Isnin, 31 Mac 2014

Mengkaji Fakta Sebagai Suatu Kepuasan Sementara

Assalamualaikum.

Entri kali ini mungkin kedengaran agak formal dari entri sebelumnya. Jika ingin mengenaliku dengan lebih dekat,teruskan pembacaan. :)

Aku teringat pada kenangan semasa aku menyertai pertandingan bahas masa masih di bangku sekolah menengah dulu. Pada masa tu,aku dikehendaki untuk merangka teks perbahasan secara berkumpulan dan mengarang sendiri teks itu secara individu. Tetapi kekadang aku menjadi sukarela kepada para menteri dalam barisan kerajaan dalam kabinet pertandingan mahupun rakan pembangkang dalam pucuk kepimpinan untuk menyiapkan teks perbahasan. 

Aku menggalas tugas sebagai seorang Perdana Menteri ataupun sebagai Ketua Pembangkang. Dalam banyal-banyak menteri,aku yang paling banyak mencelah dan paling aktif berfikir tentang soalan bidasan yang mungkin boleh membunuh pihak lawan. Kadang-kadang juga boleh memakan diri sendiri sebab terlalu bersemangat sehingga aku tidak menyedari bahawa aku kalah secara psikologi. Cikgu aku menganggap bahawa menteri ketiga atau pembangkang ketiga adalah patut dipilih daripada calon pelajar yang gaya percakapannya kelas sederhana. Tapi bagi aku,menteri ketiga atau pembangkang ketiga adalah senjata utama untuk mengubah fikiran pihak hakim. 

Menteri ketiga sepatutnya membidas,mematahkan hujah lawan,dan sepatutnya merupakan seorang yang sangat inkuiri dan memiliki ciri-ciri seorang pemberontak yang sering mempersoalkan setiap tindak tanduk yang dirasakannya tidak betul. Memutar belitkan fakta merupakan kepakaran perdana. 

Aku diletakkan dalam jawatan yang sedikit sukar pada mulanya. Menggalas tugas untuk menyiapkan semua teks dan mengarang teks penggulungan dalam jangka masa 5 minit yang diberikan. Mungkin kerana kepantasan aku mengarang dan ucapan merapu yang kedengaran seperti betul tapi aku sendiri haram faham apa yang aku sendiri perkatakan menjadi suatu kelebihan untuk menjadikan aku terpilih. Memang pada suatu ketika semasa sesi latihan,aku ingin menukar posisi tapi aku tidak percaya dengan kemampuan rakan sendiri untuk menggalas tugas sebagai seorang Perdana Menteri. Perdana Menteri yang lemah akan memberi tanggapan yang kurang memberangsangkan kepada hakim. Tanggapan yang kurang memberangsangkan akan menurunkan peluang untuk menang. Jadi,aku terpaksa mengalah.

Tetapi sepanjang tempoh latihan,aku sangat gemar untuk mengkaji fakta yang sahih dari internet mahupun majalah dewan ataupun suratkhabar. Kajian melalui buku-buku juga dianggap masih relevan walaupun mengambil masa yang lama untuk dianalisis. Tetapi tetap buku adalah sumber fakta yang terbaik kerana segala-galanya dipastikan kesahihan sebelum diterbitkan. 

Melalui kajian,aku dapat merasakan suatu kepuasan. Kepuasan sementara apabila aku berasa ilmu dalam sesuatu hal yang aku kaji itu berada di tahap yang sedikit tinggi dari orang lain. Kepuasan sebab aku tahu sesuatu yang orang lain tak tahu. Kepuasan sebab aku ada modal untuk bercakap tentang sesuatu hal berbekalkan pembuktian. Wahh. Pada masa itulah,kepuasan itu timbul.

Bila aku mengkaji sesuatu,aku seperti mahu terus mengkaji dan mencari selagi segala persoalan belum terungkai. Sepert ketagihan amphetamine atau morfin. 

Tetapi malangnya,setelah habis kajian dibuat,dan setelah merasa kepuasan itu,aku akan beransur lupa akan kajian itu dan tahap ilmu kembali pada paras sebelumnya. Mungkin ada sesetengahnya yang masih aku ingat,tapi kebanyakan aku sudah lupakan. 

Sebab aku anggap kajian itu sebagai suatu kepuasan. Mungkin lepas ini aku harap kegemaran aku ini boleh aku jadikan sebagai bekalan untuk mencapai cita-cita menjadi seorang penyampai berita. Mungkin bukan sekadar satu kepuasan,tetapi boleh aku jadikan sebagai ilmu pengetahuan yang berguna. 

Ahad, 30 Mac 2014

IGshop Review : @thecolourfulstore

Assalamualaikum.

Okayy,segmen review instashop kembali lagi!

Ada sesiapa yang kekeringan idea nak hias bilik? Atau tengah mencari aksesori yang sesuai untuk buatkan bilik korang terang benderang + cantik dan menawan?

Korang boleh pergi ke sini -->> @thecolourfulstore

@thecolourfulstore
@thecolourfulstore
@thecolourfulstore

Okayy,@thecolourfulstore ni menjual lampu berangkai yang panjang. Khas untuk tujuan hiasan dan pencahayaan. Lampu ni jugak boleh didapati dalam pelbagai warna. Korang boleh tengok kat bawah ni.


Macam nilah rupa lampu yang dorang jual. Banyak testimoni yang pembeli drop kat ig dorang dan semuanya cakap elok dan best. Say thank you to @thecolourfulstore.


Ini salah satu daripadanya. Daripada instarepost dari blogger,Khadyjah Fhatyah.


Sapa-sapa yang ada bilik kanak-kanak pun,boleh jugak beli. Bagi kanak-kanak teruja sikit nak dok dalam bilik,walaupun gelap. Tapi dik,ada lampu warna warni. Hihi. Best kan?

So,sesiapa yang merancang nak home deko,boleh pergi sini -->> @thecolourfulstore.
Harga berpatutan tau! Rugi kalau tak tengok. Window shopping je pun tak ape,kalau ada kawan or somebody minta tolong suggestkan aksesori deko,korang boleh jadi orang pertama yang suggest!

Sesi Tiga : Belajar Memandu Kereta

Assalamualaikum.

Bila masuk cerita kereta dan driving,aku memang tersangatlah excited. Keh keh keh.

Hari semalam,sesi tiga aku belajar memandu. Dan aku rasa aku masih belum pass sangat parking so sebab tu hari semalam masih belajar..parking..

Buat benda yang sama gak macam sesi dua,tapi kali ni cikgu dah tak duduk dalam kereta perhati aku drive. Dia dekat luar,aku dalam kereta. Mula2,okayy..tapi..

Papp!

Cikgu suruh berhenti aku pulak tak sempat tekan brek. Kereta pun melompat naik atas pembahagi jalan raya,betul ke? Yang tepi jalan tuh,yang hitam putih tu. Haaa. Dahlah banyak orang kat situ. Malu kot. 

Sumber : Google
Pembahagi jalan yang hitam putih ni lah yang I langgar.

Cikgu cakap ni sebab laju sangat ni. Aku pun iyakan saja lah. So,dia suruh aku reverse sebelum aku masuk ke tempat parking.

Dua kali buat lepas tu elok,lepas.

Kali ketiga,ada lagi,tuan-tuan puan-puan!
Papppp! Lagi teruk.

Aku langgar tiang. Mesti korang hairan kenapa aku cakap langgar tiang lagi teruk dari langgar pembahagi jalan kan?

Sumber : Google
Tiang hitam putih ni I langgar sampai bengkok. Ha?

Sebabnya aku langgar tiang tu sampai tiang tu tumbang,dan sampai tiang tu bengkok. Haa. Dahsyat tak dahsyat?

Maluu. Ya Allah. Cikgu Olldy siap ketawa lagi kat luar. Tapi at the same time,aku tengok reaksi muka,dia pun malu gak dengan cikgu-cikgu lain yang ada kat situ. Kenapalah student aku yang sorang ni macam ni sekali. Tercalar maruah...haha! Lantaklah. Aku baru tiga kali pegang kereta. Tipu. Tiga kali bawak kereta. Tak hairanlah boleh langgar tiang. 

Sumber : Google
Ha cikgu. Ketawalah puas-puas.

Then.bila dia pergi angkat tiang yang tumbang tu,dia siap tunjuk kat aku tiang tu bengkok. Lagi lah aku malu. Arrhh! Tak nak ingat dah benda tu. Dahlah dia buat muka selamba sambil ketawa kecil. 

EEE,geramnya aku dengan Cikgu Olldy masa tu.

And then lepas tu,aku rasa nak jerit je kat cikgu yang masa tu ada kat luar,suruh dia duduk balik dalam kereta. Temankan sayalah,cikgu. Kalau saya tak sempat brek,cikgu boleh tolong brekkan untuk saya! Taklah langgar pembahagi jalan dan tiang hitam putih tu.

Perasaan konfidante yang mula-mula masa bawak kereta tadi sebab dia tak ada dalam kereta berubah jadi sebaliknya. Malu-malu-malu!

Tapi sampai sekarang,aku masih rasa lucu. Ya Allah,lucu giler. Kalau Doughlas Lim dengar frasa "lucu giler",mesti dia marah punya. Hehekk.

Selasa depan,sesi empat. Mesti parking lagi. Errm. Tak pelah,lagi lama,lagi bagoss,lagi expert aku bak kereta nanti. Tak payah tunggu habis P dua tahun,aku dah bawak pegi Kuching. Haha. 

Itupun kalau ada kereta..dan kalau bapak kasi.. *Sigh 

Sabtu, 29 Mac 2014

IGshop Review : @kasehcloset

Assalamualaikum.

Pada malam yang indah ini,hadirin hadirat yang dirahmati sekalian,I nak buat review instashop khas untuk youlss.

Instashop yang terpilih kali ni ialah @kasehcloset.

@kasehcloset
@kasehcloset
@kasehcloset

Okay,tuan-tuan puan-puan,instashop ini diberi nama kasehcloset. Kenapa namanya kasehcloset,anda semua boleh tanya tuan punya instashop.

Diorang jual apa?

Dah tentu,islamic item. Islamic item bukan setakat islamic item tau. Islamic item yang sangat cantik. Masya-Allah,cantik sangat. Especially Al-Quran. Ya Allah,kalau boleh rasa nak peluk je Al-Quran tu,sambil bak tidur. Mana tahu,kot sapa-sapa yang dah lama tak Qiamullail tu,rasa tergerak hati nak buat sebab tengok Al-Quran yang rasa nak pegang je selalu. 



Ini Al-Quran beserta terjemahan. Saiz a6 dan a5. Berzip.
Kat bawah ni pulak sampel Al-Quran tadi. Yang cantik. Mukasurat nya berwarna warni. Ada juga yang ada terjemahan,hadirin..


Harga sangat murah. Ada yang lagi murah dari harga Al-Quran biasa yang kita beli dekat kedai.
Memang berpatutan.

Insya-Allah,kalau kita tergerak hati nak beli Al-Quran ni,kalau kita baca lagi besar pahala.

Jadi,kalau nak maklumat lanjut,follow @kasehcloset sekarang!

IGshop Review : @rebelpopmerch

Assalamualaikum.

Okayy,hari ni I nak buat review instashop!

First time buat review insta shop,so,kalau ada apa-apa yang kurang,tolong maafkan. Hehe.

Instashop yang pertama I akan review ialah REBELPOPMERCH.

@rebelpopmerch
@rebelpopmerch
@rebelpopmerch



Okayy,so,sesiapa yang nak dapatkan casing yang super cantik,super comel dan super eksklusif,@rebelpopmerch adalah tempat terbaik untuk korang dapatkan casing yang korang idamkan!

So,they will provide you a wide range of phone casing. Dari IPhone,Sony Xperia,HTC sampailah ke Samsung Galaxy Grand. Semuanya ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan!



Basically from RM35 sampailah RM70.
Tapi,dah tentu diorang takkan kecewakan korang. Serious talk!

Jadi,apa tunggu lagi,follow igshop @rebelpopmerch @rebelpopmerch @rebelpopmerch sekarang!


Bila Mak Aku Bergurau Pasal Datuk Seri Hisyammudin..

Assalamualaikum.

Okayy2..whoaa..semua dah fikir negatif nih..cool2 korang..baru tengok tajuk kot..
Lek ahhh..

Hihi..

Mak aku memang perangai kengkadang pelik. Bukan nak mengutuk ke apa,aku anggap benda ni adalah satu keunikan dalam diri dia. Lain mak,lain lah cara dia bergurau dengan anak-anak dia kan?

Nampak? Maju jugak mak aku ni,pandai dah selfie.
Ni gambar lama. Kalah I,yuolls.


So,kisahnya macam ni...

Tiap petang,kan ada sidang media khas tentang MH370 tuh. Ni bukan nak cakap pasal MH370. Saya nak bercakap pasal Datuk Seri Hisyammudin,yerr..Sama sekali tak menyentuh isu MH370. Sekadar nak berkongsi cerita suka duka saya bersama keluarga tersayang. Okayy..jangan carut atau bash saya dekat ig,twitter or mana-mana media sosial lain. Ok,cool,rilek dan baca entri ni sampai habis.

Petang semalam,bila dah terbiasa tengok Datuk Seri Hisyammudin atau aku bagi singkatan ek,DSH ni buat kenyataan media,jawab soalan pengamal media,kadangkala sempat buat pengamal media ketawa,aku pun tak tahu kenapa diorang ketawa tapi aku nampak DSH tu senyum. Joke ringan lah kan. Suasana tegang,nak bagi muka pengamal media ni kendur sikit. So,aku nampak DSH ni tenang. Tak cepat melatah. Dan sangat professional bila handle sesuatu situasi tegang.


Dan tiba-tiba,mulut aku yang tempayan menghamburkan kenyataan berani mati dalam keadaan separa sedar..

"Mak,sebenarnya DSH ni hensem jugak. Dahlah tenang je jawab wartawan. Mesti dia ni cool,"



Lepas tu,entah kenapa aku boleh pula tekup muka guna kusyen sambil senyum sensorang. Lucu betul. Mana tak,reaksi aku tu menunjukkan kenyataan yang aku buat tadi bukan kenyataan main-main. 

Tapi,serius,aku setakat puji dia saja. Tak lebih dari tu,korang.

Dan,pap! Mak aku salah tafsir.

"Eee,kau ada hati dekat DSH?"

Pastu dia ketawa. Riuh satu rumah mengata. Mulut punya pasai lah.

"Nak jugak kau dengan DSH tu? Silap hari bulan kau kena bom dengan bini dia,"

Aku bagitau mak,sudah-sudahlah. Menyesal pula aku bagi tau tadi.

"Kalau kau jadi dengan DSH,mesti kau keluar gosip MeLeToP. Gosip di tangga pertama. DSH kahwin dengan wanita muda. Haha. Lepas tu,kahwin dengan DSH,takkan nak biasa-biasa saja kan? Mesti buat yang grand. Siap keluar dalam Raikan Cinta kat Astro. Lepas tu,kau bergambar sebelah bini nombor satu dia,"

Makkk! Melampau mak aku.

Lepas tu dia ketawa. "Silap hari bulan,kau kena buli dengan isteri dia tiap hari,"

Aku diam aje. Malas nak bergaduh pasal benda ni. Aku pun ketawa jugak. Mak aku. Memang macam tu. DSH pun boleh buat modal nak gurau dengan aku. Lucu betul.

Bila kitorang satu rumah dah diam,fokus balik tengok sidang media..

"Tinggi jugak citarasa engkau. Si Rizal tu kau nak letak mana?"

Dengan selambanya aku berkata,
"Rizal tu back-up lah. Dia hensem tapi dia tak kaya macam DSH. Dalam angan,apa salahnya kalau ada kekasih gelap,"  

Pening datuk? Tak pe,rakyat Malaysia sentiasa ada dibelakangmu.

Yang penting,muka hensem,hati baik. Tua muda pun tak kisah. 
Macam IJ saya. Ehem2. :)



Merenung masa depan ye bang?Hehe~

[Update] Sesi Dua : Belajar Memandu Kereta

Assalamualaikum.

Okayy,hari ni,26 haribulan Mac 2014,aku hadir ke Institut Memandu Liamarc kat Batu 12,Jln Serian-Sri Aman,wah..detailnya aku bagi tau..untuk sesi 2 belajar memandu.

Dan ofkos,under Cikgu Olldy. 

Hari ni,aku belajar parking & 3-points turning.

Susah ke senang?

Susah gak sebab cikgu bagi tau aku,yang aku belum begitu pandai kawal clutch. Same goes to stereng.

Senang gak sebab cikgu aku penyabar,tak marah-marah dan gentleman. ^_^

Hehe. Aku datang situ pukul 10.20 pagi macam tu. Sesi aku start pukul 11.00 pagi. So,aku ni kiranya seorang yang menepati masa. Bahkan..datang awal daripada waktu yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. :)

Pagi tadi,cuaca memang mendung sikit. Tapi tak hujan. Alhamdulillah. Dan tunggu punya tunggu,aku tengok student before aku habis awal. Ouhkayy. Sama je kot belajar parking. Tapi dia habis awal. Mungkin dia datang awal pagi tadi. Manalah tau kan. So,aku start belajar belom sampai pun pukul 11.



Selfie dulu sementara tunggu dorang habis belajar kereta.

Awal gak kan? Cikgu terus panggil. Ingatkan dia nak rilek lu ke. Tengok-tengok terus panggil. Ahh,baguslah. Lama sikit belajar hari ni. Dia tak pakai spec hari ni. Nampak sikit machonya. Haha~ Gurau jer..

Okayy,first masuk tempat parking. Nak kena pandai kawal clutch. Kalau terlajak,boleh terlanggar ataupun tak dapat nak kasi lurus kereta pi depan.

Lepas tu reverse sampai bila kita tengok cermin penumpang belakang,tiang hitam putih tu agak-agak lurus dari jarak penglihatan. Susah nak explain benda ni. Hihi. Tapi yang penting kena pandai kawal clutch & brek.

Sampai situ,pusing stereng sampai habis. Ikutlah. Kalau tempat parking sebelah kiri,pusing stereng ke kiri sampai habis. Lau sebaliknya macam tu jugak. Tekan brek bila tayar belakang dah sampai ke satu garisan pudar. Pusing balik stereng ke sebelah sampai habis. Then,reverse lagi sampai lepas garis putih putus-putus. Jangan langgar tiang! Kalau langgar tiang,fail lah.

Kasi gambar dorang naik bukit sajalah. Hehe.


Susah betey nak explain ni. Fuhh. 
Lau aku boleh ambik gambar tadi,boleh gak aku show kat korang. 

So,sekarang keluar dari tempat parking. Masa ni,kalau tak silap,tukar gear saja. Masuk gear satu. Then,tengok sama ada tiang berada dekat tengah-tengah pintu tempat duduk penumpang sebelah. Dahtu barulah boleh pusing stereng lag,sampai habis. Then lepas clutch slow-slow,pusing stereng sikit-sikit. Bila dah sampai dekat tengah petak untuk 3 points,baru belok stereng sampai habis.

Okayy,sekarang masuk bab 3 points turning. okayy,dah berhenti tadi kan,terus tekan clutch & brek. Pusing stereng sampai habis,masuk gear reverse. Jangan lepas brek,kalau terlajak ke depan,fail. Okeh?

Budak ni tengah buat 3 point turning. Ada tengok kereta kancil
tepi tuh? Tapi terlajak pulak. Hehe. Sorry geng.


Lepas tu,sama gak,jangan lepas brek sampai korang habis pusing stereng dan sedia nak gerak. Okayy?

Dah habis. Buat benda samalah berulang kali sampai pukul 12. Best! Tak rasa bosan pun.

Korang faham tak? Tak faham an? Melainkan korang rasa sendiri. Aku cerita saja macam mana. 
Nerves gak takut terlanggar tiang. Sebab tulah selalu gak terlepas clutch tiba-tiba. Hihi.

Cikgu Olldy macam biasa. Rilek je. Hari Sabtu ni masih buat benda sama kot. Kalau tak pun,naik bukit. Arhh. Susah. -_-"

Tak pe,hendak seribu daya,tak hendak seribu..dalih lah kan?

Gambar kasut yang aku pakai hari tu. Tak selesa sungguh bila tekan clutch. Kan dah kena tegur cikgu. Malu wa beb!



Selasa, 25 Mac 2014

[Siri 1] Travel EX : Limbang,Sarawak.

Assalamualaikum.

Haha. Travel EX. Maksudnya Travel Experience. Aku suka sangat pergi melancong dan jenjalan actually. Tengok bandar,tengok pemandangan,tengok panorama. Dan mungkin satu hari kelak,aku boleh pergi melancong walaupun istilah sebenarnya curi tulang masa tengah buat liputan. Wartawan - to - be. Insya-Allah.

Okayy,kali ni,aku pergi Limbang. Lama dah pergi. Dua tahun yang lepas. Cuma EX nya baru boleh publish hari ini sebab kelapangan waktu yang ada. Haha. Jom.

Pergi Limbang ni atas urusan "bertanding" Budak sekolah. Pi bertanding. Peringkat Negeri Sarawak. Pantun. Boleh tahan lah,kan? Haha. Okayy2. Lupakan.


Bila sampai kat Lapangan Terbang Limbang,whoaa..sempat posing lagi depan foker. Haha. Trafik yang lambai-lambai untuk guide parking foker tu siap jeling lagi kat kitorang. Pekerja yang angkat kargo pun macam tu gak. Haha. Haii encik,kalau nak bergambar jugak,bagi tau ler. Tak yah jeling-jeling. Hehe.

Ni masa kat Lapangan Terbang Miri. 




So,macam nilah rupanya Lapangan Terbang Limbang. Sapa yang nak travel sini,make sure korang sampai depan airport yang sebijik macam ni. Kalau lain je rupanya tu,haa..kena hijacked lah foker korang tu. Terbang sini tak pakai plane biasa yekk,cuma pakai plane kecil je. Nak pakai airbus,jauh sekali. Sapa yang nak rasa kelas bisnes,baik tak yah travel sini. Kalau biasa dorang bagi korang nasi lemak dalam plane,lau travel sini diorang akan bagi Milo sekotak dan..sebungkus kacang cop MAS. Tapi sedap gak tau. MAS memang terbaik. Diorang tau aku masih suka minum Milo kotak. Haha~


Okayy,accommodate kat sini,korang tak leh nak memilih sangat. Hotel Purnama,namanya. Dari dalam plane dah boleh nampak. So,korang boleh recognised awal-awallah. Hotel 3 bintang,okayy satu ni jer hotel kat sini. Yang special untuk tampung orang luar datang menginap. Boleh tahan jugak lah. Memang okayylah. Bilik dia taklah seromantik hotel kat Harbour View. Bawah ada tempat beli belah,tapi tak semewah Pavi lah. Jangan expect high sangat. Sesiapa yang nak travel sini,niat mesti nak travel,okayy,this is low budget travel but we'll see something nice that we can't even see in our place? Okayy? Yess,it's true. Definitely.

Bawah ni pulak pemandangan dari luar bilik. Memang best sangat. Ada bangunan kedai Parkson,ada tokong kat depan,ada sungai,ada perkampungan tepi sungai kat seberang,tengok jalan yang takkan pernah sesak,ada market. Bandar Limbang ni kecil saja. 








Macam nilah rupa bilik hotel kite. Okayy sangat tau. Aircond kuat. Aku siap peluk lagi dengan kawan satu katil sampai terbangun tengah malam kite terpaksa tutup. Bila dah tutup,panas semacam pulak lah kan..serba salah..hehe


Singgah kat kedai jimat kat bawah. Jurumekap kitorang boleh pulak beli bulu mata palsu kat sini untuk tujuan makeup kitorang masa compete malam final. Gila lah. 


So,inilah keistimewaan kat sini. Bubuk. Bubuk boleh borong murah. Murah sangat. Kalau bawak makcik-makcik pegi sini boleh jadi habis duit poket buat beli benda ni saja. Pemborong tu cakap bubuk tu fresh baru datang. Dia bagi murah. Haha. Nasib badanlah kan.. Ikan bilis,murah gak.






Kite biasa tengok beras siam,beras kampung biasa-biasa je kan,beras merah. Kat sini,macam macam jenis beras korang boleh jumpa. Aku pun first time jumpa. Menurut penjaja kat sini,kebanyakan beras ni boleh dimakan untuk tujuan penawar kepada penyakit macam kencing manis,darah tinggi dan kolesterol. Tengok dari gambar pun,namanya dah macam-macam. Korang boleh lah cuba beli satu. Cuba beras Sarawak. Tak merbahaya okay? Natural. 100%.


Ini buah apa tah aku pun tak ingat apa nama dia. Tapi yang pastinya cikgu aku beli walaupun dia sendiri tak pernah makan. Okayy cikgu,go on.

Ikan tahai. Lupa nak ambik gambar! 

Okayy,benda nilah yang wajib korang bawa balik dari sini. Rupanya macam sotong merah kering tu,yang bersalut gula tuh,korang selalu makan time raya tuh. Lebih kurang je,cumanya dia ni ikan kering,bukan sotong kering. Sedap. Menjilat jari. Bak balik rumah,belum sempat pun aku sendiri buka bungkus,dah habess dah..Dahsyat penangan ikan tahai ni korang..Betull..

Kat bawah ni pula pemandangan waktu senja dekat tepi jeti depan hotel tadi tu. Memang sangat cantik. Korang boleh take time situ dan tengok sunset turun dan ambil gambar. Fascinating untuk sesiapa yang suka take photo sunset.


Ni kawan aku,Yeeni Ayu Rosita namanya,dan cikgunya. Budak Petrajaya,Kuching. Kitorang sama pidato PNB. Actually aku pegi sini dua kali,in the same year. For pantun and pidato. So,aku samakan sekali dalam entri ni. :)



Tengok ni. Rindu pula nak gi sini. Ke foto ni yang terlebih cantik? o_O


Bawah ni pula some foto masa final Pesta Pantun SM Peringkat Negeri Sarawak kat SMK Kubong,Limbang. Kitorang dapat num 2. Hajat nak pegi Perlis masa tu tak kesampaian pula. Title juara SMK Agama Igan,Mukah masih pegang.



Budak dua orang ni kengkadang memang bangang juga. Suka buat orang tergelak sampai pecah perut. Okayy,yang sebelah kanan tu jurumekap kitorang. Nazri namanya. Dia ni awww siket. Tapi dia baik. Rindu pula kat dia. Hermm. Rupa pun dah tak macam ni sekarang. Yang sebelah kiri tu Aniq namanya. Dia suka ajuk orang tua gelak. Bila aku rasa wayar aku dah nak putus dibuatnya,nak cakap suruh dia berhenti pun aku dah tak reti dah.  


Okayy,sempat selfie. Tak ape. Ada lagi selfie yang lagi teruk. Tak yahlah rasanya nak show kat sini. Hehe. Bawah ni gambar masa nak balik. Huhu. Nak balik dah..




Gambar ni pula masa Pidato PNB kat Limbang. Masa tu,Datuk Mukriz dari DMZ Media & Design yang amek gambar. So,dia ambil gambar angle sangatlah cun. Thanks to Datuk. Mohonlah jangan lupa saya,ye Datuk? Bila dah nak kawen nanti saya upah datuk jadi photographer. Bwahaha! Lama lagi tuh. Tak pe,datuk tunggu aje. Nanti saya bagi datuk job. :)






 Travel lah gi Limbang. Best juga kalau dinikmati betul-betul. Thanks korang for the memories! Love ya!