Naik gerun aku dua tiga hari ni. Budak perempuan yang bertemankan adik-adik lagi boleh dibunuh,inikan pula yang keluar berseorangan. Aku sangat kesian dengan kes yang baru-baru ni berlaku. Remaja berusia 14 tahun mati dalam keadaan separuh bogel manakala 2 adiknya yang masing-masing berusia 12 dan 3 tahun ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di tali air kira-kira 3 km dari tempat kejadian.
Astaghfirullahalazim..
Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang? Apalah salah budak-budak tu sampaikan "binatang" ni sanggup membunuh? Sungguh besarkah kesalahan mereka sampai perlu dibunuh sedemikian rupa? Mayat yang ditemui dalam keadaan yang mencurigakan memungkinkan kes tersebut bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan tetapi besar kemungkinan berkait dengan aktiviti jenayah yang lain seperti rogol,rompakan,peras ugut atau pun sebagainya.
Kalau benarlah remaja 14 tahun itu mempunyai teman lelaki dan pergi berjumpa dengan teman lelakinya itu,mengapa harus sampai berbunuhan?
Adakah kerana pergaduhan besar yang tidak dapat dikawal?
Atau si lelaki buas itu ingin melampiaskan nafsu tetapi dalam keadaan remaja itu tidak rela melakukannya?
Lalu setelah itu,kerana tidak ingin menanggung malu,remaja itu harus dibunuh?
Bukankah kalau membunuh,berganda-ganda permasalahan yang dicipta?
Dua adiknya yang sangat muda itu?
Perlu dibunuh jua kerana mereka adalah saksi utama kejadian?
Mungkin juga.
Tetapi itu semua adalah spekulasi semata-mata.
Semua punca kejadian masih disiasat.
Simpati rasanya kepada keluarga mangsa.
Bayangkan.
27 bulan keperitan yang ditanggung si ibu dipunahkan sekelip mata.
Kini,ibu bapa mangsa tidak punya apa-apa.
Manusia zaman sekarang sangat kejam dan tidak berhati perut. Mengapa harus sampai begitu?
Mana hilangnya nilai agama. Mana hilangnya nilai keperimanusiaan.
Sungguh seperti binatang. Aku pun tak tahu kenapa.
Iktibarnya untuk kita,para wanita,remaja perempuan..
0 67 komplen