Rabu, 4 Disember 2013

Wishlist Checked! : Samsung Galaxy Grand Quattro


Ni cerita kelmarin sebenarnya. Memandangkan aku dah dapat apa yang dihajati iaitu dapat memiliki hp Samsung (apa-apa jenis pun tak kisah) iaitu Samsung Galaxy Grand Quattro. Cina tempat aku beli tu memang baik hati sangat. Maybe sebab tengok customer dia awek cun kot (buek!),sebab tu lah dia terima aku punya offer sampai-sampai dia boleh turunkan harga dari RM800++ kepada RM780.

Memang sebiji macam niey..

Yeap! Kalau korang rasa korang ni aweks or bujangs yang cun,tolong pigi kedai ni,nama dia Arrow Marketing,First Floor,Wisma Saberkas,Kuching,Sarawak. (Haa,siap promo lagi. Ni lah yang dikatakan budi yang baik dibalas baik. Haha! )

Bapak pun baik hati semalam. So,dia pun belikan jugak untuk mama. Hp yang sama,kaler jer yang beza. 
Okay ler tu kan?

Tapi,yang tak bestnya,adik-adik yang lain berputih mata. Kesian pulak aku tengok. Lebih-lebih lagi yang adik num 2. Hp dia bukan main banyak tapi yang latest dia beli dah masuk hospital. Entah kenapa aku terasa kesian dekat dia. 

Bukan..simpati.
Bukan..rasa macam serba salah gitu.

Tapi,dalam pada masa kesian tu,dia ni jeles agaknya. Dia bagi tahu,kalau Samsung ni,kalau masih ada cap duos,gerenti tak ori. 

What the fish?!

Bukan main mahal lagi aku beli,senang-senang dia cakap tak ori. 
Aku diam jer. Diam tu maksudnya mengalah lah.
Tak nak lah gaduh-gaduh. Tak suka.
Biarpun dalam hati ni terasa jer nak lawan.

Aku tak kesah sebenarnya. Asalkan hp ada. Tapi yelah kan,impian manusia. Kalau dah dapat keperluan,mestilah disertakan dengan kehendak. Mesti nak yang lagi canggih or lagi cantik.

At first,aku ada dua pilihan ekceli. Nak Sony Xperia C atau Samsung Galaxy Grand Quattro?

Cina tu semalam tunjuk yang kaler ungu..memang cun abes
lah bagi tau korang..

Kalau dibandingkan dengan Samsung,kualiti video dan sound Sony ni jauh lagi bagos. Tapi,bateri Sony ni tak dapat dialih. I meant,bateri dia susah nak dikeluarkan. Lagipun,aku tak biasa dengan peranti Sony,so aku pilih Samsung. Lagi femes.

Pengaruh prestij sebab Samsung kan jenama. Fofuler. Banyak orang pakai.

So,hari ni tengah belek-belek. Banyak lagi benda belom isi dalam hp baru..Haha!
Btw,pakai duit sendiri tau beli. Haa,boleh tahan tak?

Tapi yang paling penting,wishlist checked! Hehe~ :)

Isnin, 2 Disember 2013

5 Perkara Dilarang Semasa Wanita Memberi Hadiah

Yeah! Cantik tak Assalamualaikum kat atas ni?? Yang ni aku ambik dari blog Nabila Medan. Thanks for the sweet freebies. 
Malam ni,actually tak dok idea nak update blog pasal apa. Blog ni pun actually lost direction dan konsepnya tak tahu apa. Memang random habis lah. Ada benda yang personal,ada yang bagi tips dan pelbagai lah. Yelah,aku ni jenis orang yang tak sistematik siket. So,everything kalau nak buat,kena on the spot.

Btw,aku nak kongsikan dekat korang kalau korang nak terima hadiah dari orang pompuan ni. Macam-macam nak kena jaga. Especially lelaki. Jangan korang hentam kromo jer. Asal terima,suda..



Jangan..jangan..jangan..
Nahas korang nanti.

Nak tahu apa yang tak boleh korang buat masa terima hadiah dari pompuan?

1. Jangan kritik hadiah yang dibagi tu depan-depan dia. Nanti satu tahun dia tak nak call korang. Tau sebab apa? Sebab mestilah dia rasa malu sebab tak berkenan di hati korang. Lagipon,wanita ni sensitif walaupun dia tak tunjukkan kat korang.                                                                                                                                                                                       
2. Cuba puji yang dia pandai pilih hadiah walaupun sebenarnya tak. Tolonglah. Wanita sangat sukakan pujian. Sama macam lelaki. Hehe.                                                                                                                                                                                                                           
3. Lebih bagus kalau korang selalu pakai benda tu. Rasa macam dihargai tau.                                                                                                                                                                       
4.  Jangan sesekali tunjukkan muka yang tak berkenan biarpun korang puji hadiah tu melambung tinggi. Perempuan sangat pandai baca body language korang biarpun korang tak cakap. Gerak hati pun boleh rasa.                                                                                                                                                                                                                                         
5.Ucapkan terima kasih seikhlas hati. Hal itu adalah penutup yang sangat sempurna dan bertertib bila korang terima hadiah dari perempuan.


