Aku Bakal Ada Single Sulung : Boleh Percaya Ke?

By Eppy Ismail - 11:01 PTG

Assalam :)

Malam ni dah tak pening-pening lagi dah. Cuma time ni,kat kawasan tempat saya tinggal ni,tak dok air! Pii! Dah belum gosok gigi lagi nih. Emm..tiap bulan,mesti paip pecah..apa dah..

Ok,since kebelakangan ni,mood malas memang menjadi-jadi. Nak google gambar letak kat entri pon malas sesangat. Harap dengan entri ikhlas dan jujur jer. Hope masih ada jugak orang yang nak baca.

Today,I got berita gembira! Yang saya bakal ada single sulung! Yeayy! Actually,"single" yang bakal direkodkan tu,ialah lagu yang saya puisikan dan nyanyikan bersama beberapa orang lagi rakan saya. I'm the 2nd voice untuk suara tu saje,yang nyanyi first voice is my senior,yang mana dah lepas SPM tahun lepas,Siti Rahmah. Just the musician je,yang tiap tahun tukar-tukar. Yang first bersama kami orang untuk lagu tu,ada Jeffrey,Rio,Awang,Kenny..dan yang second batch,kira macam anggota baru,dengan arrangement muzik yang ditukar sedikit, hidupkan lagu tu bersama saya,Siti,Awang dan Rio ialah Guinise dan Fatzrulzikri. Lagu ni dikategorikan sebagai lagu puisi kerana asalnya ialah sebuah puisi yang dideklamasikan,seterusnya dijadikan sebuah lagu dan dinyanyikan. Tajuk lagu ni ialah "Berpadu Dalam Satu". For more information tentang lagu ni dan kejadian-kejadian yang berkaitan dengannya,klik SINI.

Tapi,yang menjadi masalahnya sekarang ialah,adakah saya boleh percaya kata-kata seorang guru yang sering sibuk dengan pasukan bola sepak sekolahnya? Adakah dia ada masa untuk menemankan kami,bersama seorang komposer Bidayuh,merakamkan kembali lagu ini dan menjadikannya sebuah single yang sebenar? Aku tidak menaruh harapan yang tinggi kerana aku sudah terlalu sering diberi harapan,sampaikan aku sendiri lali dengan penipuan. Ceh! Aku harap,projek ini seiring dengan kata-kata si empunya mulut yang berbicara.

Tahun lalu,aku pernah mendengar perkara yang sama. Tapi kali ini,datangnya dari Pegawai Pelajaran Negeri,kalau tak silap. Sorry lah,tapi ini kebenaran. Lagu ini memang masuk ke pertandingan peringkat negeri,tetapi disebabkan kesilapan teknikal yang tidak patut berlaku untuk stage negeri,kami tak dapat sebarang anugerah atau tempat dalam kedudukan 5 teratas. Bukanlah hendak mengatakan yang kami tidak boleh menerima hakikat,tetapi kesilapan..kami perlu belajar dari itu. Perkara yang sama aku katakan sebentar tadi adalah untuk merakamkan lagu-lagu puisi yang dipertandingkan pada peringkat negeri,menjadi sebuah single,dan dikompilasikan. Guru aku a.k.a komposer lagu ini bukan main gembira lagi. Tapi..sampai sekarang,tiada berita pun. Yalah,benda manis seperti itu,bukannya boleh dikunyah sangat,kalau dah sakit gigi,derita sampai ke hati..

Dan sekarang..aku cuma menyatakan perasan gembira aku di sini..aku tak boleh memberitahu orang-orang terdekat,orang sekeliling kerana mereka akan kecoh,diberitahunya satu dunia..nanti tak jadi pula..aku mahu semuanya seperti "Boom!!". Tiba-tiba. Seperti bom jangka. Aku sangat suka melihat ekspresi durja manusia yang terkejut dan termenga-menga mendengar perkara seperti aku ada single baru. Hehe~

Yalah,aku cuma mampu berdoa dan tawakal,agar semuanya menjadi nyata..bagi aku,sudah mempunyai satu single sendiri,tanpa perlu dikomersialkan,adalah satu penghargaan dan kenangan bagi kami yang sudah bertungkus lumus,siang malam bertatih,berlatih agar lagu ini kedengaran merdu dan deklamasinya berhantu. Tak kisah lah kami menang atau kalah dengan apa yang kami bawa,yang penting,lagu itu,bagi aku,adalah kenangan..dan lagu pertama yang aku sendiri nyanyikan,yang belum pernah ada orang lain yang mendendangkannya..

  • Share:

You Might Also Like

2 67 komplen

  1. wah tahniah...nanti jgn lupa upload di youtube juga...

    BalasPadam
  2. @Hatimi Tahirruddinthanks..insya-allah,kalau jadi..sy akn kabarkn kt sini dulu..baru upload masuk dlm youtube.. :)

    BalasPadam