Isnin, 3 Mac 2014

Mesej "K"

Assalamualaikum.
Apa yang korang rasa kalau manusia (kengkadang zombi pun boleh hantar sms atau ahlong kawan baik polis, celcom ) hantar sms sekerat macam ni kat korang?

"Sayang,jangan lupa makan ubat tau. Hope u sihat lepas ni. "
"K"

okayy. 
Satu huruf ni memang boleh buat aku bengang. Perempuan yang bijak pandai takkan guna huruf ni melainkan dia betul betul masa menses or dewa perasaan pasang mode marah hangin ribut pusar kaytrina.

Lelaki sesuka hati jerk. Ini kenyataan,ok?
Bagi kaum lelaki yang sangat suka guna huruf ni, perempuan akan automatik fikir korang;

marah tanpa sebab yang jelas, atau

Korang stress dan rimas kena ganggu ngan awek, atau

Bosan tahap gaban dengan awek.

Tapi kalau bosan, baik takpayah sibuk nak reply. Cakap je lah aku dah bosan. Tapi sebelum tu kasilah hint kat dia yang kau ni dah bosan dengan dia. Dia pun kena persiapkan mental kot kot nanti termasuk hospital gila sebab tak dapat terima hakikat. Nanti korang jujur dengan dia, dia takkan tanya kau lagi.
Lagi dia kasi kau lampu hijau.Sebab dah lali dan paling teruk dia tak mengharap kat kau lagi.

Tapi fikir masak semasaknya. Once girl dah move on,u're completely forgotten. Kalau kau masih ada kepentingan bersama, baik stay. Maksud aku kalau awek kau macam aku lah. Rajin bagi hadiah, rajin buat surprise,caring dan macam macam lagilah. Tapi kalau dia kaki kikis sedangkan kau tahu kau kerja cuci pinggan kat kedai mamak masala,baik kau tendang jauh jauh macam kau tendang bola. Bwahaha. Biar padan muka.

Berbalik kat mesej "k",pernah tak korang guna masa mula2 kapel dulu?

Aku berani jamin, TAK!

Jadi, kau fahamlah maksudnya kan? Kau dah terlampau malas nak balas mesej awek kau yang setia dan penyayang tu.

Banyak tafsiran perempuan tentang huruf k ni.
"K" - simbol kemarahan
         Simbol kebosanan
         Simbol kesedihan
         Simbol telur di hujung tanduk

Ada faham? Aku side belah awek ni. Kalau ada batak batak yang tak setuju,boleh battle entry gua ni. Nak tengok, apa alasan lu guna huruf "K" suka hati.

Kalau dalam kamus hidup aku, sapa mesej aku guna K, memang dia nak kena sepak sekali dengan pakej kungfu panda dan silambam. Ha!

3 ulasan:

  1. btul3....benci ngn msg reply "k"...bkn pat save kredit pon mun reply "k" jk.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yahh.. bena sik? Sorang dah saport.. tenkiu dara..: )

      Padam