Tutorial Nak Jadi Seorang Manusia

By Eppy Ismail - 2:18 PTG


Assalam :)

Hari ni,nak kasi entri banyak siket. Maklum lah,bulan cuti sekolah,bulan Disember,memang best sangat tak buka buku padahal tak sedar diri tahun depan nak SPM. Cakap Add Math susah lah,Kimia susah,Fizik bangang tapi tak usaha pegi belajar. Saya lah tu. Ahha! Yang tak baik jangan ditiru,yang baik,tiru tak pe. Hehe ~

Mukadimah untuk hari ni. Saya ni suka cakap banyak,tapi isinya? Belum tentu ada..haha..ok..memandangkan sekarang ni musim exam,so,apa yang saya nak cakapkan kat sini hari ni pun ada kaitannya dengan exam..tapi yang ni pasal cara untuk kita belajar..cara belajar yang berkesan..berdasarkan pengalaman selama 12 tahun saya menuntut ilmu,termasuk masa tadika. :p

Korang nak pandai? Caranya senang aje..belajar kan? Tapi tara mana kita belajar tu sampai boleh buatkan kita ni seorang yang pandai dan kekalkan reputasi itu selama mana yang kita nak? Jangan lah kalau dah cakap lama tu,lama nya setakat 2-3 bulan saja. Pastikan apa yang kita mahu,apa yang kita nak kekalkan adalah untuk sepanjang hidup kita. Bukan?

So..macam mana? Belajar untuk pandai selama-lamanya? Yang pertama,sudah semestinya FOKUS dengan apa yang kita nak belajar. Berdasarkan experiment saya (ceh,experiment beb!),kalau korang malas jenis yang paling haprak giler,korang sekadar buat kerja rumah jer balik rumah pun ok,tapi nasihat saya,JANGAN! JANGAN korang blahkan jer,maksudnya tak peduli dekat cikgu masa dia mengajar kat depan. So,apa yang saya cuba nak sampaikan kat sini ialah try to,sebaiknya jangan try,korang mesti focus terhadap apa yang cikgu ajar DALAM KELAS because dalam kelas lah,dia akan mengajar bersungguh-sungguh dan semua ilmu yang dia ada,dia akan curahkan masa dalam kelas. Stay focus in class and don’t make a mess. Ok?

Next one..tetapkan matlamat. Sangat penting untuk korang tetapkan matlamat because there’s a lot of challenges that u need to control and manage wisely. For instance,korang terjumpa lelaki kacak terus jatuh cinta ajak couple ker,korang berbakat lepas tu cikgu terus spot dan booked korang untuk macam-macam aktiviti ko-kurikulum and sport lah,adik-adik bising kat rumah susah nak concentrate,masalah kawan makan kawan dan many more lah kan? Ada tak? Mesti ada..kalau tak    ada,korang ni bukan student yang normal..emm..lupakan..so? Apa matlamat? Korang mesti fikir jauh,aku lepas sekolah ni macam mana?aku nak kerja apa?macam mana nanti bila aku dah kawen? Mampu ke aku sara keluarga aku sendiri kalau setakat kerja kat KFC? Setakat kerja jadi kuli kedai perabot? Kan? Meski pun banyak orang cakap jangan fikir benda tu dulu,in fact,that’s what you really need to think about sebab itu lah garis panduan matlamat korang. Kalau saya lah,saya berpegang kepada prinsip “LEARN TO GET PAID”. Saya belajar untuk dapatkan bunganya,untuk dapatkan faedahnya,untuk dapat pendapatan. See? When you learn better dan apa yang korang belajar tu ada prospek yang luas untuk masa depan,good then! Misalnya korang belajar,then korang tersedar yang korang lebih arif Matematik berbanding mp lain,so? Cuba pasang cita-cita untuk jadi seorang akauntan or usahawan. Macam mana kalau tak minat?? Lagi bagus! Sebab korang akan ada cabaran yang lebih besar,so korang akan berusaha lebih walaupun korang tak specialist dalam bidang yang anda minat tu. For example,korang ada kelebihan,ada bakat,dan memang akan berjaya untuk jadi seorang pakar kaji bumi tapi korang lebih berminat untuk jadi seorang supermodel. Go ahead for your supermodel job tapi dengan syarat,korang berusaha bersungguh-sungguh. For sure,korang akan dapat the job. Tapi itu adalah cara yang berisiko. Itu terpulang kepada korang sama ada korang tahan mental nak tahan semua tu. But nothing impossible,right? Bila ada minat dan bakat,semuanya jadi kan? :)

Tapi masalahnya sekarang,bila ada minat dan bakat,minat nak belajar yang asas pulak hilang. Aduh! Macam mana kan? Kalau sapa yang bercita-cita tinggi siket,tak lah kan..tapi macam yang teringin sangat nak jadi penyanyi ke,pelakon ke.. Yang asas macam mana? Ala,matapelajaran teras..macam BM,BI..ala,yang kita belajar kat sekolah.Bukan tak boleh,tapi kita kena seimbangkan pemikiran after kita fikirkan apa yang kita nak. Topik kita kan pasal belajar. Perkaitan utamanya mestilah belajar kat sekolah sebab penceramah korang kat sini adalah saya,seorang pelajar sekolah yang cuba mengajar korang makan ayam goreng..ahhaa..macam ni,walau apa pekerjaan sekali pun yang akan kita ceburi nanti,just fikir yang kita hidup dalam dunia yang pelbagai. Setiap pekerjaan,pasti ada masalah yang di luar bidang kerja kita akan muncul. So,pelajaran asas hidup adalah sangat penting. Korang tak nak ke jadi seorang pekerja yang multi-talented? Semua orang akan puja..People need you,korang akan ada popularity,you’ll take every job? And get more money? Yes! That’s the point. Apatah lagi kemahiran berkomunikasi. Nak jadi supermodel,kena fasih Inggeris terutamanya. Kalau setakat Bahasa Malaysia saja,apa bareng!! Dok depan cermin rumah je lah..So,ubah pemikiran untuk berhenti belajar untuk kejar cita-cita,kalau tak dapat sekarang,nanti-nanti akan ada peluang yang lebih besar,maybe,akan datang. Siapa tahu kan?

Dari aspek moral,korang kena lah hormat cikgu,ibu bapa dan orang sekeliling. Yup! Important key. Bukan nya bermakna korang kena jadi orang yang nerd dan jadi bahan bualan orang sekeliling,anak sapo lah yang baik sangat ni..Tak! Jangan fikir macam tu..saya tahu,ada pelajar yang berfikiran seperti ini menyebabkan mereka membenci orang-orang ayam tambatan di sekolah dan tidak mahu menjadi seperti mereka. Bukan seperti itu. Saya tergolong dalam kategori orang ayam tambatan tetapi saya tidak berfikir untuk menjadi seorang yang sangat digemari atau apa. Just enjoy your life! Come on! Just be yourself. Boost your confidence. Budak-budak sekarang,konfiden nak maki orang je lebih tapi bila suruh buka mulut jawab soalan,suruh jawab soalan secara sukarela,cuak giler..itu namanya penakut dan bodoh sombong,jangan korang tak tahu..Hormat orang,AT LEAST,kalau korang susah sangat nak angkat pen dan belajar sebab korang punya IQ Cuma 1 saja. Orang akan hormat korang balik dan berkatlah apa yang korang dapat dalam hidup.

Then,tangani stress dengan baik. Jangan korang nak pegi makan pil,dadah,apa semua tu..heiisshh! Aku sangat tidak suka golongan yang suka menzalimi diri sendiri ni sebab mereka tak bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi dan tak pandai jaga apa yang dah diberi. Bila korang stress,dan kawan-kawan ajak buat benda macam tu,tolak dengan baik. Dan cuba untuk elakkan diri dari mereka. Biar kita hilang kawan,jangan hilang nyawa,hilang maruah,hilang akal. Jangan cemarkan kesucian diri. Hargailah sebab korang masih berharga. Jangan fikir pendek. Hilang kawan,kawan yang lagi baik,lagi hensem,lagi cun,lagi lawa,lagi cantik bak mawar mekar di pagi hari akan datang kat kita. OK? Hidup ini susah,tapi itu lah tujuan kita ke dunia ni,untuk menentukan sama ada kita ini manusia yang kuat untuk lolos dari dugaan Tuhan atau seorang manusia yang lemah hina yang hanyut dalam nikmat dunia. :)

Sekarang ni kan,saya terfikir pulak apa yang diberitahu oleh Al-Quran bahawa nikmat syurga itu sangat indah,tidak dapat dibayangkan betapa indahnya.  Di sana ada arak,susu yang mengalir dalam sungai,perempuan cantik untuk didampingi sesuka hati,dan segala apa yang dihajati akan ditunaikan. Sesungguhnya dunia adalah sebuah tempat yang amat buruk,jauh sekali untuk dibandingkan dengan syurga. Sangat jauh. Untung kan siapa dapat masuk syurga?

So,akhir kata,belajar bersungguh-sungguh. Apa yang tercatat dalam entri kali ini cuma secoek je. Banyak lagi yang kita perlu tahu untuk hidup dengan selesa sambil mengingati dari mana datang dan pulangnya kita. Dengan itu,barulah semuanya dikatakan bermakna dan bererti. Ok? Nice to see you baca sampai akhir entri ni walaupun panjang giler.Hehe~ At least ada orang baca kan? Tahun depan saya SPM,so doakan yang terbaik untuk saya ok?

Gudluck dan salam permisi! Muahhh!


  • Share:

You Might Also Like

3 67 komplen

  1. i learn to kick ass! chewah..haha. btw..nice entry..really motivating..pemikiran kelas pertama sebeginila yg amat diperluan pada masa kini. keep up the good attitude and all the best for SPM.. :)

    BalasPadam
  2. All the best for your SPM! :) gembira kerana ada anal Muda berfikiran seperti anda. ya, setiap peringkat usia da

    BalasPadam
  3. *ya setiap peringkat usia ada cabaran tersendiri, jangan ambil jalan singkat, jangan mudah putus asa. insyaAllah kejayaan menanti kita di dunia akhirat, Aameen

    BalasPadam