Disember,The Family Month!

By Eppy Ismail - 3:20 PG

Assalam :)

Hmm. Hari ni dah 1 Disember. Aku masih terpinga-pinga kat rumah ni. Tak best lah pulak rasanya awal sangat habis SPM ni. Haritu kemain lagi. Dahlah nombor pin UPU belum beli lagi nih. Silap hari bulan,terlepas tarikh masuk U nanti. *Weewwww.

Okayy,adik aku yang sorang tu,hari ni dah pegi Perakk dah. Padahal aku belum lagi jejak kaki ke Tanah Malayu sana. Maklumlah,masa offer nak pegi tu,aku ni tengah exam. Melepaslah..Tapi tak pe,mungkin ada hikmah di sebaliknya. Lagipon,tak sanggup pulak aku tinggalkan kesayangan aku,MrIbrahim14 keseorangan kat sini sebab aku dah janji kat dia hari tu untuk outing sama-sama,at least kalau tak gi jauh-jauh,makan mi udang kat kampung sebelah pon,jadilah. Haha.

Tapi sampai sekarang belom jugak ni. Bila lagi...Dia tengah busy dengan kerja-kerja kampung katanya..
Okayy..Tak pe,sayang..

So,plan dengan family nak outing. Semalam bapak baru balik dari Penang. Bawak budak gi main bola kat sana. Skuad yang dia bawak ni so-so jer sebab the best squad kebanyakannya tengah SPM. So,faham-fahamlah resultnya camner kan? Tapi aku tetap sokong SMK Gedong,okayy? Takkan ku lupa sekolah tu. Banyak kenangan manis,pahit,lucu,gembira,masam,semua adalah. Berbalik kepada cerita asal. Bapak baru balik,so rasanya tengah kering lah sebab banyak giler barang yang dia bawak balik dari sana. Ada jeruk,ada baju,ada kasut,ada coklat,ada roti gardenia,ada beg. Arghh! Banyak lah. Btw,roti gardenia tu wujud gak sebab dorang transit kat KL.

Adusshh! Apa kaitannya dengan bapak ni? Penat nak tunggu aku ceritakan hal sebenarnya kan?

Okayy,mak aku tengah cuba nak mengayat bapak untuk bawak kitorang pigi bercuti kat pantai kat Sematan. Macam tahun lepas. Tapi yang tahun lepas tu tak bes sangat sebab banyak sangat pegi. Tak private pulak rasanya. Kali ni,satu keluarga saja. Haaa..Best tak? Best tak?

Muka baru bangun tidoq habaq hang. 

Nilah bapak aku. Yang sebelah tu takkan tak tau kot,
mestilah mak aku. Bawah tu adek bongsu tak jadik.

Nilah pemandangan pantai dekat sematan. Bumbung
biru tu tempat kitorang tido.

Nampak tak permainan dia? Ntah apalah kazen aku buat
time ni. Aku ni jenis tak ambil kisah apa orang buat.

Adek2 jahat. Jalan2 kat pantai tak ajak aku.

Cam best jer kan? Nilah yang akan aku n family buat tak lama lagi. Lepas vacation kat sini,pegi Summer Mall Sarawak. Bwahaha. Tak beli barang. Window shopping sahajer.

Tak lama lagi Summer Lagoon nak buka. Lagi besh
dari Legoland. Main pakai kupon sajer.
Korang tak nak pegi kerr??

Tunggu kaya,dapat gaji lagi besar dari PM,nak gi shopping kat London. Hahaha~

Tapi,sebelum tu,aku ni nak ajak bapak pegi Wisma Saberkas dulu. Aku nak beli hp baru hasil duit RM1000 yang aku dapat masa hari tu. Opkoslah aku nak beli hp Samsung yang ori. Tak naklah alang-alang menyeluk pekasam. Banyak sangat dah kes alang-alang ni menjadik. Baru 2 hari pakai,speaker rosak. Pordaa.

Ni hp MrIbrahim14. BTW,nak sama dengan dia.
Kalau kantau tak cukup,itulah gunanya bapak.

Semuanya berlaku dalam bulan Disember. Lepas ni,nak study mandu pulak. Lesen motosikal entah lepas entah tidak. Tapi,tak pe. Selagi kita hidup ni,nak kena selalu belajar. Barulah cun.

Aku ada lagi benda nak cerita ker? Rasanya tu jelah kot. Nak gi jugak? Belilah tiket MAS sekarang,pegi Sarawak. Harga tiket sekarang kan murah. Murah ke? Yang penting,memang best bagitau korang. Nilah time yang sesuai untuk korang pegi bercuti. Hargai family anda,para blogger sekalian. Urusan mengayat,pandai-pandai sendiri lah yer.*sempat ni nak promo MAS. haha~ 

Pegi Waterfront,Kuching. Waktu malam memang gempak giler. Kalau nak harga murah,eksen lah cakap Sarawak. Dengan local,mungkin boleh bagi korang harga biasa. Memang kaw-kaw rendah punyer. Gambar kat bawah ni,pemandangan Waterfront waktu malam.



 

Okayy?

Satu lagi,2014,Tahun Melawat Sarawak. Sarawak,More Than A Paradise. Yaww! :)



  • Share:

You Might Also Like

2 67 komplen

  1. nanti mesti akan rindu alam persekolahan.. ;)

    BalasPadam
  2. semestinya. susah nak jumpa balik. kalau yang sorang ni free nanti,yang lain pulak kerja.

    BalasPadam