bangkitnya semangat ngap sayot..di sekolah.
By Eppy Ismail - 10:23 PTG
Assalam :)
Petang tadi. ribut kuat. susah mau cakap. ujar bapak,tempias dari taufan usagi di vietnam. sekarang ada pula ura-ura nak pergi ke serang thailand pula. badan bumi banyak angin dah sekarang. tapi manusia tak penah pula kasi sihat bumi. zalim kan kita??
bercerita pasal taufan,kat sekolah saya pun ada taufan juga. budak-budak lelaki khususnya. budak perempuan pun,segelintirnya sama juga. taufan minat bola. tambah-tambah,sekolah baru saja rangkul 2 kejuaraan bola dalam masa 2 minggu streeet. glamer lah coach dengan pemain. budak perempuan,apa lagi? cepat-cepat saja nak tackle. maklumlah,masuk newspaper.
sumber dari the borneo post
tapi,sejak kebangkitan ngap sayot dalam liga perdana dan liga malaysia baru-baru ni,saya perhatikan. ada satu perubahan mentaliti dalam kalangan penyokong terutamanya budak sekolah. yang dulunya sokong,kelantan,meh beralih tukar ke sarawak. yang dulunya sokong jdt,arsenal,liverpool,m.u bagai,meh beralih ke sarawak juga. biarpun bpl sedang hangat berlangsung di kaca-kaca tv pagi-pagi buta,seolah-olah bpl hilang sengat. bpl terus hilang dari buah mulut budak sekolah. yang mereka sibukkan sekarang ialah perlawanan lepas ni sarawak menentang siapa. seri,tak berbunyi. menang,sorak satu sekolah bagai sarawak menang piala dunia. kalah,tetap juga sokong player sarawak banyak advantages.
bla..bla..bla..
apa-apa pun,saya sokong sarawak. sebab saya sayang sarawak. negeri kelahiran saya.
sebenarnya,ini merupakan satu petanda positif kepada pembangunan bolasepak sarawak. bukti ini yang menunjukkan sarawak boleh setanding dengan kelab lain yang lagi gah nama,umpan semua player taraf star,tapi tak jadi apa-apa. saya bukan mengktiyik. tapi sekadar memberi kenyataan dan pandangan. saya boleh kira guna jari player sarawak yang bermain dalam skuad kebangsaan. kalau ada pun,mungkin di bangku simpanan. kadang kala,tak ada seorang pun. sedangkan sarawak negeri terbesar. nisbahnya mungkin 1:3 pemain dari malaya. puncanya sekarang jelas ada 2 sahaja ; samada pembangunan bolasepak sarawak masih belum cukup mantap atau pun terdapat unsur diskriminasi dalam selection pioneer. saya tak tahu. andaian semata-mata.
berbalik kepada budak sekolah,ada yang sanggup carter van atau kenderaan masing-masing untuk pergi ke stadium negeri sokong sarawak. tindakan berani mati. dari kediaman saya di sini,Gedong ke Kuching adalah dalam 60 km. kebanyakan mereka (boys) pergi dengan classmates. semangat kesukanan tinggi. memang patut dipuji. tapi tindakan ini memerlukan kebenaran ibu bapa. itulah persoalannya.
saya sangat suka melihat ekspedisi sokongan ini berlangsung di sekolah. walaupun para guru perempuan tidak suka budak-budak di bawah ajarannya bermain bola,tetapi apa gunanya bakat kalau tidak dibaja? akademik dan sukan boleh diseimbangkan jika "smart" itu ada dalam diri. walaupun akademik tak seberapa,tapi kalau achieve karier gaji 1 juta setahun main bola,apa salahnya. bak kata bapa saya,biar orang zaman sekarang berlatih bagai nak tercabut tulang kaki,patah sana,patah sini,kalau main bagus,tak sia-sia. betul ke tidak pepatah itu,saya pun masih mengkaji.
apa-apa pun,syabas dan tahniah kepada player SMK Gedong yang rangkul 2 kejuaraan bola dalam bulan ini. Syabas dan tahniah. kepada coachnya,anda memang sudah glamer dari zaman cikgu bujang dulu-dulu pun. Hehe.
0 67 komplen