Jumaat, 30 November 2012

Lelaki Itu Yang Aku Inginkan : Undefined

Assalam :)

Sejak akhir-akhir ni,aku asyik terbayang macam-macam benda. At least,tak lah seteruk aku semasa berada di kediaman sendiri. Di sini,di kampung,aku dapat rasa ketenangan yang amat sangat. Bila tengok tv,tidak rasa kesunyian.Ada gelak tawa sana sini,gurau senda,umpat-mengumpat. Aku suka semua tu. Sekurang-kurangnya,menghilangkan kebingungan tatkala aku sendirian. :)

Tapi hari ni,bukan itu yang mahu aku katakan di sini. Apa yang aku mahu sampaikan ialah bagaimanakah rupa lelaki yang aku inginkan sebenarnya. Aku tahu,pada masa ini,aku tak patut memikirkan apatah lagi membicarakan hal ini tapi kalau tak diluah,mati emak,nak diluah mati bapak. Macam tu lah.

Tetapi ada beberapa perkara yang pasti. Lelaki itu haruslah selalu mengalah,tidak racist,tidak bercakap besar,jika dia lebih tahu dari aku dan tahu bahawa apa yang aku katakan adalah tidak benar,dia akan diam dan hanya akan bercakap bila perlu. Tentu sekali,bila aku sudah sedar kesalahan aku itu dan aku berada dalam kebingungan,dia akan senyum saja dan dengan selambanya dia berkata,"Aku sudah mengetahuinya lebih awal dari kamu," Hehe ~

Kalau lelaki ini ditakdirkan sebagai lelakiku,aku tak menolak :)

Tentu juga,aku inginkan lelaki sudah biasa dengan kerja-kerja kampung dan kerja-kerja keras. Tujuannya,agar menyenangkan aku sendiri bila aku bawa ke kampung halaman dan agar dia berasa seronok melakukan semua itu setelah lama dia tidak melakukan kerja itu di tempat tinggalnya,walaupun bukan bandar,tetapi suatu tempat yang membangun,tiada lagi sungai dan hutan.Aku sangat suka melihat bagaimana seorang lelaki membantu orang tua atau ikut teman-teman pergi membuat kerja-kerja yang berat seperti bertukang kayu,mengangkat kayu jati dan belian,memancing,menjala,dan segala pekerjaan yang sewaktu dengannya. Kalau aku sudah berkata seperti ini,sudah tentu aku tidak mahu lelaki yang berlagak seperti orang kuat tetapi bila disuruh berbuat kerja begitu,emm..action nya lebih dari perempuan..bagus disuruh aku saja buat..wajah jambu sekali pun,kalau boleh buat kerja macam itu,aku akan pilih wajah jambu daripada wajah maskulin sejati yang action lebih..kesimpulannya,aku lebih suka sama ada dia betul-betul tough atau yang pandai mengandam. Aku tidak suka kelas pertengahan. It's either first class or third class.



Kadang-kadang,lelaki memang menjengkelkan. Ada kalanya bila tidak disuruh untuk merenung wajah kita,dia buat. Itu boleh menimbulkan rasa meluat. Tapi bila kita inginkannya,dia seperti tidak mengetahui apa-apa. Ingatlah,bila hati wanita mulai diisi dengan kekecewaan,lama-lama ia akan penuh jua.

Dari segi fizikal,aku sukakan lelaki yang berambut kerinting.~ seperti Atu Zero,Bo Amir Iqram,Hafiz..siapa lagi ya? Muka tidak akan menjadi masalah bagi aku jika sudah rambutnya kerinting. Hehe. Mungkin sesetengah orang,ibu bapa aku juga barangkali,tidak menyukai penampilan seperti ini,tetapi asalkan hatinya bagus,aku tidak kisah. Sebab apa rambut kerinting? Adalah. Sebabnya probihited. Tak boleh dibagi tahu. :p

Bo Amir Iqram


Memang,ada sesetengah lelaki yang meminta aku agar menerima mereka dengan seikhlasnya. Aku memang mahu berbuat seperti itu tetapi jika rasa ini bukan rasa yang sejati untuk mereka,aku akan tetap rasa tidak puas hati dengan apa yang aku ada walaupun aku sendiri memaksa untuk menerimanya.

Bukan aku tidak suka dengan kalian,tetapi aku rasa aku sebenarnya belum jumpa orang yang mencintai aku seperti yang aku benar-benar inginkan. Mungkin aku perlu masa dan melihat ke tempat lain sebelum aku memutuskan apa yang terbaik untuk aku.

Inilah yang terbuku di hatiku yang perlu aku luahkan di samping mengarang situasi-situasi khayalan pendek yang belum pernah sempat tercatat di ruang entri ini. Hehe. Itu saja rasanya. Sampai ketemu.

Notis Pemberitahuan : Penjenamaan Semula

Assalam :)

Maaf,tiada mukadimah.

Pada petang yang berbahagia ini,saya ingin mengumumkan penjenamaan semula blog saya menjadi yang sebelum ini bertajuk dan bernama E.P.P.Y - the Rawr! menjadi ____talkthewalk.

Hal ini adalah kerana saya merasakan bahawa tajuk blog saya yang lama agak kebudak-budakan dan tidak menepati selera saya. Sebenarnya. Terus terang,di sini,saya tidak sukakan kanak-kanak dan juga tidak sukakan sesuatu yang comel. Kalau agak-agak,boleh lah. Kalau yang terlebih agak,boleh blah. ~

Selain itu,saya memilih tajuk ____talkthewalk juga kerana aku agak suka berlagak untuk intro dalam bahasa Inggeris tetapi agak bodoh,jauh sekali untuk fasih,berbicara Bahasa Inggeris. Jika ini adalah yang terbaik,maka aku boleh lah sombong dan angkuh untuk intro dalam bahasa Inggeris. Setidak-tidaknya.

Di samping itu,saya juga menukar nama saya kepada @iamtangerine kerana sebelum ini,saya tertanya-tanya,apakah benda itu nama tangerine. Dan fikiran saya selalu menyimpang ke perkara yang buruk seperti sejenis dadah atau racun yang terdapat dalam rokok. Seperti kalian mendengar ini, "TANGERINE DAN NIKOTIN". Sangat cocok kan? Mimi Morticia adalah pengarang buku itu. Buku puisi. Boleh cari sendiri di internet. Memang hebat juga buku itu tapi rasanya saya dah keluar tajuk. ~ Ya. Dan aku cari makna tangerine itu di internet,emm..keputusannya sama sekali tidak seperti yang aku jangkakan. Sejenis buah limau. Nama saintifiknya Citrus Tangerine. Saya guna aku lagi. Saya malas mau backforward untuk padam kata aku. Maka saya nyatakan saja. Tapi walaupun saya rasa tertipu,tapi saya terpikat dengan nama itu. Maka saya putuskan untuk tukar dan gunakan saja.



Apa lagi? Ya. Berkenaan design. Sebenarnya saya lebih suka sesuatu yang simple tetapi menarik. Dan ini adalah rupa yang saya memang inginkan. Sudah lama inginkan. Kosong tetapi segar dan menarik. Dengan kombinasi warna dan susun atur dan reka cipta yang awesome,saya boleh hidup.

Satu lagi,saya orang yang cepat bosan dengan sesuatu yang merimaskan,tidak asli dan seperti yang saya inginkan.

Rasanya,itu sahaja yang ingin saya beritahu. Maaf sekiranya bahasa dalam ini terlalu skema. Ini entri rasmi. ??

Salam.




Selasa, 27 November 2012

Rahsia Solekan Tahan Lama

Assalam :)

Hari ni,I terlebih rajin siket.So,nak kongsikan cara macam mana nak kekalkan solekan anda selama yang boleh.

Korang betul nak tahu macam mana? NAK TAHU GAK??

Caranya..senang ajer..eiisshh..memang senang lah..saya dah cuba..memang tahan giler..

Memang tahan...

Caranya..

LETAK AIS JER..


Ha? Letak ais..ee..
Korang ee kan ajer..alaa..senang je ni..korang letak lah ais kat muka korang sebelum korang bersolek..take time around 30 min jer..tak lama..so,rajin-rajinkanlah diri..

Macam mana nak letak ais? Ala..macam korang selalu cecah-cecah ais kat muka.kat badan..macam gitu ler..

So,itu sahaja..senang kan?? Leave komen lah kalau dah baca dan buat.. :)



Teknik Solekan Hilangkan Parut dan Cela Wajah

Assalam :)

Hye u olls! Ah! Pagi-pagi lagi dah update entri..wah..berpantun pulak yer? Huhu~ Ok,actually saya pun bukan nya pro sangat tentang solek menyolek,andam mengandam ni tapi sesuai sangat lah rasanya kalau korang,yang mukanya agak mengalami kecacatan ringan seperti bercela-cela,berjerawat dan lebih teruk berparut..korang rasanya boleh cuba gunakan kaedah ini untuk menutup cela di wajah anda dan tampil yakin untuk berhadapan orang ramai setelah bersolek! Yeay!!

Entri ni simpel jer..tak panjang..ok?1,2,3.GO!

Firstly,saya nak tanya..adakah korang mempunyai BEDAK ASAS CECAIR @ FOUNDATION (yang sesuai dengan tona muka anda)?Adakah anda mempunyai BEDAK PADAT @ COMPACT POWDER? Kalau anda ada dua bahan ini,maka settlelah 1/3 masalah anda!


Lepas tu,nak buat caner? Ok.

1. Picitkan sedikit bedak asas anda itu tadi di atas tangan,BUKAN TELAPAK TANGAN yer? Macam biasa korang buat tu..PERINGATAN! Just picit je atas tangan,k? Jangan pulak korang pegi kacau atas tangan korang!


2. Lepas tu,ambil Compact Powder korang..kikis sikit,guna belakang berus solek,saiz sederhana..lepas tu,ambilkan kikisan itu menggunakan berus korang tadi dan campurkan kat atas bedak asas kat tangan korang tadi. Sekarang? Barulah korang kacau...

3. Then,lepas korang tengok dah sebati,barulah korang sapukan dekat tempat yang bercela dan berparut di wajah anda..

4. Settle! Settle!!

Yeeha! Sekarang korang dah tahu kan? Cela di wajah anda pasti akan hilang dengan teknik solekan yang betul dan sempurna. Simple jer kan? So,what are you waiting for? Cubalah dan rasai kehebatannya! Chewah..dah jadik macam tagline apa tah..haha..ok,sampai sini saja untuk yang tu..sesapa yang dah cuba,cer komen sikit kat bawah ni..nak tahu gak caner kan? 



Isnin, 26 November 2012

Jejaka Pujaan #3 : Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo)

Assalam :)

There's nothing much I can say here..right here..walaupun skuad Harimau Malaya tak mencapai apa yang diimpikan semalan dengan tewas kepada Singapura,3-0 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki,tetapi ada seorang lelaki nih,yang menarik perhatian saya. Bukan kerana paras rupa (adalah siket..hihi) tetapi aksinya malam tadi. Dia laki orang daa..Saya tak nak cakap banyak. Just see the picture and interpret sendiri lah,ok?

Untuk makluman,dia telah dianugerahkan sebagai PEMAIN PALING BERNILAI 2012 oleh pihak FAM kot? Tah..tak ingat..




Ahad, 25 November 2012

Gambar HOT! Yuna dan "Teman Lelaki" Barunya

Assalam :)

KOK.KOK.KOKOKOKOKOKOOKOKOKO!

Aduhai..lama betul rasanya tak buat entri yer..Eppy ni,kalau dah kekeringan idea..memang kering kontang lah..tak de maknanya istilah-istilah OASIS bagai tu..memang kering..tapi malam tadi,saya terjumpa satu artikel dari Facebook..masa tu,tengah online..bosan tengok dashboard blog ni ha,yang tak berupdate..tetiba tergelak sesorang kat depan lappy..lawak giler doe! Hehe~

Kenapa lawak? Cer baca tajuk entri tu..curious kan korang?? Aku mulanya nya pon curious gak tapi memang sumpah..aku tergelak besar lepas tu..rasa marah,geram,memang tak der da..memang gambar hot Yuna ni,memang sumpah..HOT giler..HOT lah sangat,ye dak? Haha~

BTW,saya dengar,Yuna ni pun,dah ada "teman lelaki" baru..waahh..Yuna..terpaut kat omputih nampak? Tapi rasa-rasanya,saya pernah jugak nampak lelaki ni sebelum ni..boleh tahan..bukan boleh tahan..bagi saya,memang hensem..kacak jugak orangnya..selalu dekat bersama Yuna..korang pun boleh tengok dia dalam rancangan Yuna : Bintang Di Langit..ada rasanya..yang selalu main gitar dengan dia tu..yang tu kot..sebab namanya pun Chris jugak..oops? Tersebut lak..hehe..tak pe..mungkin just teman rapat dia aja kot..orang-orang memang memandai-mandai je kan,buat gosip artis kesayangan wa ni..apa-apapun,selagi belum keluar statement yang nyata dari mulut seorang perempuan yang bernama Yunalis Zarai ini,don't trust any rumours,ok? Just pray the best for her..tapi memang..not bad lah Chris..eip?? Terkeluar lagi..

So,sebelum saya nak bagi gambar HOT Yuna ni,korang kena tarik nafas panjang-panjang,ok? Ini memang betuk gambar dia..kalau tak,masakan dia upload kat Tumblr...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

HOT tak??Hehe..Yuna tertanggal tudung..membangkitkan rasa HOT nak
ketawa..

Sebelum tu,memang dia melompat gak..macam kera kena belacan..kebetulan pulak masa tu,memang time dia tengah photoshoot..tangan tu main peranan..saya tahu perasaan Yuna bila dia dah macam tu..rasa nak jatuh cepat-cepat jerk..bagi elok dia punya tudung..


Oww..yang nilah Chris Vogel.."teman" baru Yuna

Boleh tahan..tapi dalam ni,dia tak kacak.. :P

Apa-apa pun,no statement,don't trust..itu saja pesanan daripada saya..walau apa pun yang terjadi pada Yuna,saya akan tetap menyokong perjalanan hidup dan kariernya because she is blessed and gifted by Allah SWT. Enjoy this Yuna Nat Geo video yang akan menyanyikan lagu Island (ciptaannya sendiri) bersama seorang boybandnya,Chris..eh?? Tercakap lagi ke?






Selasa, 20 November 2012

Gaza : Bukan Sekadar Isu Agama Tapi Kemanusiaan

Assalam :-|


Today,I'm not in mood because of this issue. Yelah. Tiap hari nak bomming orang. Jahanam punya Israel. Puih! Tapi aku tersentuh jugak lah..why some kind of people masih menganggap isu ni sebagai satu isu agama semata-mata dan tidak membuka mata mereka yang benda ni adalah satu isu KEMANUSIAAN yang perlu kita pandang dengan lebih serius cause benda ni dah berlarutan about 60+ years.

Why? Kenapa Tsunami kita tolong? Kenapa Taufan Sandy kita tolong? Kenapa Taufan Katrina kita tolong? Tapi Gaza kita berat nak tolong beb? Why ah?

Come on!Wake up lah boys,girls,ladies & gentleman! Gaza is all about HUMANITY. Lupakan segala jurang religion,forget all those crappy things..because everyday,many people die disebabkan kekejaman ni. Tak kiralah budak kecil,wanita,orang tua..they are dying..dan lagi teruk,dorang tiada sumber makanan because segala aktiviti terbatas dan dikawal..nak pegi laut? Nak pegi mampus namanya..dorang akan ditembak..nak pegi kedai,cari barang? Minta maaf,kedai tak buka cause everyone nak selamatkan diri..so,what they gonna do? They need to fast,tahan lapar..and the worst thing is,they need to eat BATU..dorng tak de rumput hijau beb,nak makan? Kalau ada rumput,mereka sanggup makan rumput..but BATU..Allahuakbar..Allah SWT sahaja yang tahu betapa terseksanya mereka..


KITA? Di sini..makan minum cukup..segala benda cukup tahu tak..melimpah ruah rahmat dan nikmat Allah bagi..apa lagi yang kita tak bersyukur? Yang dok rebut syarikat orang tu,sudoh-sudoh ler..pegi insaf..dah kaya,nak lagi kaya..tak berkat hidup macam gitu..lagi baik korang pergi dermakan duit yng anda ikhlaskan kepada warga Gaza because rite now,they really need financial help.

About Israel,segala gelaran buruk yang ada memang patut ditujukan kat dorang coz kekejaman yang dorang lakukan melebihi daripada akal kewarasan manusia. This thing wouldn't happened kalau bukan Bush yang terajui Amerika Syarikat I think. He's a JEWS,man! And seorang Yahudi yang taat. Because of his personal propagandas,he look forward and try to be politicians so that he could lead the world. And easily control all the activities. His mission? Hapuskan umat Islam di muka bumi ni. But in this issue,we suppose to see this as a humanity matter because nyawa orang yang tidak bersalah dimatikan macam tu saja. Apa rasa korang kalau family,orang tersayang dibom? Mati macam tu saja? Korang mesti hope SESIAPA sahaja datang dan bantu anda kan? Ke korang kena kesah lagi,"Aku nak yang ISLAM je bantu aku,yang lain boleh blah" atau "Aku nak yang KRISTIAN,BUDDHA,HINDU,ATEIS je yang tolong..yang bukan tu,korang boleh pegi jauh2 lah..tak yah tolong aku..," Aku sure,takkan ada orang yang sesombong dan sebongkak ni pun masa kena timpa bala..walaupun tak cakap,tapi dalam hati memang menjerit minta tolong sesiapa yang mampu untuk bantu dia dalam kesusahan..this situation is the same lah man..



So,korang jangan pandai sebar je mende ni tapi tak buat..pray for them and hope they free from all this silliness..

Go here for more information and for giving hope to Gaza -  Islamic Relief Malaysia





Isnin, 19 November 2012

Header Blog Macam Poster Celcom!

Assalam :)

Dah layan perasaan tadi..ni sekarang baru membaik ni.Hihi. Korang perasan tak kalau masuk blog saya,mesti tengok header huduh atas ni kan? Tapi korang lagi perasan tak kalau korang salah enter blog? Rasa macam masuk web Celcom kan? Cuba godek siket gambo header kat atas ni? Malas nak scroll pun,ni ha..kat bawah ni pun ada..


Ada nengok? Aku rasalah tulisan tu yang buat aku rasa macam tengok poster Celcom kot..century gothic..kalau beli prepaid Celcom,mesti dia guna tulisan ni kan? Mungkin lah kot..kalau ubah tulisan,mungkin lain jadinya..tak jadi Celcom lagi..tapi aku suka yang ni..sebab dia simple dan randomly designed.Credit to myself yang buat. Yeay! Haha..ke saya sorang yang rasa macam ni? Korang tak? #perasan

Korang kalau dah masuk entri ni,kasi lah komen siket. Jangan lah kedekut sangat. Tak bayar pon. Pegi konsert,nak masuk je pon,korang bayar mahal-mahal. Ini free,takkan tak leh kot. Pliss? #melebihlebih #DesperateSangatLahTu


Lelaki-Lelaki Itu dan Sekeping Hati Yang Kosong

Assalam :'(

Malam ini,memang feeling..tak dapat tahan sebab ombak rindu punya pasal..menangis dibuatnya..nasib baik bukan air mata darah yang mengalir..huhu..



Tiba-tiba teringat dekat lelaki yang aku suka. Banyak yang aku kenal tapi semuanya sekadar untuk sementara. Paling lama bertahan pun,2 tahun. Lepas tu,rasa suka beransur hilang. Tapi ada 2 orang saat ini yang membuai perasaan aku. Aku sangat suka kan mereka tetapi aku berasa seperti bertepuk sebelah tangan saja. Aku tidak mengapa dengan perlakuan mereka yang seperti itu tetapi dalam masa yang sama,aku masih tetap mengharap. Inilah perempuan. Kalau sudah degil dengan rasa,memang rasa itu saja yang diikutkan walaupun tahu hal itu akan menghiris hati.



Memang sama. Dua-duanya punya persamaan. Membalas pesanku sekadar menjawab pertanyaan yang aku hulurkan. Satu aku tanya,satu jugalah yang dijawabnya. Tapi aku masih tetap rasa gembira kerana dia sudi membalas pesanku. Tetapi sekarang,dua-duanya seperti tidak lagi sudi. Pesanku tidak berbalas. Cuma itu yang dapat menghubungkan aku dengan mereka tetapi mereka seolah-olah ingin melenyapkan aku dari pandangan minda dan jiwa. Mungkin tidak berkenan dengan aku.

Yang satu,mungkin aku faham mengapa. Dia juga sekadar teman baru aku kenali. Jika cuma aku yang mengenali hatinya sebaliknya dia tidak ingin pun memandang ke arah aku,tidak mengapa. Tetapi yang seorang lagi. Mengapa pun aku tidak mengerti. Dulu dia seperti berusaha untuk mendapatkan aku tetapi kerana kesetiaan yang menjadi pegangan orang-orang bercinta jugalah yang meranapkan impian orang lain yang ingin bercinta. Masa itu,aku masih terlalu lurus dan tidak menyedarinya. Sekarang,agaknya hati dia sudah dicuri orang. Terus terang,aku menyesal.



Hari silih berganti,bulan terus menyulam selangnya..perasaan ini juga seakan bertukar ganti. Sepertinya hati aku sebentar berpaling pada seorang penyanyi muda. Bila rasa padanya hilang,aku tukar lagi pada seorang deejay mungkin kali ini. Itu terus menerus berlaku sehingga ke hari ini. Aku cuba menghubungi teman sejantina,Judith,aku luah rasa aku. Pada awalnya,aku menganggap itu cuma sekadar rasa obses dan kerana aku kesepian,aku berbuat begitu. Hati aku tidak tetap. Dia seperti sudah lama tahu dan berkata kepadaku bahawa aku sebenarnya sedang mencari seseorang yang benar-benar menyayangi aku seperti mana yang aku inginkan daan idamkan. Aku berbuat sebegitu kerana aku cuba untuk mengisi kekosongan hati,dan cuma untuk keseronokan sementara. Terima kasih kerana memberitahu aku itulah yang sebenarnya dan memasang rasa lega di hatiku. Tetapi benar,aku kini masih rasa kosong..

Dan aku masih menunggu orang yang benar itu datang kepada aku..


Ahad, 18 November 2012

30 Buah Lagu Ke Semifinal Muzik-Muzik 27

Assalam :)



Ini entri yang agak ringkas kot sebab semalam tak tidur semata-mata nak update entri blog. So,malam nanti kite tak online blog. So,ni setakat nak bagi tahu lah,senarai lagu yang layak ke separuh akhir Muzik-Muzik 27.


11 November 2012 (Ahad) – Separuh Akhir 1

  • Cerita Dia (Drama Band) – Ammar Habir & Aepul
  • Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
  • Watak (Hafiz) – Aidit Alfian & AD Samad
  • Aku Datang (Tomok) – Tomok & Rafidah Abdullah
  • Aku Suka Dia (Ainan Tasneem) – Ainan Tasneem
  • Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja
  • Jerrypah (Aizat Amdan) – Anas & Aizat Amdan
  • Majnun (Hazama) – Audi Mok & Omar K
  • Pencinta Terbaik (Sofaz) – Edry Abdul Halim
  • Kasanova (Stacy) – Edry Abdul Halim
  • Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar) – Ajai/ Ahmad Farid Abdul Jalal


6 Lagu Teratas Separuh Akhir 1
  1. Idola (Azlan & The Typewriter)
  2. Watak (Hafiz)
  3. Cerita Dia (Drama Band)
  4. Biar Mimpi Sampai Ke Bintang (Asmidar)
  5. Pelangi Senja (Stacy)
  6. Kasanova (Stacy)
18 November 2012 (Ahad) – Separuh Akhir 2

  • Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat
  • Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai
  • Angkasa (Diandra Arjunaidi) – Diandra Arjunaidi
  • Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
  • Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq) – ID Mifzal & Zie Syafruddin
  • Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
  • Terlalu Mencintaimu (Suki) – Ajai & Jeremy Chong
  • Beginilah Caranya (Shaheizy Sam & Yana) – Ajai
  • Tapi Bagaimana (Spider) – Tam Spider & M. Nasir
  • Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor) – Edry Abdul Halim
  • Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram

6 Lagu Teratas Separuh Akhir 2

  1. Anak Kampung (Jimmy Palikat Feat. One Nation Emcees)
  2. Lagu (Bo Amir Iqram)
  3. Terukir di Bintang (Yuna)
  4. Tanpamu (Amir Jahari)
  5. Ombak Rindu (Hafiz & Adira)
  6. Tapi Bagaimana (Spider)

25 November 2012 (Ahad) – Separuh Akhir 3

  • Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
  • Harapan (Hyper Act) – Hyper Act & Frozen
  • Panik (Bunkface) – Sam Bunkface
  • Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
  • Mesti Ada Cinta (Akim & Fiq) – Kuncidemak
  • Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
  • Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
  • Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

6 Lagu Teratas Separuh Akhir 3

>>>>>>>>>>>>>MENUNGGU KEPUTUSAN<<<<<<<<<<<

So,2 pusingan masih menunggu resultnya..separuh akhir 2 malam ni..I rasalah,lagu yang I target 6 teratas tu,untuk malam ni,Terukir di Bintang (Yuna),Ombak Rindu (Hafiz & Adira),Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor),Terlalu Mencintaimu (Suki Low) dan Lagu (Bo Amir Iqram). Menepati rasanya kot. Tapi entah lah. Hehe. Kengkadang tak sangka gak resultnya caner. Biasanya dorang akan pilih lagu yang tarik suara power2,kuat2..so...emm..ramalan untuk separuh akhir 3 pulak,Teman Pengganti(Black Feat. MaliQue),Harapan(Hyper Act),Andaiku Bercinta Lagi(Mojo),Patah Seribu(Shila Amzah),Ku Akui(Hafiz) dan Simetri(Hazama Feat. Amy Search) walaupun tak penah dengar lagu ni. HAHA! BTW,memang diakui saingan tahun ni memang hebat. Rambang mata jugak juri nak memilihnya ye dak?? Kepada para juri,pilihlah berdasarkan potensi sebenar lagu itu dan bukan ikut sedap telinga jer dengar. Bagaimanapun,keputusan lagu layak ke final belum pasti lagi.Tak semestinya yang 18 lagu kena pilih ni masuk final terus.Tak..tak ye adik2..jadi kita kena tunggu keputusannya. Weee :)

P/S : Dengar cerita,ada 2 lagu yang tarik diri iaitu Hatimu Milikku (Nera) dan Begini Caranya (Yana Shamsudin & Shaheizy Sam). Betul ke? Begini Caranya logik gak sebab takut keluar pulak suara yang lain sebab dorang bukan penyanyi tapi yang satu lagi tu? Ruginya...harap2 dipertimbangkanlah semula yer..



Jejaka Pujaan #2 : Deen HOT FM

Assalam :)

Pertama sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi buka dan baca entri ini nanti. Jangan terkejut dan sentap sorang diri. Haha. Segmen jejaka pujaan ini ditaja oleh Innershine~Milo~Puma~Adidas dan tak lupa,penaja terbesar,Kicap Jalen..kalau tak de Kicap Jalen..tak lalu makan..ahha!

Kali ini,I nak review si Deen,deejay Hot FM. Bila saya say dia hensem..mesti dia cakap macam ni,"Hensem mende nya.." Hehe..kau cakap macam tu pon kau sweet lah,Deen..ah! #perasan

Yang penting,dia asal Miri,Sarawak..yeay! Bukan nak cakap yang saya ni gila babeng kesukuan a.k.a pengamal ilmu assabiah..tak de maknanya wei..itu orang tua-tua zaman jahiliyah dulu jer buat..sekarang kan dah moden..so,kita kan 1Malaysia..peace lah..orang Malayan,Sabahan pun okay per..just nak cakap yang dia ni Sarawakian and I'm proud to be Sarawakian..and his real name is Nordin..full name,I'm not sure..and he is runner up of pencarian deejay Hot FM Ikhwan dan Dot Dot Dot in 2010.. :)

Kasi 2 bijik gambar je lah ek..yang len2,korang google sendiri..

Buat muka senget pon tetap cute lah you..

Sakit tak nak bagi tau..lagi besar sayang dia kat iPad..
This man is also berdagang..online lagi tuh..dan sesapa yang berminat nak contact dengan Deen ni,buleh je klik link kat bawah ni..korang nak buat ucapan?permintaan lagu?buat dedikasi?call Deen dan ucap I LOVE YOU masa dia tengah on-air?aiceceh..boleh pulak..

Okay lah,hari pun dah larut malam sangat dah ni. Update entri memang waktu macam gini yang bagi inspirasi lebih siket. Kalau tak,habuk pun tak daa..puih! Kepada Deen,Goodnite! Korang semua pon,selamat malam dan semoga memimpikan yang indah-indah belaka. Muah! :)

Pangkat Perempuan Lebih Tinggi Daripada Lelaki #perspektif16tahunlagi

Assalam :)

Okay,hai..setelah beradu selama lebih kurang 5 jam petang tadi..dari pukul 2 petang sampai bangun tido pukul 7.30 petang..buleh tahan jugak lah aku ni kan? Biasalah,kepenatan setelah menolong orang di kenduri kawen dari semalam..al-maklum lah,musim cuti ni,ramai gak yang nak bermadu asmara secara sah..kalau tak kawen,nahas pulak kalau dah tak sabar-sabar ye dak?? Ah haha..ke situ pulak dah..

So,for tonite,I wanna share to you about pangkat perempuan yang lebih tinggi daripada lelaki. Ada apa dengan pangkat dan what's the matter pulak dengan perempuan or even lelaki sekalipun? Penting sangat ke?

Seperti biasa,ini adalah entri #perspektif16tahunlagi (demam hashtag..AIM tadi lah punya pasal..LOL!) Hehehe..entri yang akdang-kadang mengkritik bagai nak rak tapi sekadar pandangan hati dan jiwa yang masih mentah dan belum kenal dunia luar yang kejam. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Teeettttt!

Selagi belum lepas 3 perenggan mukadimah dan pengenalan,selagi tu lah saya belum mulakan perbicaraan hari ni. Okay. Korang pun dah skip~skip dah baca tu kan? Alaa..bukannya I tak tau..adik I pon,bila baca entri I,buleh pulak tekan button scroll to buttom walaupon tak de..sebab nya,tak nak baca mukadimah U yang tak interesting ni pon..heyy! Saya rasa inilah trademark saya.. #perasan

Baiklah. Pangkat. Perempuan dan Lelaki. Kenapa? Kenapa orang kisahkan sangat pasal pangkat? Hal ni ada kena mengena dengan masa depan. Our future. Orang mengkritik kalau orang dah kawen,bini kerja lagi bagus dari suami. Gaji isteri lagi besar dari suami. Kalau lama-lama macam tu,op coz lah si suami ni rasa tergugat dan because..wew..lelaki ni kan terkenal dengan sikap keegoannya.mesti akan ada rasa iri hati dan seterusnya menimbulkan pergaduhan..emm..

Yang perempuan pulak,mesti rasa bangga.."Wah,aku keja besar..dapat beli semua barang-dapat beli itu-beli ini,nak yang tu-nak yang ni,suami aku tak dapat nak halang aku,aku punya duit,suka hati aku lah nak beli hapa," Haa..lantak lah sangat kan..as we know,women got 99 nafsu dan 1 akal..dari segi psikologinya,mereka akan terdorong untuk bekerja lebih kuat untuk dapatkan duit..kita jugak tahu yang wanita memang mempunyai semangat meneroka,inkuiri,investigatif,curious dan keazaman yang tinggi..kerana perempuan ada semangat tu jugak lah,dorang ni tak serik nak beranak berkali-kali walaupun sakitnya..wallahualam..sapa yang pernah jer tahu seksanya gimana..#keluartajuk Hehe..ok2..



Bila perempuan kerja lebih kuat?? Apa jadi dekat rumah tangga? Kerja rumah diserahkan kepada pembantu rumah,tugas jaga anak-anak diserahkan bulat kepada mereka atau sang suami..so this is how the problem develops..mana yang dh terlalu kuat bekerja,tanggungjawab sebagai isteri pulak diabaikan..makan minum suami,tak terjaga..kesudahannya,pembantu rumah kasi makan suami,suami jatuh hati,terus bak lari buat jadi isteri sebab isteri pertama tak reti nak masak..haa..sory lah,kalau saya sudah mencampuri urusan rumah tangga tapi ini adalah situasi yang saya selalu lihat and I write it down here just to ceritakan..

So,how can we avoid this thing from happened? Pokoknya,bermula daripada sekarang..zaman belajar,zaman remaja..zaman yang kita rasa bes giler syok nak mampos rasanya kalau tak ngadap muka cikgu..betul? Haha..saya sebenarnya sekarang sedang menyuarakan kebimbangan saya terhadap generasi lelaki yang akan datang..eh..korang nak jadi apa sebenarnya ek?? Saya paling tak gemar orang buat 3 perkara ni -> MEROKOK.MINUM ARAK.MENAGIH DADAH. Kalau yang non-muslim,yang kedua tu saya maafkan lah because you are allowed to do so. Tapi yang Muslim..for what reason?? Kembali lah ke jalan yang benar..belajarlah bersungguh-sungguh..zaman sekarang ni,kerat mana je lelaki yang masuk universiti? Perempuan melambak tapi lelaki? Kami,sebagai perempuan,ada juga rasa nakkan lelaki yang berpangkat lebih tinggi. So that,kami rasa yang kami bekerja ni,just untuk membantu kamu,bukan untuk mencari nafkah menggantikan lelaki..



Memang orang tua-tua pernah cakap yang budi bahasa,perangai orang tu yang paling utama..tapi kena tengok lah jugak kerja apa..takkan nak makan pasir tepi jalan kot? Kalau jodoh kamu dekat perempuan yang jadi suri rumah jer,kamu kerja jadi tukang cuci tandas pon part-time,cam na?? So,tak salah untuk kaum lelaki,remaja zaman sekarang ni,sedar akan tanggungjawab yang akan dorang pikul satu hari nanti. Lainlah kalau dorang ni tak nak kawen..tapi korang kena kawen jugak,kalau tak,ramai gak lah perempuan yang menangis hiba sebab suami nak kawen 5 sebab kuota dah cukup tapi kesian kat andartu..(ada ke?..)

Kos sara hidup semakin meningkat..takkan nak BR1M tiap tahun kat kerajaan kot? Kalau macam tu,bankrap lah negara..asyik nak bagi makan rakyat tapi rakyat tak reti nak buat duit sendiri..jadi,fikirkanlah masa depan anda..korang sebagai lelaki,mesti akan rasa tercabar jugak kalau suatu hari nanti,teman hidup ada duit lagi banyak dari korang.Takkan nk minta dari perempuan kot? Malu lah..inikan perempuan share kredit bila request cakap kredit habis lagi lelaki dah marah..lepas tu marah2 cakap tak yah share lah,apa lah..inikan pulak duit yang real-real duit..emm..

So,what's you gonna do? LEARN TO GET PAID,NOT LEARN TO GET DEAD. Okay? Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. :)

P/S : Tapi buka buku masa cuti memang susah lah..siapa ada penawarnya..tolong bagi siket.. :(

Jumaat, 16 November 2012

Cinta Perempuan,Lelaki dan Perspektif 16 Tahun

Assalam :)

Halo semua!! Hehe..yalah kan..sekarang musim cuti..jadi semangat untuk berblogging pun tersangatlah kuat..ngehee..tapi topik hari ni berkisar pasal perempuan..why?? Just read and see..

I really don't know lah..maybe saya pun tak layak nak bercakap pasal topik ni memandangkan saya ni under age and boleh dispesifikasikan sebagai "BELUM MATANG SEPENUHNYA" tapi apa yang saya nak kongsikan kat sini hari adalah berdasarkan pandangan saya selama 16 tahun saya hidup di dunia ini. Not to say that this is completely real dan bak kata orang,lain orang lain pandangan nya. So,sebelum kita mulakan,saya nak tegaskan yang ini adalah dari sudut perspektif seorang gadis yang berusia 16 tahun. Okay? So,be chill and rileks. Jangan stress..hehe :)

Orang couple-ngapel sekarang kan? Sume cumel2 belaka..pegang tangan,ahh...sweetnyer! Yer ke dak?? Bila gaduh,aduuhh..sakitnyer..habis bantal geget sampai keluar kekabu..ambik pisau pemotong ikan sardin kat dapur,tebuk2 kat teddy bear..bila buah hati dah pujuk..nyesal pulak bear tu terbunuh..alaa..tapi masalahnya sekarang bukan yang tu..bukan..jadi apa lah??

Cinta : Lelaki,Perempuan dan Perspektif 16 Tahun. :)

First question --> Kenapa perempuan zaman sekarang lebih suka kejar lelaki berbanding lelaki yang kejar perempuan? Adakah itu disebabkan modenistik? Atau ada sebab-sebab yang lain?

Sometimes,pandangan ini ada pro dan kontranya. But I prefer more to logic-nya lah because nowadays,memang tak dinafikan nisbah perempuan lebih banyak daripada lelaki. So? It's logik lah kalau perempuan pigi cari lelaki cause kalau tak rebut peluang,banyak lah andartu kat dunia ni. Kesian pulak saya,kesian jugak kat gadis-gadis macam saya yang tak der lelaki nak nanti.

Tapi,the kontra-nya ialah apabila gadis berputus asa untuk kejar lelaki because of some concrete reasons. Antaranya sikap lelaki tu sendiri bila perempuan nak kat dia,dia jual mahal pulak. Ek-eleh,mentang-mentanglah dia buleh cari yang lain kan? Buat mahal pulak. Bila perempuan dah tak nak kat dia,baru lah menyedari kesilapan tu. Emm. Lagi satu,lelaki mesti tahu bahawa perempuan ini punya banyak keinginan dan nafsunya sangat tinggi. Silap orang,buleh juga ada ego tinggi. Kalau egonya yang tinggi menggunung,dipikat pulak lelaki panas baran..hm! Ngena sangat lah tu. Baru 1 jam couple dah putus kot? Hehe ~



Satu lagi reason yang saya selalu dengar ialah bila perempuan tiada keinginan untuk berumah tangga. What?! Eh,what the fish perempuan macam gini? Takkan tak nak kawen kot? Gila tak nak kawen? Ada jugak tau..but because of what? Of course kerjaya..she loves her carrier dan mungkin nak mencapai kemuncak kariernya tu mengambil masa yang lama,so she decides takkan kawen sebelum masa tu. Dan bila dia dah rasa yang dia capai kemuncak kariernya,dan usianya pun dah lanjut,dan (huh,banyak dan..) dia fikir yang tak de lelaki yang nak kat dia,so..dia takkan kawen lah. Senang sangat lah cerita macam gini kan? Ada jugak yang dah kawen tapi sanggup bercerai lepas tu sebab sayangkan karier lebih dari family. Bab ni,saya cuma dapat bagi contoh sebab saya pun tak tahu apa yang couple macam ni fikirkan. Contohnya,case Katy Perry dan Russell Brand yang bercerai lepas kawen for a year just because Katy tak nak pregnant sebab she still want to run her carrier. So,at the end,they decided to quit from the marriage. Memang niat dorang baik,kawen dulu baru dapat anak. This is why I said the kontras from women kan? Sebab perempuan,lelaki merana. Dalam kes ni,saya menangkan lelaki,not because they always right,but they deserve it.



Okay,actually entry ni agak keluar dari topik nya..ke saya yang tak pandai nak kasi tajuk apa,lantak lah kn? Tapi saya nak kongsikan jugak beberapa perangai kaum lelaki lah,bagi saya,yang tak patut dia buat masa couple dengan saya.

First of all,jangan cakap besar dan berlagak pandai dan berlagak dah lama hidup kat dunia ni because perempuan pun boleh naik meluat dengar korang cakap melebih-lebih macam tu. Ingat suke ker? Bagi nasihat bagai nak rak,nak bukak facebook pun dia bising,cakap kite ni selalu online lah..keluar rumah nak kena minta izin dia lah padahal parent dah izinkan..dengan alasan dia buat macam tu,because I AM A STUDENT AND I NEED TO FOCUS ON MY STUDY. Weyh? Saya ni pun manusia jugak,need freedom sekali-sekala..jangan mengongkong perempuan..kadang-kadang,memang tak dinafikan ada sesetengah perempuan yang queen control but if u,a man,be a king control,perempuan boleh gila sakit mental tau..



So,nasihat kepada lelaki,kalau nak bercinta umur-umur macam saya ni,kalau nak berkasih dengan budak sekolah menengah sekali pun,you must know the rules dan jangan terasa hati pulak because between 13 ke 17 adalah masa pertengahan remaja..bila rasa remaja dah low,surely,konfom,dorang akan terasa kebosanan dalam diri..tengok hp pun dah rasa jemu..masa tu,barulah nak rasa freedom untuk buat apa yang sepatutnya dibuat masa zaman remaja..jangan control perempuan because they will make you really menderita at the end nya. Some cases,memang ada yang buat begini,bukan sebab curang,tetapi kelakuan anda sendiri.

Rasanya inilah entri yang agak panjang untuk saya buat..sehari semalam suntuk jugak buat mende ni,tapi well..berbaloi..sekadar untuk perkongsian cerita dan pandangan..so? Wanita..hargai diri anda dan nikmati hidup yang indah ini..jangan stress,chill selalu..yang penting,ingat Allah SWT,buat solat istikharah dan make a decision dan buat yang anda rasakan terbaik untuk anda,k? There's no boundaries in the world..Last but not least,cehh..haha..HAVE A NICE DAY!

Rabu, 14 November 2012

Contest : TOP BEST PHOTOS 2012

Assalam :)

Contest yang macam ni lah I suke!! Yeuwww!! Hehe..ok2..tak nak basa basi..jum!


Okey,macam biasa,picit banner kalau nak join..kali ni,aku nak taruh gambar ni..


Inilah kawan-kawan saya. Gambar terbaik yang saya ada setakat ini. Bukan nak mengatakan bahawa saya tak ada gambar saya bersama kawan-kawan saya yang lain tetapi foto inilah yang menggambarkan seribu cerita dan wajah-wajah kawan saya yang paling manis terakam dalam foto ini. Hehe ~ Di mana saya? Saya di sebelah pintu. Itulah saya. Gelaran saya dalam kelas ialah "Kak Yong" sebab saya ini,walaupun boleh diketegorikan sebagai perempuan putih melepak dan lemah lembut dalam kalangan para guru,tetapi lelaki paling gemuk yang juga bakal ketua pengawas sekolah tahun depan (setelah keputusan dibuat semasa pilihanraya kabinet bayangan lembaga pengawas),Syafiq takut dengan leteran dan bebelan saya jika kerja yang dilakukan tidak menepati piawaian. Haha! Okey,sebelah saya ialah Azfarina. Orangnya kecil molek,menggelarkan dirinya Eiyna Scorpie kerana berzodiak Scorpio,memang diakui,bila tersenyum,sangat cute..walaupun terlahir sebagai orang hitam manis,tetapi hakikatnya dia ialah antara pelajar yang paling lemah dalam kelas..dan sudah menjadi tugas saya sebagai kawan untuk membantu dia dalam semua subjek..Belajar rajin-rajin ya,Eiyna..di sebelah Azfarina,yang menyorok muka hampir tak nampak itu,namanya,Amirul..orangnya berketinggian 154 cm sahaja..agak pendek tetapi seorang yang bermulut murai..menjadi penghibur di dalam kelas bersama kembarnya,Szeller Arie..kalau dia tidak hadir,kelas menjadi sunyi sepi..beralih kepada gadis di sebelahnya pula,namanya Nurfazlinna..dia ini agak pendiam dan sat perkara yang saya suka tentang gadis ini ialah dia memberi nasihat dengan cara yang sangat berkesan dan sangat sempoi..sebab itulah saya sentiasa tersenyum bila berhadapan dengannya..muka yan agak muram itu pula,Alia namanya..dulunya,dia ini agak kurang juga attitudenya..alhamdullillah,setelah masuk dalam kelas 4 Sains,ketara perubahannya..walaupun masih melayan Nospen tetapi sekarang,sudah sangat-sangat berkurangan..sejujurnya,aku sayang dia sebab aku ingin melihat dia berubah dan menjadi kawan aku,tempat senda gurau yang paling mujarab,dan berkepala gila-gila sama dia memang menakjubkan..aku berharap agar dia tidak dipindahkan ke kelas lain tahun depan..emm..dan akhir sekali,Nurul..orangnya comel,agak sensitif dan baru "angkat dara". Apa kah tu? Haha..macam dia ni baru nak rasa zaman kemaruk nak bercinta lah..lambat sikit pick up dia..tapi tak pa..she's got a lot guider around her including me..haha..btw,she's the brainstormer. Quite good in Chemistry. Say Wow!!! Kesimpulannya,saya sangat gembira berkawan dengan dorang. I LOVE MY FRIENDS! :)



Segmen:Saya Nak Kenal Awak...

Assalam :)

Ok,secara ringkasnya saja ya..


Kalau nak join,klik jer link,ok?

Ok,sekarang masa nak kenal kan diri..hahaha..
Kena letak dalam blockquote..barulah cun ropanya..
  • Nama penuh : Nur Afifah Binti Ismail  
  • Asal : Daro,Sarawak
  • Status : Single
  • Tarikh lahir : 25 Jun 1996
  • Start blogging : 2010
  • Matlamat blogging : Suka-suki pada awalnya,and then jadi platform untuk berkongsi ilmu dan menambah kenalan dan tidak ketinggalan untuk menjadi seorang blogger yang disegani walaupun masih jauh untuk dicapai..hahaks!
  • Aku seorang yang agak cumel kot? dan seorang yang mementingkan kesempurnaan dan berprinsip hidup "LEARN TO GET PAID". Kalau soal perkawanan,persahabatan,perkenalan,discover sendiri dengan mem"follow" blog ini dan anda akan tahu...misteri tak?? :-p

 Nak tag kawan..sapa yer??

http://furrasbubblynotes.blogspot.com/

Hala Tuju Selepas UPSR dan PMR : Perlukah Mohon SBP?

Assalam :)

Selamat menyambut Maal Hijrah..kita dah masuk tahun baru bah kalendar Islam..maksudnya pun kita ni makin tua..kena banyak2 beribadat..buat amal..ye dak? Kalau pintu naungan Allah dah tutup,tak leh nak bertaubat lagi..rugi ler..haha..mukadimah berguna hari ni..kadang-kadang,kita ni kenalah saling menasihati antara satu sama yang lain..hehe..

