Kisah Eksperimen Dadah dan Konsert

By Eppy Ismail - 11:56 PTG

Assalamuaikum.


Aku rasa mungkin cerita ni dah basi. Tapi aku nak bagi pendapat aku terhadap isu ni. Macam 'wow' je bunyinya kan? Tapi tak woww sangat pun. Sekadar nak berkongsi pandangan. 

Kan masa konsert FMFA hari tu,yang the last day kena batal tu,yang sepatutnya Yuna dan Pharrell William buat show malam tu,tapi tak jadi tu,masa tu jugak lah ada budak 6 orang ni meninggal. Bila orang tanya sebab apa,sebab telan dadah. S***. Hell yeah!



Dan orang mula cakap macam ni,"Kesian betul mati macam gitu,"

Okayy. Sebenarnya komuniti kita ni cepat sangat menghukum orang. Bukanlah nak sebelahkan individu yang meninggal dunia tu,tapi bila dengar berita macam tu,cukuplah setakat kita ucap Innalillah. 

Actually,some of them telan dadah jenis baru tu for the first time. Memang ajal dia lah. Lepas 10 minit,suhu badan naik mendadak. 

Dan lepas post mortem,forensik dapat tau yang diorang telan dadah yang mungkin masih dalam eksperimen.

Remaja zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Kalau dulu,"pusha" ni sopan sikit,pemalu sikit,lau budak tak nak beli,diorang tak ekstrem sangat. Kalau tak nak,sudah. Harga tak leh runding.

Zaman sekarang,kalau diorang memang target engkau jadi first customer,dia akan guna segala pujuk rayu untuk jual benda tu. Aku pun remaja. Modus operandi mereka sedikit sebanyak aku tahu sebab aku pernah berkas diorang ni masa sekolah dulu. Diorang ada kod untuk communicate dengan customer. Ada satu hari ni,aku rehat dengan kawan. Tiba-tiba datang seorang awek ni. Tak cun lagi sebab mata dia kuyu je. Pastu tiba-tiba dia bagi tau,"Kau nak minum ais tak?"

Aku blur lah kan. Kawan aku tanyalah dia ikut bahasa diorang ni. So,bila dah cukup info apa semua,kita satu geng pegi buat plan berkas diorang. Ohh,dalam hati,terer gak kawan aku. Penah makan ke hapa?

Tapi dia tak penah makan. Tak taulah kalau belakang aku. Sebab dia ni bergaul dengan semua orang. Tapi tembelang dia yang jadi dalang semua plan pemberkasan tak pernah kantoi. Hebat tak hebat kawan aku ni? Dia rajin kaji persekitaran dan bahasa komunikasi yang pelik-pelik. Pelik -pelik maksud aku tu bahasa macam tu. 

Aku pun kengkadang takut jugak. Takut kalau aku jadi mangsa hal sedemikian. Extra care kena jaga diri bebaik. 

Berbalik kat topik asal.

Actually diorang ni bukan sengaja pun. Sengaja mungkin ada,dalam 40%,mungkin nak cuba-cuba. Tapi hal yang sebenarnya ialah diorang ni mangsa test market pembuat dadah jenis baru. Okayy,bayangkanlah..

Aku pembuat dadah. Aku ada ramuan baru. Dadah yang aku buat ni memang untuk tujuan berhibur. Untuk jangka masa yang lama. Tapi dengan satu biji harga mahal. Aku tak tau dadah aku ni berkesan ke tidak. Aku nak test kat sapa?

Kat tikus? Tikus nak berhibur pasal apa? 

Dah sah-sah lah remaja yang selalu pergi konsert jadi main target. Marketing strategi,tengok. Dahsyat. Nyawa boleh jadi mainan. Nyawa murah saja bagi diorang. 

Dan konsert. Tak salah berkonsert. Pihak penganjur tak bersalah. Yes,konsert memang untuk tujuan berhibur. Tak salah. Tapi yang salah adalah bila kita "over" atau bersikap keterlaluan. Sikap macam ini memang sangat mengganggu individu yang betul-betul nak menghayati muzik and the beautiful inside the music itself. Biarlah orang anggap kita kolot bila kita hadir konsert sambil lambai tangan,angguk kepala sikit,hentak kaki sikit,macam tengok konsert Anuar Zain. As long as kita terhibur dan kita rasa pengalaman tengok konsert. Ikut sama nyanyi,tak salah. Konsert pun boleh jadi gempak kan? Tak semestinya ambil dadah. 

Itulah yang sebetulnya.

Tapi pihak polis ambil langkah untuk batalkan konsert. Well,itu langkah terbaik untuk mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku lagi. Dan kita tak patut melatah pun. Tak batalkan konsert pun,boleh saja actually. Tak ada hal. Pihak berkuasa boleh tambah bilangan anggota untuk bertugas mengawal dan ketatkan lagi kawalan. Tindakan pembatalan ini pun kita patut terima walaupun pihak berkuasa negara kita mampu tambah anggota sebab memang jelas pihak yang bertanggungjawab prihatin akan keselamatan masyarakat dan pelancong yang datang tengok konsert. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya kan?

So,tiap kali ada konsert,wajar kah ada dadah? Bagi aku,perkara tu langsung tak wajar. Itu bukan cara berhibur yang sihat. Just come and enjoy the show. Tuhan pun tak suka bila kita ni bersikap keterlaluan dan fanatik. Biar sederhana. Kalau nak go wild,go wild lah bila belajar. Nak wild setara mana pun tak kisah. Fikirlah ibu ayah. Family. Kalau ada masalah,pergi kaunseling. Aku cayalah,kaunselor kat Malaysia ni hebat-hebat belaka. Tapi kalau kita ada masalah pun,fikirlah orang lain yang ada masalah lebih besar dari kita punya. Macam kita patut syukur dengan apa yang kita ada. Be positive. Insya-allah,ada jalan.

Jangan ambil dadah. Pliss. YOLO. Gunakan sebaiknya. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Al-Fatihah. 


  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen