Selasa, 25 Mac 2014

[Siri 1] Travel EX : Limbang,Sarawak.

Assalamualaikum.

Haha. Travel EX. Maksudnya Travel Experience. Aku suka sangat pergi melancong dan jenjalan actually. Tengok bandar,tengok pemandangan,tengok panorama. Dan mungkin satu hari kelak,aku boleh pergi melancong walaupun istilah sebenarnya curi tulang masa tengah buat liputan. Wartawan - to - be. Insya-Allah.

Okayy,kali ni,aku pergi Limbang. Lama dah pergi. Dua tahun yang lepas. Cuma EX nya baru boleh publish hari ini sebab kelapangan waktu yang ada. Haha. Jom.

Pergi Limbang ni atas urusan "bertanding" Budak sekolah. Pi bertanding. Peringkat Negeri Sarawak. Pantun. Boleh tahan lah,kan? Haha. Okayy2. Lupakan.


Bila sampai kat Lapangan Terbang Limbang,whoaa..sempat posing lagi depan foker. Haha. Trafik yang lambai-lambai untuk guide parking foker tu siap jeling lagi kat kitorang. Pekerja yang angkat kargo pun macam tu gak. Haha. Haii encik,kalau nak bergambar jugak,bagi tau ler. Tak yah jeling-jeling. Hehe.

Ni masa kat Lapangan Terbang Miri. 




So,macam nilah rupanya Lapangan Terbang Limbang. Sapa yang nak travel sini,make sure korang sampai depan airport yang sebijik macam ni. Kalau lain je rupanya tu,haa..kena hijacked lah foker korang tu. Terbang sini tak pakai plane biasa yekk,cuma pakai plane kecil je. Nak pakai airbus,jauh sekali. Sapa yang nak rasa kelas bisnes,baik tak yah travel sini. Kalau biasa dorang bagi korang nasi lemak dalam plane,lau travel sini diorang akan bagi Milo sekotak dan..sebungkus kacang cop MAS. Tapi sedap gak tau. MAS memang terbaik. Diorang tau aku masih suka minum Milo kotak. Haha~


Okayy,accommodate kat sini,korang tak leh nak memilih sangat. Hotel Purnama,namanya. Dari dalam plane dah boleh nampak. So,korang boleh recognised awal-awallah. Hotel 3 bintang,okayy satu ni jer hotel kat sini. Yang special untuk tampung orang luar datang menginap. Boleh tahan jugak lah. Memang okayylah. Bilik dia taklah seromantik hotel kat Harbour View. Bawah ada tempat beli belah,tapi tak semewah Pavi lah. Jangan expect high sangat. Sesiapa yang nak travel sini,niat mesti nak travel,okayy,this is low budget travel but we'll see something nice that we can't even see in our place? Okayy? Yess,it's true. Definitely.

Bawah ni pulak pemandangan dari luar bilik. Memang best sangat. Ada bangunan kedai Parkson,ada tokong kat depan,ada sungai,ada perkampungan tepi sungai kat seberang,tengok jalan yang takkan pernah sesak,ada market. Bandar Limbang ni kecil saja. 








Macam nilah rupa bilik hotel kite. Okayy sangat tau. Aircond kuat. Aku siap peluk lagi dengan kawan satu katil sampai terbangun tengah malam kite terpaksa tutup. Bila dah tutup,panas semacam pulak lah kan..serba salah..hehe


Singgah kat kedai jimat kat bawah. Jurumekap kitorang boleh pulak beli bulu mata palsu kat sini untuk tujuan makeup kitorang masa compete malam final. Gila lah. 


So,inilah keistimewaan kat sini. Bubuk. Bubuk boleh borong murah. Murah sangat. Kalau bawak makcik-makcik pegi sini boleh jadi habis duit poket buat beli benda ni saja. Pemborong tu cakap bubuk tu fresh baru datang. Dia bagi murah. Haha. Nasib badanlah kan.. Ikan bilis,murah gak.






Kite biasa tengok beras siam,beras kampung biasa-biasa je kan,beras merah. Kat sini,macam macam jenis beras korang boleh jumpa. Aku pun first time jumpa. Menurut penjaja kat sini,kebanyakan beras ni boleh dimakan untuk tujuan penawar kepada penyakit macam kencing manis,darah tinggi dan kolesterol. Tengok dari gambar pun,namanya dah macam-macam. Korang boleh lah cuba beli satu. Cuba beras Sarawak. Tak merbahaya okay? Natural. 100%.


Ini buah apa tah aku pun tak ingat apa nama dia. Tapi yang pastinya cikgu aku beli walaupun dia sendiri tak pernah makan. Okayy cikgu,go on.

Ikan tahai. Lupa nak ambik gambar! 

Okayy,benda nilah yang wajib korang bawa balik dari sini. Rupanya macam sotong merah kering tu,yang bersalut gula tuh,korang selalu makan time raya tuh. Lebih kurang je,cumanya dia ni ikan kering,bukan sotong kering. Sedap. Menjilat jari. Bak balik rumah,belum sempat pun aku sendiri buka bungkus,dah habess dah..Dahsyat penangan ikan tahai ni korang..Betull..

Kat bawah ni pula pemandangan waktu senja dekat tepi jeti depan hotel tadi tu. Memang sangat cantik. Korang boleh take time situ dan tengok sunset turun dan ambil gambar. Fascinating untuk sesiapa yang suka take photo sunset.


Ni kawan aku,Yeeni Ayu Rosita namanya,dan cikgunya. Budak Petrajaya,Kuching. Kitorang sama pidato PNB. Actually aku pegi sini dua kali,in the same year. For pantun and pidato. So,aku samakan sekali dalam entri ni. :)



Tengok ni. Rindu pula nak gi sini. Ke foto ni yang terlebih cantik? o_O


Bawah ni pula some foto masa final Pesta Pantun SM Peringkat Negeri Sarawak kat SMK Kubong,Limbang. Kitorang dapat num 2. Hajat nak pegi Perlis masa tu tak kesampaian pula. Title juara SMK Agama Igan,Mukah masih pegang.



Budak dua orang ni kengkadang memang bangang juga. Suka buat orang tergelak sampai pecah perut. Okayy,yang sebelah kanan tu jurumekap kitorang. Nazri namanya. Dia ni awww siket. Tapi dia baik. Rindu pula kat dia. Hermm. Rupa pun dah tak macam ni sekarang. Yang sebelah kiri tu Aniq namanya. Dia suka ajuk orang tua gelak. Bila aku rasa wayar aku dah nak putus dibuatnya,nak cakap suruh dia berhenti pun aku dah tak reti dah.  


Okayy,sempat selfie. Tak ape. Ada lagi selfie yang lagi teruk. Tak yahlah rasanya nak show kat sini. Hehe. Bawah ni gambar masa nak balik. Huhu. Nak balik dah..




Gambar ni pula masa Pidato PNB kat Limbang. Masa tu,Datuk Mukriz dari DMZ Media & Design yang amek gambar. So,dia ambil gambar angle sangatlah cun. Thanks to Datuk. Mohonlah jangan lupa saya,ye Datuk? Bila dah nak kawen nanti saya upah datuk jadi photographer. Bwahaha! Lama lagi tuh. Tak pe,datuk tunggu aje. Nanti saya bagi datuk job. :)






 Travel lah gi Limbang. Best juga kalau dinikmati betul-betul. Thanks korang for the memories! Love ya!

2 ulasan:

  1. Wah bestnya :)

    Taufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)

    BalasPadam