Sebenarnya,banyak lagi. Tapi tiba-tiba pulak mental block. Korang try lah ok? Aku 100% sure,perempuan mesti setuju dengan sume ni. :)

Apa Salahku Sampai Harus Dibunuh?


Naik gerun aku dua tiga hari ni. Budak perempuan yang bertemankan adik-adik lagi boleh dibunuh,inikan pula yang keluar berseorangan. Aku sangat kesian dengan kes yang baru-baru ni berlaku. Remaja berusia 14 tahun mati dalam keadaan separuh bogel manakala 2 adiknya yang masing-masing berusia 12 dan 3 tahun ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di tali air kira-kira 3 km dari tempat kejadian.



Astaghfirullahalazim..

Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang? Apalah salah budak-budak tu sampaikan "binatang" ni sanggup membunuh? Sungguh besarkah kesalahan mereka sampai perlu dibunuh sedemikian rupa? Mayat yang ditemui dalam keadaan yang mencurigakan memungkinkan kes tersebut bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan tetapi besar kemungkinan berkait dengan aktiviti jenayah yang lain seperti rogol,rompakan,peras ugut atau pun sebagainya. 

Kalau benarlah remaja 14 tahun itu mempunyai teman lelaki dan pergi berjumpa dengan teman lelakinya itu,mengapa harus sampai berbunuhan?

Adakah kerana pergaduhan besar yang tidak dapat dikawal?
Atau si lelaki buas itu ingin melampiaskan nafsu tetapi dalam keadaan remaja itu tidak rela melakukannya?
Lalu setelah itu,kerana tidak ingin menanggung malu,remaja itu harus dibunuh?
Bukankah kalau membunuh,berganda-ganda permasalahan yang dicipta?

Dua adiknya yang sangat muda itu?
Perlu dibunuh jua kerana mereka adalah saksi utama kejadian?

Mungkin juga.

Tetapi itu semua adalah spekulasi semata-mata.
Semua punca kejadian masih disiasat.

Simpati rasanya kepada keluarga mangsa.
Bayangkan.
27 bulan keperitan yang ditanggung si ibu dipunahkan sekelip mata.
Kini,ibu bapa mangsa tidak punya apa-apa.

Manusia zaman sekarang sangat kejam dan tidak berhati perut. Mengapa harus sampai begitu?
Mana hilangnya nilai agama. Mana hilangnya nilai keperimanusiaan.
Sungguh seperti binatang. Aku pun tak tahu kenapa.



Iktibarnya untuk kita,para wanita,remaja perempuan..
Jagalah diri kita sebaik-baiknya.
Dengarlah kata-kata ibu bapa.
Jangan sudah terhantuk,baru tergadah.

Zaman sekarang ini.
Baik lelaki mahupun wanita.
Sukar untuk dipercayai.

Ahad, 1 Disember 2013

Durian Runtuh Sudah Mari..

Assalam :)

Aku dapat durian runtuh! Yahoo! Akhirnya,impianku dimakbulkan Allah. Aku tak nak cakap banyak sebab hari ni,gambar yang akan speak untuk pihak aku. A pat on my back lah untuk aku. Alhamdulillah,syukur nikmat. Hehe. Esei aku ada dibukukan oleh pihak Jabatan Penerangan Sarawak. Tapi aku tak sempat pulak nak upload.

Ni cikgu yang buat. Actually aku curik dari notis board
sekolah. Bukan curik lah,ambik. Lagipon,tak ada budak yang
syok tengok muka
aku kat situ.

close up view. bagi jelas siket.

Nak tahu cerita sebenar,tengok entry ini.

Disember,The Family Month!

Assalam :)

Hmm. Hari ni dah 1 Disember. Aku masih terpinga-pinga kat rumah ni. Tak best lah pulak rasanya awal sangat habis SPM ni. Haritu kemain lagi. Dahlah nombor pin UPU belum beli lagi nih. Silap hari bulan,terlepas tarikh masuk U nanti. *Weewwww.

