[Update] Sesi Dua : Belajar Memandu Kereta
By Eppy Ismail - 8:00 PG
Assalamualaikum.
Okayy,hari ni,26 haribulan Mac 2014,aku hadir ke Institut Memandu Liamarc kat Batu 12,Jln Serian-Sri Aman,wah..detailnya aku bagi tau..untuk sesi 2 belajar memandu.
Dan ofkos,under Cikgu Olldy.
Hari ni,aku belajar parking & 3-points turning.
Susah ke senang?
Susah gak sebab cikgu bagi tau aku,yang aku belum begitu pandai kawal clutch. Same goes to stereng.
Senang gak sebab cikgu aku penyabar,tak marah-marah dan gentleman. ^_^
Hehe. Aku datang situ pukul 10.20 pagi macam tu. Sesi aku start pukul 11.00 pagi. So,aku ni kiranya seorang yang menepati masa. Bahkan..datang awal daripada waktu yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. :)
Pagi tadi,cuaca memang mendung sikit. Tapi tak hujan. Alhamdulillah. Dan tunggu punya tunggu,aku tengok student before aku habis awal. Ouhkayy. Sama je kot belajar parking. Tapi dia habis awal. Mungkin dia datang awal pagi tadi. Manalah tau kan. So,aku start belajar belom sampai pun pukul 11.
Selfie dulu sementara tunggu dorang habis belajar kereta.
Awal gak kan? Cikgu terus panggil. Ingatkan dia nak rilek lu ke. Tengok-tengok terus panggil. Ahh,baguslah. Lama sikit belajar hari ni. Dia tak pakai spec hari ni. Nampak sikit machonya. Haha~ Gurau jer..
Okayy,first masuk tempat parking. Nak kena pandai kawal clutch. Kalau terlajak,boleh terlanggar ataupun tak dapat nak kasi lurus kereta pi depan.
Lepas tu reverse sampai bila kita tengok cermin penumpang belakang,tiang hitam putih tu agak-agak lurus dari jarak penglihatan. Susah nak explain benda ni. Hihi. Tapi yang penting kena pandai kawal clutch & brek.
Sampai situ,pusing stereng sampai habis. Ikutlah. Kalau tempat parking sebelah kiri,pusing stereng ke kiri sampai habis. Lau sebaliknya macam tu jugak. Tekan brek bila tayar belakang dah sampai ke satu garisan pudar. Pusing balik stereng ke sebelah sampai habis. Then,reverse lagi sampai lepas garis putih putus-putus. Jangan langgar tiang! Kalau langgar tiang,fail lah.
Kasi gambar dorang naik bukit sajalah. Hehe.
Susah betey nak explain ni. Fuhh.
Lau aku boleh ambik gambar tadi,boleh gak aku show kat korang.
So,sekarang keluar dari tempat parking. Masa ni,kalau tak silap,tukar gear saja. Masuk gear satu. Then,tengok sama ada tiang berada dekat tengah-tengah pintu tempat duduk penumpang sebelah. Dahtu barulah boleh pusing stereng lag,sampai habis. Then lepas clutch slow-slow,pusing stereng sikit-sikit. Bila dah sampai dekat tengah petak untuk 3 points,baru belok stereng sampai habis.
Okayy,sekarang masuk bab 3 points turning. okayy,dah berhenti tadi kan,terus tekan clutch & brek. Pusing stereng sampai habis,masuk gear reverse. Jangan lepas brek,kalau terlajak ke depan,fail. Okeh?
Budak ni tengah buat 3 point turning. Ada tengok kereta kancil
tepi tuh? Tapi terlajak pulak. Hehe. Sorry geng.
Lepas tu,sama gak,jangan lepas brek sampai korang habis pusing stereng dan sedia nak gerak. Okayy?
Dah habis. Buat benda samalah berulang kali sampai pukul 12. Best! Tak rasa bosan pun.
Korang faham tak? Tak faham an? Melainkan korang rasa sendiri. Aku cerita saja macam mana.
Nerves gak takut terlanggar tiang. Sebab tulah selalu gak terlepas clutch tiba-tiba. Hihi.
Cikgu Olldy macam biasa. Rilek je. Hari Sabtu ni masih buat benda sama kot. Kalau tak pun,naik bukit. Arhh. Susah. -_-"
Tak pe,hendak seribu daya,tak hendak seribu..dalih lah kan?
Gambar kasut yang aku pakai hari tu. Tak selesa sungguh bila tekan clutch. Kan dah kena tegur cikgu. Malu wa beb!
6 67 komplen
selamat belajar and all the best...
BalasPadamyahh..thank you.. :)
Padamoh ho teringat masa mula2 belajar bawa kereta dulu :D
BalasPadambtw salam kenal - ada masa sila lah singgah yer :D
http://timetravelafif.blogspot.com/2014/03/misi-menawan-gunung-datuk-16-mac-2014.html
okayy..nanti sy singgah..btw,thanks sebab drop komen kat sini.. :)
Padamhaha..kmk tok wlupn dh btaun ada lesen pn xterer gik bawak keta manual..haishh..=.=..rasa mok msk skolah driving balit..
BalasPadamhaie..haha..apa salahnya..mintaklah ajar balit..mun sik mok g skolah memandu,mintaklah ajar scara private..tp bbayar..hehe..pandey2 lah bodek cikgu nok ngajar ktk ya marek.. :)
Padam