Fenomena Don't Cross Your Leg oleh Akdong Musician
By Eppy Ismail - 9:54 PTG
Assalam :)
Malam ini,mood aku bukanlah tak bagus,cuma bagus-bagus saja.Haha! Ayat apakah itu? Apa-apa pun,malam ini,saya nak kasi tau sama lu orang semua,blogger-blogger untuk mengenali siapakah yang ada dalam video di atas.
Bukan kerana paras rupa mereka,kalau ikut paras rupa,memang tak laku lah,tapi disebabkan bakat yang mereka ada,mereka membuat semua orang terpukau dengan mereka. Duet ini dinamakan Akdong Musician atau Pemuzik Kanak-Kanak dan lagu yang mereka sampaikan kat atas ni bertajuk "Don't Cross Your Legs".
Bagi sesiapa yang belum pernah mendengar lagu ni,silakan dengar,sementara aku membuat komenku sendiri dan review aku secara peribadi. Secara keseluruhan,lagu ini memang "catchy" dan membuat semua orang yang mendengarnya buat pertama kali akan terbangun and automaticly asking,"Hey,ni lagu apa? Keren betul! Sapa penyanyi nya?". Seperti mana yang kita tahu,bagi sesiapa yang tak menonton K-Pop Star atas alasan anda tak suka K-Pop,it's ok. Aku pun tak berapa minat,tapi aku menonton K-Pop Star sebab juri-jurinya sangat profesional dan berterus terang terhadap peserta. Bukan menggedik-gedik seperti juri-juri rancangan realiti yang lain,yang kadang-kadang aku sendiri pun rasa juri tu bertindak,"Ah!Syok sendiri~".
Yang Hyun Seok dari YG Entertainment,yang melatih kumpulan BigBang dan 2NE1,BoA dari SM Entertainment,yang melatih kumpulan Super Junior dan Girl's Generation dan Park Jin Young dari JYP Entertainment,yang melatih Miss A dan WonderGirls. Memang mereka sangat ketat dari segi pemilihan para peserta sampaikan peserta dengan suara yang merdu dan nyanyian yang kalau di Malaysia,sudah dianggap peserta pilihan untuk menang program realiti nyanyian,pun pasti akan tersingkir di pusingan pemilihan/ujibakat.
Mungkin faktor negara yang luas dan banyak bakat terpendam di Korea,kalau dibandingkan di Malaysia,hanya seluas sebuah ladang gandum di Amerika Syarikat. Tetapi,jika kita jalankan sesi ujibakat yag ketat sebegitu,adakah penyanyi akan muncul di negara kita? Aku rasa tak mungkin. Bukan nak mengata negara sendiri,tapi jika kita nak bangkitkan industri seni muzik di negara ini,contohilah juri K-Pop Star dan latihan nyanyian yang sangat kedepan daripada kita. Pendidikan Muzik di sekolah pun sepatutnya dipergiatkan. Sebabnya? Fikirlah. Satu perkara yang aku sendiri sebagai penyanyi amatur pun baru tahu,menggunakan vibrato dalam nyanyian ialah kaedah nyanyian lama dan kaedah sebegitu tidak akan menyentuh perasaan pendengar.
Sudah-sudahlah dengan juri K-Pop Star. Sekarang,aku nak komen sal lagu ini. Liriknya memang lucu tapi dalam pada masa yang sama,memang realistik dan jujur kepada penonton. Alur muziknya pun sukar diramal sehinggakan BoA menyifatkan komposer tersebut mempunyai pemikiran yang unik. Keharmonian antara dua penyanyi juga sangat excellent,tak terlalu banyak,tak terlalu sedikit. Cukup-cukup saja. Aku sangat suka juga pasangan ini sebab mereka ada identiti yang tersendiri dan accent badan yang asli,tak dibuat-buat. Memang aku akan bagi 5 bintang untuk lagu ini. Sangat menawan dan anggun dari segi pengolahannya. Setakat ini,pasangan ini telah memiliki 48 buah lagu ciptaan sendiri yang belum dikomersialkan dan diperdengarkan di khalayak ramai.
Pada pendapat aku,kita sebagai rakyat di Malaysia dan juga sebagai penggiat muzik,untuk berkembang lebih maju,kita harus bersedia untuk mendengar dan belajar irama-irama dari seluruh dunia,supaya kita dapat mengenali alur muzik dan sisi teknikalnya. Membenci sesuatu aliran muzik bukanlah sifat seorang pencinta seni muzik. Lihat dari segi positif dan muzik yang dibawa,bukan dari fizikal orang yang membawanya. Seperti mana kita percaya pada pepatah,Don't Judge A Book By It's Cover,seperti itu juga kita menghakimi sesuatu. Bukanlah bermaksud kita mengagung-agungkan tanpa mengambil apa-apa daripadanya,tetapi mengenali untuk belajar sesuatu daripadanya dan memasukkan elemen yang berseuaian dengan budaya di negara kita.
Berfikirlah seperti mana bila kita bercinta. Begitu juga terhadap muzik. Sedalam mana pun kita meminati seseorang wanita atau lelaki,asal kita iaitu ibu bapa jangan lah sampaikan kita pinggirkan.
Akhir kata,selamat mendengar lagu di atas ini dan kasi komen siket? :)
Translation untuk Don't Cross Your Leg - Akdong Musician
Don’t cross your legs, don’t cross your legs
Don’t cross your legs, don’t cross your legs
You showed me chic and provoked my instincts
I didn’t think about the consequences and lifted up my leg and crossed it over my opposite leg, it was nauseating
What is this feeling of my leg falling asleep and my blood not circulating?
You showed me snobby and provoked my instincts
I clenched my firsts and banged my desk so everyone focused on me, then I crossed my legs, it was all twisted up
What is this feeling that my growth plates are closing up starting with my toes?
At your rash and haughty behavior
At your eyes, that say “I’m the truth”
A pointless competitive spirit burns up in me so I spread out my short legs and crossed them
(Rap)
When I go out to the city, I see colorful, thick or thin kinds of skirts and pants here and there
Out of those, I see bewitching legs that stand out
You cross your legs and sit on a bench, with a nervous face that seems like you’re waiting for someone
But it’s not like that so are you doing that because your legs fell asleep?
Don’t cross your legs, don’t cross your legs
Don’t cross your legs, don’t cross your legs
Don’t cross your legs, don’t cross your legs
Don’t cross your legs, all of you
Don’t cross your legs, don’t cross your legs
Don’t cross your legs, don’t cross your legs
Don’t cross your legs, don’t cross your legs
3 67 komplen
Segmen Segmen Lagi!! Jom JOIN :) http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/12/segmen-loike-fbpage-bertubi-tubi.html
BalasPadambiasa la tu eppy takde org yg boleh suka semua benda...mesti ada yg dia suka dan ada yg dia tak suka...betul tak...? jd tak boleh nak salahkan kalau ada org tak suka KPOP sebab peminat KPOP pon dah sedia ramai....
BalasPadamcuma kena paham apabila sebut pasal KPOP ia lebih merujuk kepada peminat2 yg sukakan wajah2 penyanyi berbanding muziknya...
muzik KPOP (yg org minat bukan muzik korea keseluruhan ye...) adalah dance music dgn adunan hiphop biasa sahaja yg telah dibawak oleh boyband2 otai seperti NKOTB, backstreet boys dan sebagainya...so nothing new...
tak dinafikan korea byk pemuzik2 berbakat...buktinya ada ramai ahli muzik klasikal dari korea yg terkenal di dunia...
pasangan duet dalam video yg eppy letak ni adalah "performer" yg baik tapi tak bererti mereka lebih hebat dari mana2 pemuzik lain...semua pemuzik ada kelebihan masing2...
kalau nak dgr muzik advance dgr la david guetta...lihat bagaimana dia bermain dengan bunyi2...tapi syg kebanyakan peminat beliau hanya dgr lagu utk berjoget lambak semata2...
@Hatimi Tahirruddinyup. gud komen. yelah. kita dengar muziknya. bukan tengok muka saja. sy pun mmg minat david guetta but since lately,jrg ikut pkmbgn dia,so the latest pun belum tau lg.
BalasPadam