Okayy,adik aku yang sorang tu,hari ni dah pegi Perakk dah. Padahal aku belum lagi jejak kaki ke Tanah Malayu sana. Maklumlah,masa offer nak pegi tu,aku ni tengah exam. Melepaslah..Tapi tak pe,mungkin ada hikmah di sebaliknya. Lagipon,tak sanggup pulak aku tinggalkan kesayangan aku,MrIbrahim14 keseorangan kat sini sebab aku dah janji kat dia hari tu untuk outing sama-sama,at least kalau tak gi jauh-jauh,makan mi udang kat kampung sebelah pon,jadilah. Haha.

Tapi sampai sekarang belom jugak ni. Bila lagi...Dia tengah busy dengan kerja-kerja kampung katanya..
Okayy..Tak pe,sayang..

So,plan dengan family nak outing. Semalam bapak baru balik dari Penang. Bawak budak gi main bola kat sana. Skuad yang dia bawak ni so-so jer sebab the best squad kebanyakannya tengah SPM. So,faham-fahamlah resultnya camner kan? Tapi aku tetap sokong SMK Gedong,okayy? Takkan ku lupa sekolah tu. Banyak kenangan manis,pahit,lucu,gembira,masam,semua adalah. Berbalik kepada cerita asal. Bapak baru balik,so rasanya tengah kering lah sebab banyak giler barang yang dia bawak balik dari sana. Ada jeruk,ada baju,ada kasut,ada coklat,ada roti gardenia,ada beg. Arghh! Banyak lah. Btw,roti gardenia tu wujud gak sebab dorang transit kat KL.

Adusshh! Apa kaitannya dengan bapak ni? Penat nak tunggu aku ceritakan hal sebenarnya kan?

Okayy,mak aku tengah cuba nak mengayat bapak untuk bawak kitorang pigi bercuti kat pantai kat Sematan. Macam tahun lepas. Tapi yang tahun lepas tu tak bes sangat sebab banyak sangat pegi. Tak private pulak rasanya. Kali ni,satu keluarga saja. Haaa..Best tak? Best tak?

Muka baru bangun tidoq habaq hang. 

Nilah bapak aku. Yang sebelah tu takkan tak tau kot,
mestilah mak aku. Bawah tu adek bongsu tak jadik.

Nilah pemandangan pantai dekat sematan. Bumbung
biru tu tempat kitorang tido.

Nampak tak permainan dia? Ntah apalah kazen aku buat
time ni. Aku ni jenis tak ambil kisah apa orang buat.

Adek2 jahat. Jalan2 kat pantai tak ajak aku.

Cam best jer kan? Nilah yang akan aku n family buat tak lama lagi. Lepas vacation kat sini,pegi Summer Mall Sarawak. Bwahaha. Tak beli barang. Window shopping sahajer.

Tak lama lagi Summer Lagoon nak buka. Lagi besh
dari Legoland. Main pakai kupon sajer.
Korang tak nak pegi kerr??

Tunggu kaya,dapat gaji lagi besar dari PM,nak gi shopping kat London. Hahaha~

Tapi,sebelum tu,aku ni nak ajak bapak pegi Wisma Saberkas dulu. Aku nak beli hp baru hasil duit RM1000 yang aku dapat masa hari tu. Opkoslah aku nak beli hp Samsung yang ori. Tak naklah alang-alang menyeluk pekasam. Banyak sangat dah kes alang-alang ni menjadik. Baru 2 hari pakai,speaker rosak. Pordaa.

Ni hp MrIbrahim14. BTW,nak sama dengan dia.
Kalau kantau tak cukup,itulah gunanya bapak.

Semuanya berlaku dalam bulan Disember. Lepas ni,nak study mandu pulak. Lesen motosikal entah lepas entah tidak. Tapi,tak pe. Selagi kita hidup ni,nak kena selalu belajar. Barulah cun.

Aku ada lagi benda nak cerita ker? Rasanya tu jelah kot. Nak gi jugak? Belilah tiket MAS sekarang,pegi Sarawak. Harga tiket sekarang kan murah. Murah ke? Yang penting,memang best bagitau korang. Nilah time yang sesuai untuk korang pegi bercuti. Hargai family anda,para blogger sekalian. Urusan mengayat,pandai-pandai sendiri lah yer.*sempat ni nak promo MAS. haha~ 

Pegi Waterfront,Kuching. Waktu malam memang gempak giler. Kalau nak harga murah,eksen lah cakap Sarawak. Dengan local,mungkin boleh bagi korang harga biasa. Memang kaw-kaw rendah punyer. Gambar kat bawah ni,pemandangan Waterfront waktu malam.



 

Okayy?

Satu lagi,2014,Tahun Melawat Sarawak. Sarawak,More Than A Paradise. Yaww! :)