Bila Mak Aku Bergurau Pasal Datuk Seri Hisyammudin..

By Eppy Ismail - 10:00 PG

Assalamualaikum.


Okayy2..whoaa..semua dah fikir negatif nih..cool2 korang..baru tengok tajuk kot..
Lek ahhh..

Hihi..

Mak aku memang perangai kengkadang pelik. Bukan nak mengutuk ke apa,aku anggap benda ni adalah satu keunikan dalam diri dia. Lain mak,lain lah cara dia bergurau dengan anak-anak dia kan?

Nampak? Maju jugak mak aku ni,pandai dah selfie.
Ni gambar lama. Kalah I,yuolls.


So,kisahnya macam ni...

Tiap petang,kan ada sidang media khas tentang MH370 tuh. Ni bukan nak cakap pasal MH370. Saya nak bercakap pasal Datuk Seri Hisyammudin,yerr..Sama sekali tak menyentuh isu MH370. Sekadar nak berkongsi cerita suka duka saya bersama keluarga tersayang. Okayy..jangan carut atau bash saya dekat ig,twitter or mana-mana media sosial lain. Ok,cool,rilek dan baca entri ni sampai habis.

Petang semalam,bila dah terbiasa tengok Datuk Seri Hisyammudin atau aku bagi singkatan ek,DSH ni buat kenyataan media,jawab soalan pengamal media,kadangkala sempat buat pengamal media ketawa,aku pun tak tahu kenapa diorang ketawa tapi aku nampak DSH tu senyum. Joke ringan lah kan. Suasana tegang,nak bagi muka pengamal media ni kendur sikit. So,aku nampak DSH ni tenang. Tak cepat melatah. Dan sangat professional bila handle sesuatu situasi tegang.


Dan tiba-tiba,mulut aku yang tempayan menghamburkan kenyataan berani mati dalam keadaan separa sedar..

"Mak,sebenarnya DSH ni hensem jugak. Dahlah tenang je jawab wartawan. Mesti dia ni cool,"



Lepas tu,entah kenapa aku boleh pula tekup muka guna kusyen sambil senyum sensorang. Lucu betul. Mana tak,reaksi aku tu menunjukkan kenyataan yang aku buat tadi bukan kenyataan main-main. 

Tapi,serius,aku setakat puji dia saja. Tak lebih dari tu,korang.

Dan,pap! Mak aku salah tafsir.

"Eee,kau ada hati dekat DSH?"

Pastu dia ketawa. Riuh satu rumah mengata. Mulut punya pasai lah.

"Nak jugak kau dengan DSH tu? Silap hari bulan kau kena bom dengan bini dia,"

Aku bagitau mak,sudah-sudahlah. Menyesal pula aku bagi tau tadi.

"Kalau kau jadi dengan DSH,mesti kau keluar gosip MeLeToP. Gosip di tangga pertama. DSH kahwin dengan wanita muda. Haha. Lepas tu,kahwin dengan DSH,takkan nak biasa-biasa saja kan? Mesti buat yang grand. Siap keluar dalam Raikan Cinta kat Astro. Lepas tu,kau bergambar sebelah bini nombor satu dia,"

Makkk! Melampau mak aku.

Lepas tu dia ketawa. "Silap hari bulan,kau kena buli dengan isteri dia tiap hari,"

Aku diam aje. Malas nak bergaduh pasal benda ni. Aku pun ketawa jugak. Mak aku. Memang macam tu. DSH pun boleh buat modal nak gurau dengan aku. Lucu betul.

Bila kitorang satu rumah dah diam,fokus balik tengok sidang media..

"Tinggi jugak citarasa engkau. Si Rizal tu kau nak letak mana?"

Dengan selambanya aku berkata,
"Rizal tu back-up lah. Dia hensem tapi dia tak kaya macam DSH. Dalam angan,apa salahnya kalau ada kekasih gelap,"  

Pening datuk? Tak pe,rakyat Malaysia sentiasa ada dibelakangmu.

Yang penting,muka hensem,hati baik. Tua muda pun tak kisah. 
Macam IJ saya. Ehem2. :)



Merenung masa depan ye bang?Hehe~

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen