Jumaat, 21 Disember 2012

Sasaran : Marksman SPM 2013!

Assalam :)

As we all know,result untuk PMR dah keluar beberapa hari yang lepas. Result SPM,untuk aku,tahun lusa baru lah keluar. Hah!!

So,for this entri,aku nak but sikit aku janji sebelum aku kena janji betul-betul dengan pengetua sekolah aku yang baru. Dia brutal. Kalau janji pusing padang 100 kali,100 kali lah. Dia tak kisah muka kau jadi arang,jadi abu. Asal kisah dia dengan janji dia ditepati. Gila tak gila. ~

So,aku ingat nak target betul-betul untuk tahun depan. Tapi sayang pulak tahun ni,aku tak sungguh-sungguh belajar sebab event terlampau banyak. Banyak benda belum hafal. Surah hafazan,jadual berkala,cas ion,persamaan,formula,konsep,fakta,banyak lagi lah..dan dalam masa kurang lebih 10 bulan je lagi,aku kena back-up semua yang aku belajar Form 4 dan Form 5. Memang naya...

Aku ambik 10 matapelajaran. Zaman sekarang,tak buleh ambik lebih dari 10 sebab maksimumnya 10 mp saja boleh ambik. Kalau the best student all over Malaysia sekarang ni pun,tak de nya sampai 50 A. Tetap gak sama 10 A. + lagi tu.

Aku nak teruskan dengan agenda. Pertama sekali,aku nak nyatakan gred apa aku nak bila aku SPM nanti.
  • Bahasa Melayu (A+)
  • Bahasa Inggeris (A+)
  • Matematik Moden (A+)
  • Sejarah (A+)
  • Pendidikan Agama Islam (A+)
  • Biologi (A)
  • Kimia (A)
  • Fizik (A-)
  • Matematik Tambahan (A-)
  • Pendidikan Seni Visual (A+) 
Now,time for reasoning,kenapa aku letak gred macam ni,macam ni..

Bahasa Melayu - Seriously,aku tak sehebat budak Aminuddin Baki or SBP buat karangan dengan idea tahap tinggi dan laras bahasa yang canggih-canggih. Tapi aku yakin dengan kemampuan aku untuk mengarang dengan sangat baik jika aku banyakkan membaca dan mengetahui banyak fakta-fakta menarik untuk dimuatkan dalam karangan. Teknik memikat dan mengurat pemeriksa lagi power kalau aku pakar dan reti nak variasikan penggunaannya.

Bahasa Inggeris - Walaupun grammar aku,bila dah overwhelming,memang berjuta grammatical error,tutup mata pun,nampak salahnya tapi advantages aku adalah pada bahagian Literature di mana aku boleh merapu sendirian di section tu dan tambahkan fakta,alibi-alibi,evidence kejadian dalam cerita yang aku kaji dan kaitkan dengan diri sendiri. Situ pun banyak markah. Penulisan pulak,harap idea betul-betul ummmpphh,baru boleh kasi gegar punya. Aku yakin boleh buat! Hehe~

Matematik Moden - Cikgu Matematik Form 4 aku memang bez! Bez giler! Nama dia Cikgu Nazirah Binti Mohd. Izani. Asal dari Kelantan. Lulusan UPSI. Kalau cikgu ni nanti,pindah kat sekolah korang ke,minta tolong dia ajarkan korang Matematik. Memang cun baliklah wayar kalkulator otak tu. Dia mengajar rilek je,tak stress,dia pun tak mudah nak marah-marah orang. Kalau perangai tak senonoh,patutlah dia nak marah.Segala apa yang dia ajar,memang menyerap dek kepala. Dan sekarang,aku memang master Matematik Form 4. Tunggu Form 5 je lagi. Hope senang jugak. Dapatlah skor! Wuhu!

Sejarah - Kalau aku tak dapek A+,memang nak kena dengan bapa aku jelah. Sejarah dapat A supaya tak malukan bapa sendiri sajalah. Itu memang motivasi dari dalam diri je lagi. Sejarah pun not bad. Salah satu subjek yang best!

Pendidikan Agama Islam - Bak kata ustaz,subjek ni lah yang paling senang nak skor sebab ni pengetahuan agama. Kalau tak cukup pengetahuan agama dalam diri,jahil lah kita. Betul jugak. Tapi masuk peringkat SPM ni,agak susah jugak lah,,hehe~

Biologi - Aku tak letak harapan tinggi sebenarnya,walaupun tiap kali exam,aku dapat highest mark. Itupun around 60,70++. Masih tak cukup lagi tu kot. Tapi aku yakin boleh buat. Tak de yang mustahil.

Kimia - Lebih kurang sama macam Biologi gak. Cikgu Kimia tak dapat pindah tahun depan. Entah kat mana silapnya. Tapi lagi banyak yang ku kena hafal. Especially the first 20 elements in Periodic Table,ujian analisis kualitatif,elektrolisis,ujian pengesahan anion & kation,many more lah. Stress jugak tapi kalau belajar enjoy jerk,ok lah nanti maybe. Hope boleh dapat A.

Fizik - Walaupun sejujurnya aku benci Fizik,mungkin sebab cikgu nya terlalu rilex bila mengajar,tapi aku pun nak excel gak. Macam mana lah agaknya nak excel subjek ni. Nak kena work hard. Aku sengaja naikkan gred dia sebab bila target rendah,apa yang kita dapat nanti lagi lah rendah.

Matematik Tambahan - Terpulang kepada usaha aku untuk memahami konsep. Walaupun sebenarnya gred C pun tak lepas,tapi aku harap dapat diperbaiki secepat mungkin benda ni tahun depan. :)

Pendidikan Seni Visual - Subjek ni,actually tak de pun dalam pakej Sains Tulen. Tapi aku sengaja ambik,manalah tahu. Nak bagi nampak penuh dalam sijil dan slip jer kot. Cuba nasib dalam bidang lukisan. Aku memang minat melukis. Orang jer tak tahu. Aku harap paper ni senang. Dapat lah apa yang ditarget.

So,nak jadi marksman untuk SPM tahun depan memang susah,tapi kata orang,takkan ada benda yang musthil dalam dunia ini,kan?

Wish me luck,k?

3 ulasan:

  1. transformers kuning25 Disember 2012 11:29 PTG

    straight A's memang comel, tapi straight A+'s lagi comel. good luck ye :)

    BalasPadam
  2. akak beri saya inspirasilah..tapi berdebar nak spm bulan 11 ni huhu...

    BalasPadam