Ahad, 30 Mac 2014

Sesi Tiga : Belajar Memandu Kereta

Assalamualaikum.

Bila masuk cerita kereta dan driving,aku memang tersangatlah excited. Keh keh keh.

Hari semalam,sesi tiga aku belajar memandu. Dan aku rasa aku masih belum pass sangat parking so sebab tu hari semalam masih belajar..parking..

Buat benda yang sama gak macam sesi dua,tapi kali ni cikgu dah tak duduk dalam kereta perhati aku drive. Dia dekat luar,aku dalam kereta. Mula2,okayy..tapi..

Papp!

Cikgu suruh berhenti aku pulak tak sempat tekan brek. Kereta pun melompat naik atas pembahagi jalan raya,betul ke? Yang tepi jalan tuh,yang hitam putih tu. Haaa. Dahlah banyak orang kat situ. Malu kot. 

Sumber : Google
Pembahagi jalan yang hitam putih ni lah yang I langgar.

Cikgu cakap ni sebab laju sangat ni. Aku pun iyakan saja lah. So,dia suruh aku reverse sebelum aku masuk ke tempat parking.

Dua kali buat lepas tu elok,lepas.

Kali ketiga,ada lagi,tuan-tuan puan-puan!
Papppp! Lagi teruk.

Aku langgar tiang. Mesti korang hairan kenapa aku cakap langgar tiang lagi teruk dari langgar pembahagi jalan kan?

Sumber : Google
Tiang hitam putih ni I langgar sampai bengkok. Ha?

Sebabnya aku langgar tiang tu sampai tiang tu tumbang,dan sampai tiang tu bengkok. Haa. Dahsyat tak dahsyat?

Maluu. Ya Allah. Cikgu Olldy siap ketawa lagi kat luar. Tapi at the same time,aku tengok reaksi muka,dia pun malu gak dengan cikgu-cikgu lain yang ada kat situ. Kenapalah student aku yang sorang ni macam ni sekali. Tercalar maruah...haha! Lantaklah. Aku baru tiga kali pegang kereta. Tipu. Tiga kali bawak kereta. Tak hairanlah boleh langgar tiang. 

Sumber : Google
Ha cikgu. Ketawalah puas-puas.

Then.bila dia pergi angkat tiang yang tumbang tu,dia siap tunjuk kat aku tiang tu bengkok. Lagi lah aku malu. Arrhh! Tak nak ingat dah benda tu. Dahlah dia buat muka selamba sambil ketawa kecil. 

EEE,geramnya aku dengan Cikgu Olldy masa tu.

And then lepas tu,aku rasa nak jerit je kat cikgu yang masa tu ada kat luar,suruh dia duduk balik dalam kereta. Temankan sayalah,cikgu. Kalau saya tak sempat brek,cikgu boleh tolong brekkan untuk saya! Taklah langgar pembahagi jalan dan tiang hitam putih tu.

Perasaan konfidante yang mula-mula masa bawak kereta tadi sebab dia tak ada dalam kereta berubah jadi sebaliknya. Malu-malu-malu!

Tapi sampai sekarang,aku masih rasa lucu. Ya Allah,lucu giler. Kalau Doughlas Lim dengar frasa "lucu giler",mesti dia marah punya. Hehekk.

Selasa depan,sesi empat. Mesti parking lagi. Errm. Tak pelah,lagi lama,lagi bagoss,lagi expert aku bak kereta nanti. Tak payah tunggu habis P dua tahun,aku dah bawak pegi Kuching. Haha. 

Itupun kalau ada kereta..dan kalau bapak kasi.. *Sigh 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan