The Chef,The Actor & The Scoundrel : Well Prepared Plan For Comedy Film Lover!
By Eppy Ismail - 12:58 PG
Assalamualaikum.
Haha. Lama dah tak buat review film. Ni nak buat lagilah. Tak sangka filem dari China pun boleh pikat aku. Congrates. Lepas sekian lama aku tak tengok film China yang best dan ada mesej tersendiri. Yang bukan dalam lingkungan mesej "cinta sesama manusia" semata-mata.
The Chef,The Actor & The Scoundrel.
Filem ni mengisahkan tentang 4 orang sahabat,yang ada kelebihan masing-masing dalam usaha mereka nak menyembuhkan penduduk di wilayah Beijing daripada penyakit taun. Jadi,dorang 4 orang ni buat plan yang kata orang well prepared untuk menculik seorang ahli mikrobiologi Jepun yang bertanggungjawab hasilkan vaksin untuk rawat penyakit tersebut. Tapi hanya untuk askar Jepun yang terkena penyakit tu saja.
So,diorang menyamar lah. Biarlah maruah dan malu letak kat tapak kaki kejap masa diorang buat kerja penculikan dan penyamaran ni. Macam-macam kerenah lah yang diorang buat. Dia siap panggang assistant saintis tu lah,diorang dera saintis dan assistant tu in order supaya diorang bagi tahu macam mana saintis tu buat vaksin dan dapatkan formula. Tapi dalam komedi way. Very funny lah.
Dan diorang mula hadapi masalah bila Jeneral Jepun datang ke kedai makan Jepun atau markas diorang tu. Jeneral tu macam dapat syak sesuatu. Satu per satu masalah dihadapi sampai diorang terpaksa ambil jalan sukar untuk dapatkan formula vaksin yang sebetulnya yang hanya boleh didapati daripada toksin salamander yang spesisnya tak dijumpai di Asia. Diorang sanggup dijangkiti taun untuk dapatkan formula daripada saintis tu yang tak pasal-pasal mati sebab jalankan upacara seppuku sebab dia tahu akhirnya dia akan mati juga.
Tapi geng 4 orang ni tak pernah putus asa. Salah seorang dari mereka jumpa toksin yang sama dari hati ikan buntal yang disimpan lepas isinya dibuat sushi. Dan at last,bila Jepun lancarkan letupan ke atas kedai makan tu,diorang able juga untuk survive. Lepas tu,diorang 4 orang yang akhirnya sembuh sebarkan debunga untuk sembuhkan penduduk di wilayah Beijing daripada penyakit taun.
antara babak dalam filem
Haa. Best tak? Rugi kalau tak tengok. Thanks to KIX HD,Channel Astro 729 sebab siarkan siaran cerita tu petang tadi. And part yang last tu memang menyentuh hati sangat.
Aku mungkin tak pernah tengok international film sangat. Tapi banyak pengkritik yang bagi tau bahawa tajuk film ni macam sama dengan tajuk film Inggeris-Perancis,"Tinker Tailor Soldier Spy".
Berdasarkan pengamatan,aktiviti penyamaran diorang ni sedikit tak masuk akal. Tapi sebab itulah unsur komedi. Kalau aktiviti penyamaran masuk akal,tak menjadi sangatlah komedi nya. Watak utama memang best,dan mereka memainkan peranan dengan begitu baik sekali,with different personalities. Especially watak chef. Ohh,bila dia jadi normal,he's very charming. Oh my..hihi :)
Dan teknik flashback yang digunakan memang sangat menjadi walaupun pada mulanya aku memang tak faham langsung apa yang terjadi. Rasa macam tengok opera klasik Cina pulak. Apa yang diorang buat pada mulanya memang aku tak dapat nak tangkap Nasib baik ada flashback. Dan itu sangat membantu dan teknik plot yang sangat menarik untuk mendedahkan siapa mereka yang sebenarnya.
Masalahnya pada filem ini ialah pada watak sampingannya iaitu 3 orang pegawai polis yang dungu. Selain tak memainkan function yang sebetul-betulnya function untuk variasikan jalan cerita,diorang ni juga dilihat sebagai watak yang muncul dalam beberapa babak yang aku rasakan hanya untuk melengah-lengahkan storyline. Dan tiap kali watak ini muncul,aku naik menyampah pula. Haha. Tapi bila tengok movie macam ni,mak aku pernah cakap,kalau kau ada perasaan kebencian yang berapi api,dan segala macam perasaan yang kau rasakan betul-betul,maksudnya pelakon tu berjaya tipu kita. Atau dalam erti kata lain,berjaya bawa watak.
Iye ke? Bila mak aku cakap macam tu,sampai hari ni prinsip tu aku pegang. Aku tertunggu-tunggu siapa yang dapat goyahkan hujah tu dari pegangan aku. Tapi sorang pun tak pernah tampil bagi pencerahan. Dan aku pula tak pernah sibuk nak tanya orang.
Sinematografi memang excellent. Lakon layar memang 5-star rated. Industri Malaysia can't beat it. Kalau ada pun,I guess maybe satu-satunya yang setaraf ialah filem The Journey.
So,dari skala 1 hingga 10,The Chef,The Actor & The Scoundrel layak dapat skala 7.
Highly recommend untuk pergi tengok. Serious talk! :)
0 67 komplen