Selasa, 4 Mac 2014

SPM Result : 16 Hari Lagi

Assalamualaikum.

Seriusly,aku dah tiga hari tak makan nasi. Pagi tadi buat terapi buang lemak,minum air kosong memanjang. Pagi tadi,ada jamah sikit nasi goreng,natijahnya..lemau habesss hari ni. 

Lupakan kisah badan lemau aku. Aku pun dah segar balek lepas makan Maggi tadi. Tengkiu Maggi. Ailebiu!

Ada yang lepasan SPM kat sini? Okayy,korang tentu dah tahu yang 20 hb ni result korang keluar. RESULT KELUAR. YAPP! RESULT KELUAR. 

Apa yang korang expect?

Tadi aku belek kalendar,nasib baek aku tak jadi berok. Tinggal lagi minggu depan lepastu minggu satu lagi tu result keluar. Ahhh. Korang nak delay masa? Aku kalau boleh nak cepatkan masa. Bayangkan hari ni 19 hb,esok....AHHH! RESULT KELUAR!

Aku expect result aku tak berapa nak bagoss. Sebab nya,paper 3 Biologi aku buat eksperimen macam tahik sebab aku dah tak sabar nak habess SPM. Paper 2 Add Math aku tak buat habiss sedangkan lima kali aku ketuk meja mintak kertas tambahan. *bukan apa,pengawas yang jaga paper masa tu hensem. apa lagi,kesempatan der!

"Eh,engko buat jawapan ke buat buku jawapan?"

Ayat kawan aku masa keluar dari bilik periksa. Aku kesah ke? 

Aku tak rasa yang aku boleh dapat straight A even A aku tak semuanya pelas pelas. Kau tahu kan pelas pelas tu apa. Tapi aku kechewa kalau Pendidikan Islam aku B. 

Aku Islam ke? 

Tapi,harapan aku tinggi. Harapan. Sekali lagi aku tegaskan,harapan. Bukan jangkaan. 
Kalau aku dapat streeeeet A,aku orang pertama dalam sejarah sekolah yang dapat streeet A.

Bagoss sangatlah.

Lepas tu,aku mesti jadi doktor. Kalau tak pun,jurutera or kerja-kerja yang high standard.
Kalau aku tak masuk bidang tu,orang tanya bagai. Bagailah semua yang streeet A kena berkecimpung dalam dunia yang macam poyo. 

Aku minta maaf kepada yang bekerja dalam bidang ni,tapi aku tak minat. Sorry,sebab tu aku tak dapat nak terima kalau orang paksa aku masuk dalam bidang yang aku tak minat. 

Aku lebih suka bisnes. You know,jadi boss sendiri.
Yapp,aku boleh urus masa aku sendiri,cuti sendiri,untung sendiri.
Life sendiri. 
Paling penting,life.

Aku nak life dan duit. Dua-dua. Bukan duit je.

Apa aku membebel ni? Sudahlah. Yang tu jauh lagi. Result aku. Bingong juga kalau kena fikir benda sama tiap hari. Kalau boleh,aku dalam sijil SPM aku macan ni ;

BM - A+
BI - A+
MATHEMATICS - A+
SEJARAH - A+
PAI - A
PSV - A+
CHEMISTRY - A-
BIOLOGY - A-
PHYSICS - A-
ADDITIONAL MATHEMATICS - A-

Kalau boleh.....

**Hari klau ditunggu,memang panjang......................


2 ulasan: