Ketahui Hak Kita Sebagai Peminjam dan Hak Institusi Perbankan.

By Eppy Ismail - 12:39 PTG

Assalamualaikum.


Lain beno bunyi entri aku hari ini kan? Hehe. Tak pe,kita share sikit info ni. Sebab semalam bila tengok news paper,banyak benar lah orang -orang kita yang bankrap. Huiissh. Berdasarkan kepada no ic dorang,muda-muda belaka. 

Kalau muda dah bankrap,lambat lagilah cerita kahwin tu. 

Jadi,bak kata orang,sediakan payung sebelum hujan. Ramai jugak masyarakat yang selalu kena tipu dalam hal pinjam meminjam ni. Last-last bila dah desperate,jumpa Ah Long. Habis cerita. 

Okayy. Apa hak kita sebagai peminjam?

Satu,kita berhak mendapat segala maklumat yang boleh mempengaruhi keputusan untuk membuat pinjaman.

Dua,berhak mendapat layanan profesional,bersopan dan tanpa prasangka.

Tiga,hak untuk berunding terhadap perubahan pada syarat dan terma pinjaman.

Empat,hak mendapat maklumat tepat dan benar mengenai akaun pinjamannya.

Lima,hak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya berlaku perlanggaran perjanjian.


Apa pulak tanggungjawab kita sebagai peminjam?

Satu,memahami keseluruhan terma dan syarat pinjaman.

Dua,bertanggungjawab untuk sentiasa mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Tiga,perlu membayar yuran,caj,faedah dan bayaran ansuran mengikut jadual.


Apa pulak hak institusi perbankan?

Satu,hak mendapat maklumat lengkap mengenai kedudukan kredit pinjaman.

Dua,hak mendapat maklumat yang benar dan tepat mengenai peminjam.

Tiga,hak menerima pembayaran balik faedah/ansuran bulanan ke atas pinjaman mengikut jadual.

Empat,mengambil tindakan undang-undang sekiranya berlaku keingkaran/perlanggaran perjanjian.


Tanggungjawab institusi perbankan apa pulak?

Satu,bertanggungjawab melaksanakan segala yang perlu bagi pihak peminjam seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian pinjaman.

Dua,bertanggungjawab berunding dengan peminjam sebelum membuat sebarang perubahan terhadap terma dan syarat,fi dan maklumat lain yang berkaitan.

Tiga,bertanggungjawab menjawab sebarang persoalan yang dibangkitkan peminjam.

Mungkin info ni sedikit sebanyak boleh membantu korang dalam menyelesaikan masalah yang melanda. :)


  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen