Isnin, 30 September 2013

10A SPM : Ada Berani?

Assalam :)



Kalau saya dapat 10A SPM tahun ni,amacam?
Ada berani?
Adalah berani..Berani cakap saja.
Buat nya susah.

Tapi kalau betul lah.
Saya cuma gembira tentang ;

1. Saya orang pertama dapat streeet A dalam sejarah sekolah.
2. Dapat imbuhan mencurah-curah.
3. Yang penting,saya tak nak masuk science side lagi.
4. Saya nak kerja besar,gaji tinggi tapi cuti banyak. Ada ker?
5. Interview universiti nak masuk Islam Finance. Biarpun tak glamer macam doktor,yang penting hidup bahagia. Tak stress memanjang. Sebab dah jumpa kerja yang soulmate. 

Btw,ada ker budak streeet A dalam Malaysia ni nak keluar dari sains side (if they're sains side) bila smbung pgajian? Aku rasa takkanlah..Cuma sayalah 1 in a million. Sapa-sapa yang berada dalam landasan kereta api macam saya,tolong komen. Nak dengar korang punya choice apa. :)

bangkitnya semangat ngap sayot..di sekolah.

Assalam :)

Petang tadi. ribut kuat. susah mau cakap. ujar bapak,tempias dari taufan usagi di vietnam. sekarang ada pula ura-ura nak pergi ke serang thailand pula. badan bumi banyak angin dah sekarang. tapi manusia tak penah pula kasi sihat bumi. zalim kan kita??

bercerita pasal taufan,kat sekolah saya pun ada taufan juga. budak-budak lelaki khususnya. budak perempuan pun,segelintirnya sama juga. taufan minat bola. tambah-tambah,sekolah baru saja rangkul 2 kejuaraan bola dalam masa 2 minggu streeet. glamer lah coach dengan pemain. budak perempuan,apa lagi? cepat-cepat saja nak tackle. maklumlah,masuk newspaper.



sumber dari the borneo post

tapi,sejak kebangkitan ngap sayot dalam liga perdana dan liga malaysia baru-baru ni,saya perhatikan. ada satu perubahan mentaliti dalam kalangan penyokong terutamanya budak sekolah. yang dulunya sokong,kelantan,meh beralih tukar ke sarawak. yang dulunya sokong jdt,arsenal,liverpool,m.u bagai,meh beralih ke sarawak juga. biarpun bpl sedang hangat berlangsung di kaca-kaca tv pagi-pagi buta,seolah-olah bpl hilang sengat. bpl terus hilang dari buah mulut budak sekolah. yang mereka sibukkan sekarang ialah perlawanan lepas ni sarawak menentang siapa. seri,tak berbunyi. menang,sorak satu sekolah bagai sarawak menang piala dunia. kalah,tetap juga sokong player sarawak banyak advantages.

bla..bla..bla..

apa-apa pun,saya sokong sarawak. sebab saya sayang sarawak. negeri kelahiran saya.

sebenarnya,ini merupakan satu petanda positif kepada pembangunan bolasepak sarawak. bukti ini yang menunjukkan sarawak boleh setanding dengan kelab lain yang lagi gah nama,umpan semua player taraf star,tapi tak jadi apa-apa. saya bukan mengktiyik. tapi sekadar memberi kenyataan dan pandangan. saya boleh kira guna jari player sarawak yang bermain dalam skuad kebangsaan. kalau ada pun,mungkin di bangku simpanan. kadang kala,tak ada seorang pun. sedangkan sarawak negeri terbesar. nisbahnya mungkin 1:3 pemain dari malaya. puncanya sekarang jelas ada 2 sahaja ; samada pembangunan bolasepak sarawak masih belum cukup mantap atau pun terdapat unsur diskriminasi dalam selection pioneer. saya tak tahu. andaian semata-mata.



berbalik kepada budak sekolah,ada yang sanggup carter van atau kenderaan masing-masing untuk pergi ke stadium negeri sokong sarawak. tindakan berani mati. dari kediaman saya di sini,Gedong ke Kuching adalah dalam 60 km. kebanyakan mereka (boys) pergi dengan classmates. semangat kesukanan tinggi. memang patut dipuji. tapi tindakan ini memerlukan kebenaran ibu bapa. itulah persoalannya.

saya sangat suka melihat ekspedisi sokongan ini berlangsung di sekolah. walaupun para guru perempuan tidak suka budak-budak di bawah ajarannya bermain bola,tetapi apa gunanya bakat kalau tidak dibaja? akademik dan sukan boleh diseimbangkan jika "smart" itu ada dalam diri. walaupun akademik tak seberapa,tapi kalau achieve karier gaji 1 juta setahun main bola,apa salahnya. bak kata bapa saya,biar orang zaman sekarang berlatih bagai nak tercabut tulang kaki,patah sana,patah sini,kalau main bagus,tak sia-sia. betul ke tidak pepatah itu,saya pun masih mengkaji.

apa-apa pun,syabas dan tahniah kepada player SMK Gedong yang rangkul 2 kejuaraan bola dalam bulan ini. Syabas dan tahniah. kepada coachnya,anda memang sudah glamer dari zaman cikgu bujang dulu-dulu pun. Hehe.

Sajak : The Pity Mother

Assalam :)

The Pity Mother
(Adapted from novel The Curse)
By Andrea Neymar

No matter how her daughters are
Outspoken like an ambush fire
Or pleasant angd fair like flour
She firm with her loving desire
Like a moon that will always there for the stars

Poor mother
If the Alzheimer’s didn’t eat your memories
It won’t be hard for you to hug your only daughter
When she comes to you with a bunch of hidden miss in her

Hallucination is her pains
Every moments wandering in her head
Popping unexpected secret to Azreen’s the plain

Before she end it all with peaceful death

Sajak : The Isolated One

Assalam :)

The Isolated One
(Adapted from novel The Curse)
By Andrea Neymar

Forest is her life
Where medic skills used to survive
After being chased and ostracized
Although she is the long suffering-wife

She can’t sigh even if she wants
They called her wicked witch after a while
Reminding their son she is not a swan
But a monster waiting for prey from a mile

No one know the truth behind
Until a girl believe she’s her castle
Well,pretty wise and kind
Yes,a surprise she gives good counsel
Makes the girl bedazzled
With her,the isolated one
From her mankind

Sajak : Bukit Kutu

Assalam :)

Bukit Kutu 
(Adaptasi dari novel Kabus di Perbukitan,Bab 5)
Karya : Andrea Neymar

Sedar Faridah dari tidur
Namun terpana kerana ruang yang aneh
Seperti dalam filem lama
Dia tidak mengerti..

Datang Amah Siti
Pergi membawanya kepada Tuan Cecil Renking
Bercelana pendek putih
Seperti zaman 30-an
Tidak mungkin..

Bukit Kutu tempatnya kini
Di sebuah teratak namanya Smoke House
Di situ Iqbal dan Faridah terjerat
Ingin pulang namun masih keliru
Di mana..? Bagaimana..?

Terlena Faridah di pangkuan Iqbal

Ayu..
Kak Faridah
Tolong kakak cari jalan pulang
Ayu tak berdaya kak. Ayu sakit kanser. Akak baliklah.
Mengapa begini?! Bukit Kutu ini asing!
Tolong kakak pulang!!

Di luarnya
Dr. Susan berprasangka
Racauan Ayu itu
Telepati antara kembarnya,Faridah
Yang sangat istimewa
Tak terpisah ruang dan masa










Sajak : Air Mata dan Rambut Berguguran

Assalam :)

Air Mata dan Rambut Berguguran
(Adaptasi dari novel Kabus di Perbukitan,Bab 4)
Karya : Tangerine Putih 

Tidak ada mimpi                                                      
Hanya lena yang sunyi
Lewat hari-hari yang Ayu lalui
Hanya kemoterapi menemani
Berganda sakit menggenggam diri

Akan berganti Suhaila di sisi
Sunyi sepi pastinya kini
Andai dia masih di sini
Hikayat cinta pasti dibaca lagi

Ayu merenung ke dinding merah jambu
Hingga saat itu dia bertahan
Rawatan kelima dia sudah tak keruan
Baru sebentar sudah luruh rambut ke pangkuan
Air mata jatuh bercucuran

Walaupun ayahnya soldadu garang
Di matanya sebak bersarang
Tetap dia bertanya mengapa
Takdir memilih anak mudanya
Sedangkan ajal lebih dekat pada usianya

Namun,di dalam dilema itu
Masih tetap Ayu menanti
Bertanya di mana Faridah
Di dalam hati

karangan yang skema.

Assalam :)

Inilah contoh karangan yang skema. Memang sudah menjadi kebiasaan dan kemestian belajar BM yang perlu jadi orang skema bila dah tiba masa walaupun pecah fikiran nak cipta ayat,masih jugak rasa nak guna peribahasa,kosa kata yang haram jadah difaham orang bukan politik dan informasi yang even PM sendiri pun tak pernah nak ambik tahu..

AMARAN! KALAU TAK RETI NAK BACA HABIS,JANGAN BACA. NANTI TERMUNTAH DEPAN LAPPY,SAYA YANG MENANGGUNG DUSA...

Teknologi Hijau : Realiti Penyelamat Alam Sekitar
Oleh Nur Afifah Ismail

Gambar hiasan
“ Tanam padi tumbuh lalang”

     Memang tidak dinafikan,penggunaan sains dan teknologi serta kepesatan kemajuannya telah mendorong manusia untuk memanfaatkan alam sekelilingnya untuk terus menerus menghasilkan keperluan. Namun demikian,adakah kita sedar kesan negatif daripada aktiviti tersebut menyumbang kepada kemudaratan terhadap alam sekitar? Walaupun terdapat segelintir negara di dunia ini yang mengamalkan dasar teknologi hijau untuk mengurangkan kadar pencemaran,namun sehingga saat ini,majoriti rakyat di negara tersebut masih dapat diumpamakan seperti peribahasa di atas. Teknologi hijau membawa definisi penggunaan sumber yang lebih mesra alam dan kaedah ini dipercayai mampu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Protokol Kyoto yang dimeterai pada 16 Februari 2005 di Jepun merupakan permulaan kepada teknologi hijau ini dan seterusnya diikuti oleh pelbagai pendekatan lain dalam lingkungan yang sama. Persoalannya,sejauh manakah teknologi hijau mampu memelihara alam sekitar?

     Sejak kebelakangan ini,masalah perubahan cuaca yang sangat drastik di seluruh dunia sangat membimbangkan. Hal ini adalah disebabkan oleh peningkatan gas karbon dioksida yang dilepaskan oleh pelbagai sumber menyebabkan suhu dunia turut meningkat. Oleh yang demikian,salah satu cabang teknologi hijau yang telah dimanfaatkan ialah dasar meminimakan pelepasan gas karbon dioksida dan gas rumah kaca. Negara-negara maju seperti Jepun,Rusia dan Jerman telah bersepakat untuk mengurangkan jumlah pelepasan gas karbon dioksida melalui pembangunan teknologi hijau yang berkesan manakala negara-negara dunia kedua dan ketiga berperanan mengimbangi kitaran pelepasan gas karbon dioksida. Berdasarkan laporan Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC),dunia boleh mengurangkan kepekatan gas rumah hijau kepada tahap kurang daripada 450 bahagian per juta jika teknologi ini digunakan secara maksimum.  Oleh itu,alternatif ini sudah tentunya dapat menurunkan suhu dunia sekaligus mengelakkan fenomena seperti El-Nino umpama datang tak dijemput,pulang tak dihantar.

     Selain itu,kita dapat menyaksikan banyak pencemaran alam sekitar serta masalah pembaziran telah mengorbankan aset-aset berharga dunia akibat perbuatan tangan manusia.  Sehubungan dengan itu,amalan kitar semula merupakan satu langkah pragmatik dalam konteks teknologi hijau untuk memelihara alam sekitar. Dari segi pembuatan kertas,sebanyak 50 batang pokok ditebang untuk menghasilkan kertas dalam masa satu hari. Namun demikian,kita seharusnya bersyukur kerana program kitar semula bahan seperti kertas dapat menangani masalah ketandusan tanaman hijau. Di samping itu,di Australia,kerajaan negara tersebut juga telah melaksanakan dasar untuk menyekat penggunaan harian air penduduk daripada 100 liter sehari kepada 54 liter sehari. Hal ini dapat menjimatkan kos terutamanya dalam memulihkan air kumbahan. Maka,secara langsung,hal ini dapat memelihara kecekapan penggunaan tenaga melalui amalan kitar semula seperti yang telah dilaksanakan oleh Syarikat Indah Water Konsurtium (IWK) di negara kita.

    Di samping itu,penggunaan sumber tenaga alternative dan boleh diperbaharui merupakan salah satu inisiatif jangka masa panjang untuk memelihara alam sekitar. Tenaga – tenaga boleh diperbaharui seperti biojisim,tenaga solar dan geoterma berperanan sebagai pengganti kepada tenaga – tenaga yang mempunyai sumber yang semakin berkurangan. Negara Jerman telah mendominasi petak hadapan dalam kelompok negara pengguna tenaga boleh diperbaharui. Mereka telah memperkenalkan aruhan tenaga elektrik melalui pembinaan kincir angina dan penggunaan lampu jalan menggunakan tenaga solar fotovoltaik (PV). Dengan ini,tahap pencemaran dapat dikurangkan sekaligus dapat mengharmonikan alam sekitar kerana tidak terdapat bahan pencemar seperti kloroflorokarbon (CFC) digunakan. Tidak cukup dengan itu,kebaikan penggunaan teknologi hijau terhadap alam sekitar juga telah terbukti apabila Iceland yang terletak di Kutub Utara telah membina salah satu loji geotermanya yang terbesar di dunia pada tahun 2011 bagi memenuhi keperluan tenaga penduduknya. Jelaslah bahawa penggunaan sumber alternatif dan tenaga boleh diperbaharui dapat membantu memelihara alam sekitar daripada menjadi seperti rangka hidup segan,mati tak mahu.

     Hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah pembudayaan teknologi hijau dalam sistem pengurusan dapat memelihara alam sekitar daripada terus diratah tanpa belas kasihan. Sistem pengurusan yang mesra alam sudah semestinya dapat menghasilkan produk yang bebas daripada unsur-unsur pencemar dan selamat digunakan. Amalan seperti ini sudah tentunya turut menjamin kemandirian ekosistem kerana sistem pembuangan sisa dikendalikan secara sistematik dan terancang. Dengan mengambil contoh terdekat seperti yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia,Skim Amalan Ladang Baik Malaysia telah diperkenalkan untuk memastikan ladang – ladang di Malaysia mengamalkan aspek-aspek mesra alam dalam proses pembuatan. Selain itu,sisa-sisa buangan dapat digunakan sebagai baja kompos di samping dibuang ke saluran yang betul. Maka,sistem pengurusan yang berteraskan konsep mesra alam ternyata berupaya untuk menjaga alam sekitar daripada terus menjadi mangsa kekejaman kemajuan.

     Kesimpulannya,teknologi hijau bukan sahaja berkemampuan memelihara alam sekitar bahkan mampu menyumbangkan manfaat dari aspek lain seperti penjimatan dan kecekapan penggunaan tenaga. Namun demikian,semua pihak perlu berganding bahu untuk merealisasikannya,bukan sekadar menanam tebu di tepi bibir. Sesungguhnya jika cita-cita murni ini tercapai,sudah tentu dunia akan lebih harmoni dan lestari. Terbukti,teknologi hijau bukan mimpi,tetapi penyelamat yang pasti.