Ahad, 23 Mac 2014

Lagi Lagi Pasal Rizal Zulkapli..

Assalamualaikum :)


Check it out guys! Know what? Aku dah potong rambut. Haha. Malas nak simpan rambut panjang. Jenuh nak bagi kering lepas mandi. Tapi cas kemain mahal. Menyesal pula rasa hati ni bila ikutkan kata bapak tadi. Mak aku okayy je gunting kat kedai Cina kat tingkat atas tu. Tup tup dia suruh pergi gunting kat kedai Mahbuba belakang maket. Nasib baik dia gunting cantek. Lau tak aku saman la..

Haha. Gurau je.

Okayy. Lagi-lagi pasal Rizal kan? Hehe. Sorry lah geng. Aku ni,kalau dah sampai musim mengawan  berangan dan perasan tak tentu hala,mulalah. Sapa-sapa yang minat Rizal gak tuh,jangan sakit hati pulak baca entri aku ni. Kalau sakit gati jugak,tanggung sendiri lah yer? Siapa suruh baca sampai sakit hati. Kan dah sakit hati ~ Hehe.

Kenapa pulak dengan Rizal kali ni?

Hehe. Pagi semalam,aku buka tv,aku jumpa muka dia tengah baca berita! Aku menjerit sampai satu kampung dengar. Huiissh! Dahsyat kalau aku dah suka,korang. Aku sanggup buka channel Astro Awani walaupun aku tak berniat langsung nak tengok berita.

Uiissh! Hensem ahh!

Tapi rasanya si Rizal ni dah masuk 31 umur dia. Sebab aku jumpa keratan surat khabar tahun 2009,masa tu dia umur 26. So,ni dah tahun 2014. Congak sendirilah. Tak yah congak. Aku dah bagi tahu. Hermm.

Jarak umur aku dengan dia..31-17 = 14 TAHUN!

Bwahahaha! Aku memang suka kira jarak umur aku dengan orang. Tak kisah lah kawan ke,buah hati ke,family ke,retis ke. Semua aku nak kira kalau aku kenal. So,that aku tahu aku nak guna panggilan apa. Kalau panggilan tak sesuai,kang makan selipar 7 inci. Tak pasal-pasal.

14 tahun ek..

Hehe. Tuanya dia. Kesian. Mak aku dengan bapak aku 10 tahun beza umur. Mak aku 37 tahun,bapak aku 46 tahun.

Dan diorang cakap,"Apa ada kat umur? Tu semua cuma nombor. Tak melambangkan apa-apa,"

Mana katalah. Aku tak kisah. Asalkan satu hari nanti aku nak jumpa face to face dengan si Rizal ni. Nak borak-borak. Haha. Bagi aku,dia ni tak lebih dari seorang idola.

News anchor yang paling kacak dan bersahaja pernah aku jumpa.




5 ulasan:

  1. Sy pun minat rizal ni.. samelah kite, minat sbg seorang idola. Excited tgk berita klu die yg baca. He....

    BalasPadam
  2. He's my colleague and he is very friendly person. :)

    BalasPadam
  3. Em sape bilang rizal tak hensem,saya pun peminat setia rizal

    BalasPadam