Fenomena Photon Belt Yang MengGABRAkan Bapaku

By Eppy Ismail - 11:49 PTG

Assalam :)

Sekarang,mukadimahnya,aku dalam kepanasan. Entahlah. Tapi sebab yang pastinya,tak de kipas kat kawasan aku online dan kemungkinan peluh untuk keluar adalah 100%. Haha~

So,pagi tadi,bapa ku baca news maybe. Dan dia tiba-tiba borong liling kat kedai Cikgu Abu Yan dan semua kedai yang ada dekat kampung aku. Dan bila dia balik rumah,dia cakap,tengoklah nanti,kita tak de elektrik 20 hb..takkan ada siang.Tengoklah.Sedialah..

What the fish? Tak de siang? Hey,bapaku sudah terpengaruh jugak ni agaknya..kiamat 2012..tapi dia tak cakap dunia nak kiamat 2012. Just dia percaya teori bumi bergelap Photon Belt. Tu yang buat dia gabra sangat. Dah NASA cakap cam gitu gak,dia terus percaya lah.

Masa tu,aku tak tau lagi,Photon Belt ni binatang apa. Aku buka komputer meja aku,aku connect Internet,aku wiki-wiki sikit,aku jumpalah apa yang bapa ku cakapkan ni. Photon Belt - Photon Belt. Macam tu maksudnya. Ohh..Yelah bapa..

Yang ni WIKIPEDIA sal Photon Belt. Korang boleh baca sendiri,kalau nak.Sebenarnya,aku bukannya hadam sangat bahasa omputeh. Setakat faham gitu-gitu saje. Tapi at least aku faham lah. Setakat faham-faham ayam,boleh lah kot.

Photon Belt..yang bapa ku gabrakan.


Aku masih lagi keliru masa tu. Betul ke ni sebagian dari proses kekiamatan dunia? Tapi bila aku google lagi,ohh..kiranya ni macam fasa peralihan dunia lah..alah,macam Wawasan 2020..kononnya,bila dah lepas 2020,manusia Malaysia ni lagi advanced..macam tu jugak lah..tapi disebabkan otak aku ni,entahlah..keras sikit usus otak nak bagi hadam kaw-kaw punya halus.

Tapi aku rasa aku tak perlu lagi risau kot.Israel masih berkuasa. Al-Quran dah ceritakan segala-galanya. Turki Uthmaniyah masih belum jadi empayar Islam macam dulu. Nabi Isa belum turun. Kaabah belum musnah. Haiwan belum berkata-kata. Imam Mahdi belum keluar. Apatah lagi dajal. Allah SWT knows better. Al-Quran is not only a legend. It's a compilation of truth,future,rules,sentences and perfect guidance. Dan yang pastinya,kandungannya tak pernah berubah walaupun 1 trillion tahun sekali pun.

Sekarang,aku cuma perlu tunggu,adakah fenomena ini akan benar-benar berlaku. Kalau ya,yang update entri hari-hari akan tertinggal satu entri dalam tahun ni. Kalau tak berlaku,hanguslah duit bapa ku untuk beli lilin banyak-banyak. Haha~

Pesanan aku untuk diri sendiri dan umat Rasulullah sekalian,banyakkan beribadat agar tak kalut bila kiamat sebenar hampir tiba.

Mungkin sebab fenomena ni jugak kot,yang buat result PMR keluar esok. Tahun-tahun lepas,biasa nya,dah nak Krismas,sibuk lah jugak derang nak keluarkan. Ye tak? Untunglah tahun ni,gred dapat A semuanya atas 65%. Harap dorang tak kena marah dengan cikgu Kimia je lah tahun depan sebab cikgu singa tu tak dapat pindah tahun ni. Huhu~

  • Share:

You Might Also Like

1 67 komplen

  1. hehe kalau buat bisnes lilin mesti utg ni kan...

    PS: huhu....baru tau gred 65% tahun ni...utglah ramai dapat straight As

    BalasPadam