Isnin, 24 Mac 2014

Sesi Satu : Belajar Memandu Kereta

Assalamualaikum.

Hari ni,tanggal 24 Mac 2014,maka dengan rasminya I baru masuk dalam kereta,pegang stereng,tekan clutch,masuk gear 1,tarik brek tangan dan drive! Haha~ Best! Best! Best!

Okayy,pada mulanya aku daftar di bawah Cikgu Lingga. Dia ni dah tua sikit. Tapi banyak experience. Urusan lesen L mungkin ada lambat sikit bawah management dia but after dia dah mengajar,semuanya okayy.

Tapi yang mengajar aku bukannya Cikgu Lingga. Yang mengajar aku adalah anaknya,Cikgu Oldy. First time tengok,whoaa! Macam gengster Longkai. Ahh,mula rasa cuak. Tapi aku buat muka selamba aje. Dalam hati,Allah je yang tahu...

Bila dah masuk dalam kereta,cikgu gengster mula tanya. 

"Penah bawa kereta?"

Bapak ahh. Kalau aku pejam mata,mesti aku ingat cikgu aku tu mamat hensem dengan suara yang gentleman. Haha. Tak sangka pula dia ni gentle sangat macam ni. Start dari situ cuak aku hilang. SO,senanglah aku nak belajar. Kalau dia tanya pun dah kasar,tak taulah sesi dua,tiga dan seterusnya nanti macam mana nak handle. 

Dan memang betullah,don't judge a book by it's cover. :)

Dan apa aku buat masa driving tu? 

Okayy,mula-mula dia suruh lepas clutch slow-slow,yelah kalau lepas laju sangat,enjin mati tiba-tiba. So,lepas slow-slow,kereta jalan. Dan mula-mula tu,dia guide sikit camana cara nak kawal stereng. Sebab baru lagi kan. 

Bila dah lama-lama tu,okayylah. Dia dah boleh pus-pus hisap rokok sebelah aku. Rilek je dia. Aku pun dah boleh carry on sendiri. Cuma bila ada kereta kat depan,dia akan bagi guide sikit. 

Sepanjang satu jam tu,aku pusing-pusing litar,pusing bulatan. Itu sajalah.

Kawan aku pernah cakap,susah belajar kereta. Nak belok tu susah. Susah? 
Tak lah sesusah yang disangka kalau anda jenis yang adventurous.

Dan okayy. Cikgu Oldy cakap aku dah boleh dah actually bawa kereta. Walaupun first time. Hehe.
Next session hari Rabu pulak. Pukul 11.

Hari tu,aku akan belajar parking pulak. Parking. Sound interesting. Hehe. Cikgu gentleman,tak ada problem.

Dan sebelum aku balik,dia tak lupa pulak nak tagih duit deposit RM150. Aku ingatkan dia lupa. Aku hope juga dia akan lupa. Tapi kalau dia lupa pun,aku tetap juga bagi. Aku orang jujur. 

Tapi,siapalah manusia yang baik hati sangat lupa kalau pasal duit?
Haha!

2 ulasan: