Result SPM : The Analysis

By Eppy Ismail - 5:51 PTG


Assalamualaikum.

Korang nampak apa benda ni? Nilah namanya result SPM saya. Yang tak seberapa. Tapi alhamdulillah at least kita syukur sebab menepati sasaran awal. Tapi tak leh guna untuk apply biasiswa :'( Huu..sedihnya..

Back to basic. Kita nak ulas result.

BM - Menepati sasaran. Bestnya bila dapat A+. Cikgu garang. Sebab tu boleh dapat. Cikgu saya namanya Cikgu Hamsiah. Dia ni pemeriksa SPM kebangsaan sebenarnya. Tapi dia saja tak nak bagi tau. Tapi yang penting kalau dia ajar korang karangan,for sure karangan korang akan menjadik mantop meletops dan organised. Ting!

English - Oh Mai English! Terrified betul. Target A+,dapat A aje. Herrm! Entah kat manalah silapnya,saya pun tak tau. Haiyya. Marah betul Cikgu Doria masa dapat result hari tu. Tapi nak buat cemana..dah gamaknya gitu..sorry,madam..tak kesampaian pulok..

Pendidikan Islam - Dapat A- je? Aku tak nak komen banyak sebab saya tahu puncanya. Sebab tak hafal Surah Luqman. Lagipun,Ustaz Ahi bagi tempoh lagi satu minggu sebelum dia key in markah hafazan tu. Tapi saya tak tampil depan dia. So..A- jelah. Nasib baik buat elok kertas bertulis. Kalau tak,tak taulah..

Sejarah - Okayy. Marksman! Memang saya prepare betul-betul untuk paper ni. Setiap inci maklumat dan info yang saya dapat saya apply dalam soalan dia. Dia sekarang main logic thinking je. Soalan tanya fakta ciput saja. Sebaiknya matapelajaran Sejarah ni tukar nama dia kepada matapelajaran Sejarah dan Logika. BTW,tenkiu ayah sebab mengajar saya mp ni dan saya dapat A+. :)

Maths - Ohhh..tak sangka dapat A+. Ni kira bonus gak ah,sebab dapat A+. Soalan banyak tricky. Nasib baek Cikgu Nazirah suruh faham konsep. Lau dia suruh hafal konsep,naya saya. Tapi Cikgu Nazirah betul-betul buat saya jatuh cinta kat Math Mod ni. Everything simple je actually kalau faham. Putar alam macam mana sekalipun,lau faham,sure dapat buat. 

PSV - Ni memang additional betul. Soalan objektif cam soalan taraf PMR saja. Jadi,memang disarankanlah ambil PSV kalau nak genapkan jumlah mp. Paper melukis,siap bergambo lagi dengan lukisan tu. Haha. Nasib baik pengawas Wawa Zainal tu sporting. Sambil tunggu lukisan budak-budak kering sebelum diorang kutip,kitorang pi gambaq. Haha. Majoriti ambik labah-labah. Tapi tetap dalam banyak-banyak labah-labah,labah-labah aku yang paling chanteks. Bagi akulah. Bwahaha! 


Add Maths - Syukur lillah. Dapat B. Sebab apa saya gembira? Sebab kawan yang terer satu kelas dengan I dapat C+. Yang sorang dapat B. Dua-dua ni musuh ketat. Kalau tak si Rowena yang tertinggi,Asyraf yang ambik alih. Tapi Cikgu Matthew,cikgu tuisyen aku,dia target aku dapat A. Cikgu Hansen pulak bagi tau tak pe. Nanti masuk matrik try dapatkan A+. Iya iyalah...Hermm. Banyak budak kata susah. Aku pun kata susah. Tapi nak buat cam mana. Lau aku dapat A-,memang bonus ahh. Exam biasa pun saya susah sangat nak lepas..kasi lulus. Ni kan SPM. Syukur jelah...hihi.

Fizik - Yang ni paling aku impress. Best gilerr bila dapat tahu yang Fizik saya B+. AAAAAAA!!! Nak jerit! Nak jerit! Fizik nilah mp yang paling buat sampah dalam kepala hotak bila cikgu ngajar. Bila masa otak cerewet sikit certain day,saya tutup sistem mata. Walaupun dua masa pertama awal pagi. Haha. Nakal. Dahlah duduk depan cikgu. Cikgu Rosno,sorry ek? Hehe. Lagipun,B+ apa. Saya bukan penah lulos pon mp ni. Tipulah tak penah! Adalah..sekali dua je kot.Tapi saya akui masa sit paper Fizik SPM saya rasa itulah jawapan yang terbaik penah aku catit kat kertas jawapan seumur hidup saya sit exam Fizik.

Kimia - Hampa. Saya target dapat A- at least tau. Tapi dapat B. B je. Bukan nak bagi B+ ke apa. Ishh. Tak pelah,benda dah jadik,nak buat camana. Madam Saydos say,tak pe,saya tau awak dah buat yang terbaik. Cikgu kemain garang. Huiisshh. Lau tak siap kerja rumah rela ponteng sekolah. Buat dajal bagi tau mak saya sakit gigi lah,sakit perut lah. Tapi siapkan jugak. Esok harinya hantar. Kiranya nak mintak excuse satu hari lagi lah tu. Sindiran dia ni pedas tapi tak dapat gak A. Kenapalah gaknya..

Biologi - Uiissh! Bangganya saya. Saya sorang je dapat A- dalam sekolah saya. Nak belagak jap. Tapi rasanya grading tahun lepas naik. Cikgu pun bagitahu soalan tahun lepas susah kemain. Saya ia-iakan saja. Tapi yang penting,saya dapat A. Tak yah risau. Satu mp sains tulen dapat A. Haha. Miss Anne-Miss Anne. Tq for everything. Atas maki hamun,carutan carutan,pujian kengkadang. Nanti roger-roger bila nak bak saya jenjalan kay? Kita dah janji. Awok belanja saya. Haha. 

Over all,saya tetap berpuas hati. Bukan senang. Jadi korang yang tengah nak SPM tu,belajar betul-betul. Lau boleh dapatkan straight A. Lau result cam saya,alang-alang je nak dapatkan biasiswa or tajaan JPA. Paling koman pun,dapat untuk diploma saja. Hermm. Pasrah. Nanti nyesal. Tengok cam saya. Semuanya alang-alang. Nyesal sekarang dah tak guna. Ingat tau?

Tak rugi belajar. Yang ruginya bila kita sia-siakan masa belajar buat benda tak berpekdah. 

Semoga korang pun boleh berjaya macam saya. Saya berjaya ke? Ah,tak kisahlah an? 
Bahkan lebih berjaya daripada saya. 

Insya-allah. Kalau usaha,mesti tuhan bagi punya. :)

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen