Isnin, 24 Mac 2014

Teringin Nak Makan Nagasari..

Assalamualaikum.

Uiish. Pada masa-masa hamba lapaq begini,hamba teringat dengan satu kuih. Kuih yang aku rasa dah bertahun aku tak makan. Orang kampung pun tak buat. Atau pun mungkin tak pandai buat. Atau pun..malas nak buat. Sebab tu aku tak pernah nampak orang kampung jual kuih ni. 

Hari tu,aku tanyalah mak aku. Tau tak kuih nagasari? Dia bagi tahu dia tahu tapi bila aku minta dia buatkan dia tak ingat resepi pulak dah.

*Sigh

Aku ingat lagi,masa aku kecik-kecik dulu,mak selalu buat kuih ni. Tapi bila dah selalu sangat dia buat,aku mulalah jemu. Kalau engkau pun,hari-hari makan kuih yang sama,mestilah rasa bosan. 

Tapi,jemu-jemu pun aku,aku tak pernah komplen kuih dia tak sedap. Kuih ni memang salah satu kuih kegemaran aku selain dari kuih pelita. Badak berendam pun sedap gak. Uiish. Teringat pulak masa bulan puasa. Badak berendam,kalau letak dalam peti sejuk,bila kita nak makan untuk supper waktu malam,memang pergghh! Kalah ais krim Magnetto.

Kuih pelita..my favourite..

Nilah namanya badak berendam.

Nagasari ada banyak rupa juga. Aku memang memilih sikit kalau rupa dia tak menepati selera aku. Aku mungkin makan sikit atas dasar perikemanusiaan dan mungkin kalau aku beli,aku tak nak aku buang macam tu saja. Rugilah. Penat aku kerja atau pun kalau duit parent aku,penat kerja,waima 50 sen satu,penat buang untuk sebiji nagasari yang tak..sedap. Sejujurnya. Haha. Aku suka rupa dia yang basah sikit. Aku tak nak Nagasari yang kering. Nak kena kunyah lagi sebab dia kenyal an? Aku tak suka kerja mengunyah ni. Kalau boleh aku nak Nagasari ni,dalam mulut aku,aku boleh kemam untuk buat dia hancur sendiri dalam mulut dan kunyah sikit pisang tu. Macam yang mak aku buat. Fuhh! Makin menggelodak je rasa nak makan ni. 

credit to http://www.rozzan.blogspot.com/
Okayy,kalau korang terasa nak makan jugak,meh kita buat sekali. Ni resepi kuih Nagasari. Credit to blog Rozzan atas resepi ni. :)

NAGASARI
1½ cawan (180 gm) tepung beras
4½ cawan (1000 ml) santan pekat (dari 1 biji kelapa)
½ cawan (110 gm) gula pasir
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu teh garam
pisang raja/kepuk secukupnya (belah dua)
daun pisang secukupnya

Cara:
1) Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan di dalam periuk.
2) Kacau di atas api yg sederhana selama kira-kira 20 minit sehingga adunan pekat dan masak.
3) Bubuh 2 sudu makan adunan di atas daun pisang yg telah dilayukan dan tekankan sekeping
pisang keatasnya. Bubuh lagi 1-2 sudu makan adunan lalu bungkuslah dgn rapi.
4) Kukus hingga masak selama kira-kira 30 minit.

Meh kita buat sekali? Hihi~
Kuih tradisi,warisan kita. Ececehh. Haha.

2 ulasan:

  1. nagasari best...akak suke makan kalau sejuk..letak dalam peti ais dulu

    BalasPadam
  2. yer..betul..kalau sejuk pun sedap gak..hihi

    BalasPadam