Ahad, 23 Mac 2014

Tetiba Rasa Sebak..

Assalamualaikum.

Aku bangun dari tidur. Dan aku mimpi benda pelik. Aku tak nak bagi tahu sebab mimpi buruk aku rasa tak patut untuk aku kongsi pada khalayak.

Dalam pada masa yang sama,aku tersentuh. 
Aku sebak jugak. 
Dengan dua orang manusia dalam mimpi itu.

Satu,sebab mempertahankan aku.
Satu lagi,lalai terhadap aku.

Mungkin susah sikit untuk akau terangkan tapi bila aku terbangun dari mimpi tak elok tu,aku terus rasa sebak. 

Aku rindu sebenarnya dengan IJ. Aku nak jumpa dia. Aku nak sangat jumpa dia. 
Bila aku dapat jumpa dia...? T_T

Aku sangat mencintai kau,Ibrahim. Aku harap kau tahu tu.

Perasaan sayang ini,dah lama bertapak dalam hati.
Cuma bila kau hadir untuk memulakan,pada waktu tu,aku tahu kau yang terakhir.
Kau yang akan membahagiakan.

Sayang...

Aku kuat. Jangan kau risau. Aku tak nakal. 
Aku setia sebab aku nakkan kau seorang.

Tapi aku ada cita-cita. Dalam pada masa yang sama,aku tak nak jauh dari kau.
Bila aku dah dapat apa yang aku dapat dalam hidup,aku takut kau menjauh dari aku.
Macam mana? Sebab itu aku sedih sangat,sayang.

Aku takut kau yang tak kuat. 
Kau yang lari. 
Sebab malu.
Taraf jauh berbeza.

Karier besar tak ada life? Semua tu boleh atur kan?
Takkan aku nak sia-siakan peluang belajar aku untuk sesuatu yang unvaluable di kemudian hari?
Aku masih muda. Aku still nak belajar lagi.

Sebab aku nak jadi reporter. Paling tak pun,doktor,kalau kau tak mau aku jauh dari kau.

Kau kisah semua tu?
Aku tak kisah. Aku terima kau seadanya.
Sebagaimana kau yang dulu,kau yang sekarang. Aku tetap suka.
Aku tetap cinta.

Aku nak juga kerja tinggi.
Aku nak juga jadi mak. Nak juga ada keluarga.
Ada anak.
Yang banyak.

Sayang Ibrahim,tolong bertahan,k?

Ya Allah,macam mana ini?

Berikan petunjuk padaku agar semua ini tak menjadi beban yang berat untuk ku fikirkan.

You and me. Happy together. Amiin. :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan