayar kalkulator otak tu. Dia mengajar rilek je,tak stress,dia pun tak mudah nak marah-marah orang. Kalau perangai tak senonoh,patutlah dia nak marah.Segala apa yang dia ajar,memang menyerap dek kepala. Dan sekarang,aku memang master Matematik Form 4. Tunggu Form 5 je lagi. Hope senang jugak. Dapatlah skor! Wuhu!

Sejarah - Kalau aku tak dapek A+,memang nak kena dengan bapa aku jelah. Sejarah dapat A supaya tak malukan bapa sendiri sajalah. Itu memang motivasi dari dalam diri je lagi. Sejarah pun not bad. Salah satu subjek yang best!

Pendidikan Agama Islam - Bak kata ustaz,subjek ni lah yang paling senang nak skor sebab ni pengetahuan agama. Kalau tak cukup pengetahuan agama dalam diri,jahil lah kita. Betul jugak. Tapi masuk peringkat SPM ni,agak susah jugak lah,,hehe~

Biologi - Aku tak letak harapan tinggi sebenarnya,walaupun tiap kali exam,aku dapat highest mark. Itupun around 60,70++. Masih tak cukup lagi tu kot. Tapi aku yakin boleh buat. Tak de yang mustahil.

Kimia - Lebih kurang sama macam Biologi gak. Cikgu Kimia tak dapat pindah tahun depan. Entah kat mana silapnya. Tapi lagi banyak yang ku kena hafal. Especially the first 20 elements in Periodic Table,ujian analisis kualitatif,elektrolisis,ujian pengesahan anion & kation,many more lah. Stress jugak tapi kalau belajar enjoy jerk,ok lah nanti maybe. Hope boleh dapat A.

Fizik - Walaupun sejujurnya aku benci Fizik,mungkin sebab cikgu nya terlalu rilex bila mengajar,tapi aku pun nak excel gak. Macam mana lah agaknya nak excel subjek ni. Nak kena work hard. Aku sengaja naikkan gred dia sebab bila target rendah,apa yang kita dapat nanti lagi lah rendah.

Matematik Tambahan - Terpulang kepada usaha aku untuk memahami konsep. Walaupun sebenarnya gred C pun tak lepas,tapi aku harap dapat diperbaiki secepat mungkin benda ni tahun depan. :)

Pendidikan Seni Visual - Subjek ni,actually tak de pun dalam pakej Sains Tulen. Tapi aku sengaja ambik,manalah tahu. Nak bagi nampak penuh dalam sijil dan slip jer kot. Cuba nasib dalam bidang lukisan. Aku memang minat melukis. Orang jer tak tahu. Aku harap paper ni senang. Dapat lah apa yang ditarget.

So,nak jadi marksman untuk SPM tahun depan memang susah,tapi kata orang,takkan ada benda yang musthil dalam dunia ini,kan?

Wish me luck,k?

Selasa, 18 Disember 2012

Fenomena Photon Belt Yang MengGABRAkan Bapaku

Assalam :)

Sekarang,mukadimahnya,aku dalam kepanasan. Entahlah. Tapi sebab yang pastinya,tak de kipas kat kawasan aku online dan kemungkinan peluh untuk keluar adalah 100%. Haha~

So,pagi tadi,bapa ku baca news maybe. Dan dia tiba-tiba borong liling kat kedai Cikgu Abu Yan dan semua kedai yang ada dekat kampung aku. Dan bila dia balik rumah,dia cakap,tengoklah nanti,kita tak de elektrik 20 hb..takkan ada siang.Tengoklah.Sedialah..

What the fish? Tak de siang? Hey,bapaku sudah terpengaruh jugak ni agaknya..kiamat 2012..tapi dia tak cakap dunia nak kiamat 2012. Just dia percaya teori bumi bergelap Photon Belt. Tu yang buat dia gabra sangat. Dah NASA cakap cam gitu gak,dia terus percaya lah.

Masa tu,aku tak tau lagi,Photon Belt ni binatang apa. Aku buka komputer meja aku,aku connect Internet,aku wiki-wiki sikit,aku jumpalah apa yang bapa ku cakapkan ni. Photon Belt - Photon Belt. Macam tu maksudnya. Ohh..Yelah bapa..

Yang ni WIKIPEDIA sal Photon Belt. Korang boleh baca sendiri,kalau nak.Sebenarnya,aku bukannya hadam sangat bahasa omputeh. Setakat faham gitu-gitu saje. Tapi at least aku faham lah. Setakat faham-faham ayam,boleh lah kot.

Photon Belt..yang bapa ku gabrakan.


Aku masih lagi keliru masa tu. Betul ke ni sebagian dari proses kekiamatan dunia? Tapi bila aku google lagi,ohh..kiranya ni macam fasa peralihan dunia lah..alah,macam Wawasan 2020..kononnya,bila dah lepas 2020,manusia Malaysia ni lagi advanced..macam tu jugak lah..tapi disebabkan otak aku ni,entahlah..keras sikit usus otak nak bagi hadam kaw-kaw punya halus.

Tapi aku rasa aku tak perlu lagi risau kot.Israel masih berkuasa. Al-Quran dah ceritakan segala-galanya. Turki Uthmaniyah masih belum jadi empayar Islam macam dulu. Nabi Isa belum turun. Kaabah belum musnah. Haiwan belum berkata-kata. Imam Mahdi belum keluar. Apatah lagi dajal. Allah SWT knows better. Al-Quran is not only a legend. It's a compilation of truth,future,rules,sentences and perfect guidance. Dan yang pastinya,kandungannya tak pernah berubah walaupun 1 trillion tahun sekali pun.

Sekarang,aku cuma perlu tunggu,adakah fenomena ini akan benar-benar berlaku. Kalau ya,yang update entri hari-hari akan tertinggal satu entri dalam tahun ni. Kalau tak berlaku,hanguslah duit bapa ku untuk beli lilin banyak-banyak. Haha~

Pesanan aku untuk diri sendiri dan umat Rasulullah sekalian,banyakkan beribadat agar tak kalut bila kiamat sebenar hampir tiba.

Mungkin sebab fenomena ni jugak kot,yang buat result PMR keluar esok. Tahun-tahun lepas,biasa nya,dah nak Krismas,sibuk lah jugak derang nak keluarkan. Ye tak? Untunglah tahun ni,gred dapat A semuanya atas 65%. Harap dorang tak kena marah dengan cikgu Kimia je lah tahun depan sebab cikgu singa tu tak dapat pindah tahun ni. Huhu~

Aku Bakal Ada Single Sulung : Boleh Percaya Ke?

Assalam :)

Malam ni dah tak pening-pening lagi dah. Cuma time ni,kat kawasan tempat saya tinggal ni,tak dok air! Pii! Dah belum gosok gigi lagi nih. Emm..tiap bulan,mesti paip pecah..apa dah..

Ok,since kebelakangan ni,mood malas memang menjadi-jadi. Nak google gambar letak kat entri pon malas sesangat. Harap dengan entri ikhlas dan jujur jer. Hope masih ada jugak orang yang nak baca.

Today,I got berita gembira! Yang saya bakal ada single sulung! Yeayy! Actually,"single" yang bakal direkodkan tu,ialah lagu yang saya puisikan dan nyanyikan bersama beberapa orang lagi rakan saya. I'm the 2nd voice untuk suara tu saje,yang nyanyi first voice is my senior,yang mana dah lepas SPM tahun lepas,Siti Rahmah. Just the musician je,yang tiap tahun tukar-tukar. Yang first bersama kami orang untuk lagu tu,ada Jeffrey,Rio,Awang,Kenny..dan yang second batch,kira macam anggota baru,dengan arrangement muzik yang ditukar sedikit, hidupkan lagu tu bersama saya,Siti,Awang dan Rio ialah Guinise dan Fatzrulzikri. Lagu ni dikategorikan sebagai lagu puisi kerana asalnya ialah sebuah puisi yang dideklamasikan,seterusnya dijadikan sebuah lagu dan dinyanyikan. Tajuk lagu ni ialah "Berpadu Dalam Satu". For more information tentang lagu ni dan kejadian-kejadian yang berkaitan dengannya,klik SINI.

Tapi,yang menjadi masalahnya sekarang ialah,adakah saya boleh percaya kata-kata seorang guru yang sering sibuk dengan pasukan bola sepak sekolahnya? Adakah dia ada masa untuk menemankan kami,bersama seorang komposer Bidayuh,merakamkan kembali lagu ini dan menjadikannya sebuah single yang sebenar? Aku tidak menaruh harapan yang tinggi kerana aku sudah terlalu sering diberi harapan,sampaikan aku sendiri lali dengan penipuan. Ceh! Aku harap,projek ini seiring dengan kata-kata si empunya mulut yang berbicara.

Tahun lalu,aku pernah mendengar perkara yang sama. Tapi kali ini,datangnya dari Pegawai Pelajaran Negeri,kalau tak silap. Sorry lah,tapi ini kebenaran. Lagu ini memang masuk ke pertandingan peringkat negeri,tetapi disebabkan kesilapan teknikal yang tidak patut berlaku untuk stage negeri,kami tak dapat sebarang anugerah atau tempat dalam kedudukan 5 teratas. Bukanlah hendak mengatakan yang kami tidak boleh menerima hakikat,tetapi kesilapan..kami perlu belajar dari itu. Perkara yang sama aku katakan sebentar tadi adalah untuk merakamkan lagu-lagu puisi yang dipertandingkan pada peringkat negeri,menjadi sebuah single,dan dikompilasikan. Guru aku a.k.a komposer lagu ini bukan main gembira lagi. Tapi..sampai sekarang,tiada berita pun. Yalah,benda manis seperti itu,bukannya boleh dikunyah sangat,kalau dah sakit gigi,derita sampai ke hati..

Dan sekarang..aku cuma menyatakan perasan gembira aku di sini..aku tak boleh memberitahu orang-orang terdekat,orang sekeliling kerana mereka akan kecoh,diberitahunya satu dunia..nanti tak jadi pula..aku mahu semuanya seperti "Boom!!". Tiba-tiba. Seperti bom jangka. Aku sangat suka melihat ekspresi durja manusia yang terkejut dan termenga-menga mendengar perkara seperti aku ada single baru. Hehe~

Yalah,aku cuma mampu berdoa dan tawakal,agar semuanya menjadi nyata..bagi aku,sudah mempunyai satu single sendiri,tanpa perlu dikomersialkan,adalah satu penghargaan dan kenangan bagi kami yang sudah bertungkus lumus,siang malam bertatih,berlatih agar lagu ini kedengaran merdu dan deklamasinya berhantu. Tak kisah lah kami menang atau kalah dengan apa yang kami bawa,yang penting,lagu itu,bagi aku,adalah kenangan..dan lagu pertama yang aku sendiri nyanyikan,yang belum pernah ada orang lain yang mendendangkannya..

Nenekku,Ibuku Jua..

Assalam :)

Mood masih sedih. Kepala pun pening-pening. Entah nape tah. Tapi yang pastinya,setiap kali aku balik dari kampung,aku pasti menangis. Walaupun aku tak nak. Entah kenapa,perasaan nak menangis tu tersangat lah kuat sampaikan 1m melangkah keluar dari rumah nenek sehinggalah sampai ke rumah,aku akan menangis.

Perkara ni dah berlaku sejak aku kecil lagi. Sejak keluarga aku tinggal agak berdekatan dengan rumah nenekku,sebelah ibu di kampung. Dulu,bapaku bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah berdekatan kampung nenek. Pada waktu itu,kami tinggal di quarters guru.Sekarang,keluarga aku dah berpindah ke kampung nenek sebelah bapa. Jadi,sekali sekala,aku dan mak pergi melawat dan tinggal bersama nenek di kampung. Bapa kadang kala ikut,kadang kala tak.

Tapi yang menjadi masalahnya,aku selalu saja menangis bila sampai masa nak balik ke rumah sendiri. Ini penyakit yang agak ganjil sebab setahu aku,adik-adik ku yang lain tak pernah mengalami masalah seperti ini. Perasaan itu seperti rasa kerinduan yang teramat sangat. Dan rasa seperti tidak mahu meninggalkan. Susah untuk diperjelaskan tetapi aku kira kurang lebih begitulah.

Semakin aku dewasa,aku fikir itu mungkin kerana aku budak-budak. Tetapi masih juga berlarutan. Bila aku sudah melepasi tahap budak-remaja,dan ia masih berlaku..aku semakin hairan,dan aku semakin ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku. Pasti ada perkaitannya sama ibuku dan orang-orang di dalam rumah nenek aku itu.

Tiba-tiba,satu hari..di mana pada waktu itu.aku sudah lupa semua itu..maksud aku,aku sudah tak mngalami masalah itu lagi sebab sudah agak lama dari tempoh aku balik ke rumah sendiri..Ibuku sendiri buka mulut. Entah bagaimana,kami duduk bersama dan berbual mengenai aku yang sering menangis bila balik dari kampung. Jangan derhaka sama nenekmu,dia kata..kerana nenekmu ialah ibu susuan mu. Kalau dah namanya ibu susuan sekalipun,dia tetap ibumu jua. Kau kan anak sulung,biasalah..ibu masa tu belum keluar lagi air susu..jadi,ibu berikan kamu pada nenek untuk dia susukan..

Aku tidak pernah terfikir untuk bersedih atau marah sama ibu ku kerana memberikan aku kepada nenek untuk disusukan. Malah aku berfikir,andaikan baiknya kalau aku punya kakak-kakak dan abang-abang yang mana mereka ialah adik beradik mak ku. Ada 10 orang kesemuanya. Dengar cerita ibu ku juga,sebelum mak long aku dilahirkan,nenek pernah mengandung tetapi bayi yang pertama itu meninggal semasa dilahirkan.Kalau ditambah aku,pasti jadi 11 semuanya.Wah..Alangkah bagus dan besnya,tapi aku tahu,aku patut bersyukur dengan keadaan aku sekarang..Hehe~

Tapi aku masih tak puas hati..orang lain juga pasti pernah ada ibu susuan tapi tak berlaku pula perkara sebegitu..mungkin ada sesuatu yang lain di sebaliknya..wallahualam..

Isnin, 17 Disember 2012

My New Default Picture!

Assalam :)

Saya sekarang sedang diserang penyakit pening kepala. Entah kenapa,lepas makan seafood tadi.. Tapi demi blog ini,saya gagahkan diri jugak nak buat satu entri pendek dan ringkas tentang my new default picture. Wooho!

Check tis Out!!


Gambar ni akan menggantikan gambar Russian Red kat sebelah tu. Nilah muka Tangerine yang sebenar. Just letak overlay jer. Edit pun kat Pixlr.Com.

Font "TALKTHEWALK" namanya DISCO
Dah lama dah carik font ni,akhirnya jumpa gak!!

Itulah hikmahnya bila sabar menunggu dan mencari!

Wew! Ok,bye!

Selasa, 11 Disember 2012

Misi Harimau Malaya Ke Thailand (AFF Suzuki Cup 12)

Assalam :)

Topik ni memang hot. Semua orang suka. Tak kira lelaki,pompuan,tua,muda..semua orang suka tengok bola..

So..kepada yang belum jelas lagi dengan misi Malaysia ke Thailand untuk perlawanan kedua Rabu ni a.k.a ESOK..
MISI UTAMA : Layak Ke FINAL Piala AFF Suzuki 2012
KEDUDUKAN TERKINI : 1-1
*Kalau Malaysia dapat jaringan 1 gol di sana,terhapuslah kelebihan gol Thailand.
**Kalau seri 0-0,bermakna kita kalah dan tak layak ke final.
***Kalau 2-2 dan ke atas,Malaysia di kira menang dan layak ke final.
****Kalau 1-1,maksudnya kena melalui penentuan penalti shootout sebab jika 2-2,kita dah ada 2 away gol sedangkan Thailand hanya ada 1 gol di Malaysia.

Satu misi yang sangat tough dan mencabar buat Harimau Malaya di tempat orang.

Menarik untuk disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia.

Bersama-sama lah kita menjerit di depan TV tengok dorang gol. Harap-harap tak kuar airmata kecewa nanti.


HARIMAU MALAYA BOLEH!!
MALAYSIA BOLEH!!!



Tutorial Nak Jadi Seorang Manusia


Assalam :)

Hari ni,nak kasi entri banyak siket. Maklum lah,bulan cuti sekolah,bulan Disember,memang best sangat tak buka buku padahal tak sedar diri tahun depan nak SPM. Cakap Add Math susah lah,Kimia susah,Fizik bangang tapi tak usaha pegi belajar. Saya lah tu. Ahha! Yang tak baik jangan ditiru,yang baik,tiru tak pe. Hehe ~

Mukadimah untuk hari ni. Saya ni suka cakap banyak,tapi isinya? Belum tentu ada..haha..ok..memandangkan sekarang ni musim exam,so,apa yang saya nak cakapkan kat sini hari ni pun ada kaitannya dengan exam..tapi yang ni pasal cara untuk kita belajar..cara belajar yang berkesan..berdasarkan pengalaman selama 12 tahun saya menuntut ilmu,termasuk masa tadika. :p

Korang nak pandai? Caranya senang aje..belajar kan? Tapi tara mana kita belajar tu sampai boleh buatkan kita ni seorang yang pandai dan kekalkan reputasi itu selama mana yang kita nak? Jangan lah kalau dah cakap lama tu,lama nya setakat 2-3 bulan saja. Pastikan apa yang kita mahu,apa yang kita nak kekalkan adalah untuk sepanjang hidup kita. Bukan?

So..macam mana? Belajar untuk pandai selama-lamanya? Yang pertama,sudah semestinya FOKUS dengan apa yang kita nak belajar. Berdasarkan experiment saya (ceh,experiment beb!),kalau korang malas jenis yang paling haprak giler,korang sekadar buat kerja rumah jer balik rumah pun ok,tapi nasihat saya,JANGAN! JANGAN korang blahkan jer,maksudnya tak peduli dekat cikgu masa dia mengajar kat depan. So,apa yang saya cuba nak sampaikan kat sini ialah try to,sebaiknya jangan try,korang mesti focus terhadap apa yang cikgu ajar DALAM KELAS because dalam kelas lah,dia akan mengajar bersungguh-sungguh dan semua ilmu yang dia ada,dia akan curahkan masa dalam kelas. Stay focus in class and don’t make a mess. Ok?

Next one..tetapkan matlamat. Sangat penting untuk korang tetapkan matlamat because there’s a lot of challenges that u need to control and manage wisely. For instance,korang terjumpa lelaki kacak terus jatuh cinta ajak couple ker,korang berbakat lepas tu cikgu terus spot dan booked korang untuk macam-macam aktiviti ko-kurikulum and sport lah,adik-adik bising kat rumah susah nak concentrate,masalah kawan makan kawan dan many more lah kan? Ada tak? Mesti ada..kalau tak    ada,korang ni bukan student yang normal..emm..lupakan..so? Apa matlamat? Korang mesti fikir jauh,aku lepas sekolah ni macam mana?aku nak kerja apa?macam mana nanti bila aku dah kawen? Mampu ke aku sara keluarga aku sendiri kalau setakat kerja kat KFC? Setakat kerja jadi kuli kedai perabot? Kan? Meski pun banyak orang cakap jangan fikir benda tu dulu,in fact,that’s what you really need to think about sebab itu lah garis panduan matlamat korang. Kalau saya lah,saya berpegang kepada prinsip “LEARN TO GET PAID”. Saya belajar untuk dapatkan bunganya,untuk dapatkan faedahnya,untuk dapat pendapatan. See? When you learn better dan apa yang korang belajar tu ada prospek yang luas untuk masa depan,good then! Misalnya korang belajar,then korang tersedar yang korang lebih arif Matematik berbanding mp lain,so? Cuba pasang cita-cita untuk jadi seorang akauntan or usahawan. Macam mana kalau tak minat?? Lagi bagus! Sebab korang akan ada cabaran yang lebih besar,so korang akan berusaha lebih walaupun korang tak specialist dalam bidang yang anda minat tu. For example,korang ada kelebihan,ada bakat,dan memang akan berjaya untuk jadi seorang pakar kaji bumi tapi korang lebih berminat untuk jadi seorang supermodel. Go ahead for your supermodel job tapi dengan syarat,korang berusaha bersungguh-sungguh. For sure,korang akan dapat the job. Tapi itu adalah cara yang berisiko. Itu terpulang kepada korang sama ada korang tahan mental nak tahan semua tu. But nothing impossible,right? Bila ada minat dan bakat,semuanya jadi kan? :)

Tapi masalahnya sekarang,bila ada minat dan bakat,minat nak belajar yang asas pulak hilang. Aduh! Macam mana kan? Kalau sapa yang bercita-cita tinggi siket,tak lah kan..tapi macam yang teringin sangat nak jadi penyanyi ke,pelakon ke.. Yang asas macam mana? Ala,matapelajaran teras..macam BM,BI..ala,yang kita belajar kat sekolah.Bukan tak boleh,tapi kita kena seimbangkan pemikiran after kita fikirkan apa yang kita nak. Topik kita kan pasal belajar. Perkaitan utamanya mestilah belajar kat sekolah sebab penceramah korang kat sini adalah saya,seorang pelajar sekolah yang cuba mengajar korang makan ayam goreng..ahhaa..macam ni,walau apa pekerjaan sekali pun yang akan kita ceburi nanti,just fikir yang kita hidup dalam dunia yang pelbagai. Setiap pekerjaan,pasti ada masalah yang di luar bidang kerja kita akan muncul. So,pelajaran asas hidup adalah sangat penting. Korang tak nak ke jadi seorang pekerja yang multi-talented? Semua orang akan puja..People need you,korang akan ada popularity,you’ll take every job? And get more money? Yes! That’s the point. Apatah lagi kemahiran berkomunikasi. Nak jadi supermodel,kena fasih Inggeris terutamanya. Kalau setakat Bahasa Malaysia saja,apa bareng!! Dok depan cermin rumah je lah..So,ubah pemikiran untuk berhenti belajar untuk kejar cita-cita,kalau tak dapat sekarang,nanti-nanti akan ada peluang yang lebih besar,maybe,akan datang. Siapa tahu kan?

Dari aspek moral,korang kena lah hormat cikgu,ibu bapa dan orang sekeliling. Yup! Important key. Bukan nya bermakna korang kena jadi orang yang nerd dan jadi bahan bualan orang sekeliling,anak sapo lah yang baik sangat ni..Tak! Jangan fikir macam tu..saya tahu,ada pelajar yang berfikiran seperti ini menyebabkan mereka membenci orang-orang ayam tambatan di sekolah dan tidak mahu menjadi seperti mereka. Bukan seperti itu. Saya tergolong dalam kategori orang ayam tambatan tetapi saya tidak berfikir untuk menjadi seorang yang sangat digemari atau apa. Just enjoy your life! Come on! Just be yourself. Boost your confidence. Budak-budak sekarang,konfiden nak maki orang je lebih tapi bila suruh buka mulut jawab soalan,suruh jawab soalan secara sukarela,cuak giler..itu namanya penakut dan bodoh sombong,jangan korang tak tahu..Hormat orang,AT LEAST,kalau korang susah sangat nak angkat pen dan belajar sebab korang punya IQ Cuma 1 saja. Orang akan hormat korang balik dan berkatlah apa yang korang dapat dalam hidup.

Then,tangani stress dengan baik. Jangan korang nak pegi makan pil,dadah,apa semua tu..heiisshh! Aku sangat tidak suka golongan yang suka menzalimi diri sendiri ni sebab mereka tak bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi dan tak pandai jaga apa yang dah diberi. Bila korang stress,dan kawan-kawan ajak buat benda macam tu,tolak dengan baik. Dan cuba untuk elakkan diri dari mereka. Biar kita hilang kawan,jangan hilang nyawa,hilang maruah,hilang akal. Jangan cemarkan kesucian diri. Hargailah sebab korang masih berharga. Jangan fikir pendek. Hilang kawan,kawan yang lagi baik,lagi hensem,lagi cun,lagi lawa,lagi cantik bak mawar mekar di pagi hari akan datang kat kita. OK? Hidup ini susah,tapi itu lah tujuan kita ke dunia ni,untuk menentukan sama ada kita ini manusia yang kuat untuk lolos dari dugaan Tuhan atau seorang manusia yang lemah hina yang hanyut dalam nikmat dunia. :)

Sekarang ni kan,saya terfikir pulak apa yang diberitahu oleh Al-Quran bahawa nikmat syurga itu sangat indah,tidak dapat dibayangkan betapa indahnya.  Di sana ada arak,susu yang mengalir dalam sungai,perempuan cantik untuk didampingi sesuka hati,dan segala apa yang dihajati akan ditunaikan. Sesungguhnya dunia adalah sebuah tempat yang amat buruk,jauh sekali untuk dibandingkan dengan syurga. Sangat jauh. Untung kan siapa dapat masuk syurga?

So,akhir kata,belajar bersungguh-sungguh. Apa yang tercatat dalam entri kali ini cuma secoek je. Banyak lagi yang kita perlu tahu untuk hidup dengan selesa sambil mengingati dari mana datang dan pulangnya kita. Dengan itu,barulah semuanya dikatakan bermakna dan bererti. Ok? Nice to see you baca sampai akhir entri ni walaupun panjang giler.Hehe~ At least ada orang baca kan? Tahun depan saya SPM,so doakan yang terbaik untuk saya ok?

Gudluck dan salam permisi! Muahhh!


Isnin, 3 Disember 2012

Segment : My Favorite Post 2012

Assalam :)

Bila terasa malas..susah nak buat mukadimah..nak berleter..blog ini memang bermula dengan leteran..tapi hari ni,malas sikit..


So,the fav post sepanjang 2012 ni adalah..


Aku sangat suka entri ni koz it's very informative dan aku sentiasa take it easy untuk tunggu what's gonna happened this year..there's a lot dan banyak yang berlaku..dan yet,Al-Quran is very true..

This entri is also based on research by seorang pakar dan aku sangat kagum terhadapnya kerana dia berjaya membuktikan betapa Al-Quran adalah kitab yang sangat sempurna dan teliti dan terkandung kebenaran yang nyata.

Aku juga favour entri ni sebab aku nak tunggu sama ada ramalan kaum Maya tu betul ke tak sebab ustaz aku cerita,sepanjang munculnya 10 tanda besar kiamat,panjang lagi jangka masanya..tunggu kerajaan Turki Uthmaniyah kuat macam empayar dulu lagi,nak tunggu dia jatuh balik lagi..dunia sekarang ni pun tengah perang sana sini..Islam pun tak kuat macam dulu..mungkin ada hikmahnya Allah berikan kesengsaraan terhadap rakyat Gaza,Palestin dan saudara Islam yang lain kerana Allah sayangkan mereka agar mereka terhindar dari siksa Hari Kiamat yang teramat dahsyat dan tidak boleh dibayangkan oleh manusia..sesungguhnya interpretasi filem barat,2012 cuma setitik daripada air laut. Allahu-alam. Allah lebih berkuasa. Ingatlah. Kun Fayakun.

Berceramah pulak yer..

Tambahan pulak,rating entri ni kedua terbanyak selepas entri Muzik-Muzik bulan lepas. :)

Hehe..tu jer kot?? Malas nak taip banyak-banyak..lapar pulak rasanya..
Ok,semoga saya berjaya! Chaiyok2!!

Segmen Tanya Dan Jawab by YA

Assalam :)

Selamat memulakan entri baru untuk Disember ni dengan penuh semangat dan keceriaan!! Wah,nampak jiwang betul korang bila masuk Disember,semua nak post entri jiwangz jiwangz..wow..haha..tapi aku? Aku nak join satu segmen untuk entri permulaan bulan ni..amacam? Nak join gak? Jum..tengok aku beraksi lu beb!

Syarat-syarat kalau lu orang nak join..
  1. Follow blog Yanie,tuan punya segmen.(Tekan SINI)
  2. Like fanpage yanie [Tekan Sini Untuk Like]
  3. Buat satu entry bertajuk 'Segmen Tanya Dan Jawab by YA'
  4. Dalam entry tu sertakan soalan saya dan jawapan anda :) 
  5. Dah siap ? Okay now letak link entry dekat komen yaa.
  6. Tarikh akhir boleh hantar link 14.12.2012 :) 2 weeks segmen ni berlangsung.
  7. Selamat Menjawab !!!
So,soalan nya ialah..

1. Your Girl Bestfriend : No idea. I treat every girl fair & square. Sorry,chicks!

2. Your Boy Bestfriend : There's a lot but tak sampai ke tahap tu lagi kot. Sorry,guys!

3. Your Nickname : Eppy | Ippy | Eiypah | Fifah but aku more prefer Ippy & Eppy. 


4. Your Favourite Food : Tengok menu dulu lah..kalu sedap,tu dia lah..

5. Your Favourite Drink : Vanilla. Skyjuice pon tak pe kalau dah pokai sangat.

6. Do You Have Mental Problems : Frankly,YES! dan saya tak boleh hidup tanpanya!

7. Something You Can't Live Without : Jantung??

8. Last Person You Called : Entahlah..tak desperate sekarang..tak tau lah..depend..

9. Your Birthday : 25 June 1996. What a lucky day! I'm lovin' it!

10. Someone You Love : Allah SWT,Family,People Who Nice To Me

11. Someone You Hate : Dunno. Tak terfikir. Hidup macam pelangi.

12. Last Text Said : Emm,ok.. 

13. Your Super Bestfriend : Nope. 

14. Do You Believe In God? : Allah SWT,My Everything

15. Would You Take You Ex Back? : Yes. If he is my destiny.

16. Someone You Miss : Midplayer MAS,Safiq Rahim. :p

17. Last Person That Made You Laugh *sertakan tarikh kalau boleh* : Aunty Noraida.Tarikh? Baru 
tadi.Pukul 4.

18. Your Favourite Song : Dan Sebenarnya. Banyak lagi actually..tp tak leh lawan yang ni. :D

19. Is 2012 Are The Best Year Of Your Life : Nope. Such a boring year. 

20. Do You Like Malay Food : Yes because it's colourful and full with calories & cholestrol???

21. How Old Are You : 16. Saya sebenarnya tak sabar nak SPM.

22. Do You Regret Anything From Your Past ? : Barang yang lepas jangan dikenang..

23. Where Do You Want To Honeymoon ? : Paris? Seoul? Gi kampung jer kot..nak tengok dia 
pandai buat kerja berat ke tak..

24. Do You Believe In True Love : Yes. :)

25. What Is Your Attitude : Crazy | Extremely nice | Good looking..? | Funny | Pendiam | 
Awesome! | Perfectionist | Banyak..face 2 face lah..tak tau nak describe caner..honest sangat nanti kan orang baca,nyampah lak..

26. Are You Scared Of GHOST? : Yes tapi aku selalu berserah..huhu

27. What Is Your Status ? (Single / Taken / Married / Divorced / What ? ) : Pardon?

28. Have You Ever Broke Someone's Heart? : Yes. Apalah soalan ni..

29. Who Is Your Favourite Singer ? : Yuna!! Aku tak pernah rasa cintaku pudar kepadanya..

30. What is your favourite colour ? : As long as the two colours sepadan bersama.. :)

Ok,I'm done. Korang cam ner? Join lah sekali!