Actually hari ni,aku tak tahu nak post apa..biarpun bulan ni adalah bulan yang paling membosankan bagi aku tapi aku kena tetap beroperasikan blog sebab aku masih ada naluri untuk berkongsi ilmu,berkongsi pengalaman dan cerita aku kat korang. Tapi masalahnya,ada bulan nya aku ni tak de modal nak start kat mana patut aku startkan dalam blog ni..itulah kangkadang punca blog ni terbengkalai..dan akhirnya jadi blog join segmen semata ~ itulah..

Sekarang dah tengah bulan November..tahun depan dah nak SPM..em..ulangkaji mp? Jangan harap lah..tapi ada jugak bukak buku,tapi naluri malas mengatasi segala-galanya..so..bila bukak buku jer,mengantuk lah..tapi at least,aku yang dulu tah faham ke tidak yang namanya Additional Maths,sekarang masuk sikit sebab aku kaji sendiri apa yang dulu tah satu haram mende dalam tu aku tak tahu..bukan tak tahu,tapi malas nak amik tahu..sebab apa? Godaan syaiton...

Memang sasaran aku bila cuti nak ulangkaji mp,tapi aku sekarang baru sedar yang banyak gila yang mesti aku belajar sebab semuanya aku belum master..Biologi yang senang buleh pulak jadi susah..bagi yang otak malas nak program ayat panjang-panjang,memang mp ni susah lah..tapi bagi aku,paling senang sesuatu tu nak masuk kepala hotak korang ialah bila sesuatu tu korang memang minat dan suka dan cinta..itu jer caranya..especially kalau mende tu killer mp korang..



Mukadimah panjang-panjang kan? Daripada yang panjang tu lah aku dapat idea nak menulis karang..haha..ni baru isi nya..tadi baru kulitnya..aku tahu korang memang malas giler nak baca entri panjang-panjang..statistik & kajian pun dah mengesahkannya pun..kawan-kawan blogger pun dah ulas dan tulis entri pasal yang tu..jadi mulai dari hari ni,korang jangan lah malas-malas pulak yer..baca jer sampai habis..kalau tak nak gak,itu terpulang..

So,hala tuju selepas UPSR dan PMR? Sama ada perlu ke tidak korang mohon sekolah lain atau dalam erti kata lainnya,sekolah yang berprestasi tinggi atau aliran lain daripada sekolah biasa? Let me tell you something..

Berbalik kita,imbas semula lah kiranya..masa tu umur aku 11 tahun..belum UPSR lagi..kami orang ni,dalam kelas,ada banyak team..dan aku salah seorang daripada satu team ni..among major team dalam kelas tu lah..Team Everything..nama pun ntah pa-pa kan? Biasalah budak2..hehe..cita-cita nak masuk sekolah berasrama penoh..semua nak..ok lah..itu masih lama lagi kan?? Tak pe..tiba pulak sebelum UPSR..cikgu kasi isi borang SBP..aku bawa balik rumah..dah! Parah..tersekat pulak..bapak tak kasi isi..mak pun pujuk tak kasi isi..red light la masa tu..memang malang giler..kawan-kawan lain semua isi..aku tak isi..sebab alasannya bapak tak kasi..sebab nanti takut aku balik sini balik,tak tahan..alasannya tak tahan beb..ok lah..aku pasrah..aku reda..walaupun kenyataannya pahit..huhu..lagi satu alasannya,mana-mana tempat belajar,semuanya sama jer..emm..yelah..



Bila kengkawan dapat surat pindah,surat tawaran..semua beria nak pergi..tapi akhirnya berapa kerat jer yang pergi..sorang..tu pun sebab dia nak betul2 survive..aku..terpakuk kat sekolah yang berdekatan,tempat bapa aku mengajar gak..yolah..memang rasa sedih masa tu..huhu..tapi aku terfikir balik..mungkin semua ini ada hikmah di sebaliknya kan..tapi memang bes jugak sepanjang 3 tahun pertama aku kat sekolah menengah SMK Gedong..aku dapat join macam2 event..paling aku suka lagu puisi sebab aku dapat nyanyi..yeay! Hehe..Cikgu pun sporting sume..kan? Belajar pun bes..Tulah..ada gak benar nya kata bapak aku..Lagi pun,untuk peringkat ni,semua mp sama..tak kira sekolah sains or sekolah biasa..so,kalau rasanya masih tak bersedia dan tak nak menyusahkan mak bapa untuk ambik kite balik dari sekolah tu dan uruskan perpindahan,baik tak yah..

Bila sebelum PMR,aku isi lagi borang tapi kali ni aku minta satu jer,Kolej DPAH Abdillah sebab aku tak mengharap sangat..yelah..sebelum ni,kan dapat red light memanjang..kali ini,at least aku dapat green light untuk isi borang..alah..ISI BORANG je pon..itu pun..hah! Kalau rezeki,dapatlah..kalau tak,taklah kan?? Kali ini,aku dah berputus asa lah..kalau dapat pon,aku tolak mentah-mentah..memang aku nak terima,tapi masalahnya parent masih belum mengizinkan aku keluar dari ketiak dorang..emm..dan lagi satu yang menguatkan perasaan aku tak nak pindah sekolah at stage ni adalah sebab alang-alang coz ada sisa lagi 2 tahun kat situ..sekolah lama..sudah timbul perasaan sayang dalam diri..everything..aku harus tinggalkan kawan-kawan,guru yang aku cintai..aku tak sanggup..bagi aku,biarlah untuk 2 tahun yang terakhir sekolah menengah,aku menikmati nya bersama kawan-kawan yang setia tak pindah sekolah sejak sekolah rendah..memang lah,tak dinafikan bahawa untuk mencapai sesuatu,kita perlu berkorban kan? Memang..tapi aku rasa matlamat aku kat sekolah masih ada yang belum tercapai..dan aku rasa inilah pengorbanan aku..baguslah sebab tak melibatkan orang lain..cuma hati dan perasaan aku sendiri sebab tak dapat menikmati suasana kat sekolah yang bagus..percayalah..nasib baik lah,aku tak dapat surat tawaran..



Tapi sekarang,bila aku kat Tingkatan 4,aku dapat mengulas bahawa perjalanan ini memang masih jauh,tapi sebijak-bijak kita berfikir,pandangan parent kita kena ambil kira untuk mewujudkan situasi win-win. Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya tu..Memang lah kita kena work hard bila berada di sekolah yang biasa-biasa saja sebab kita tak dapat mewujudkan persaingan yang sengit macam sekolah SBP tapi percayalah,melalui work hard dan struggle di sekolah biasalah,kita dapat berdikari dan bermati-matian bila dibandingkan dengan orang pandai kat sekolah lain..at last,my senior cerita,student sekolah biasa jugak yang top kat matriks,asasi or form 6 sekali pun kalau dorang tak mampu nak tampung ke pra-U yang lain. Jadi,jangan pandang sebelah mata sekolah biasa..kalau nak masuk sekolah teknik or aliran vokasional,make sure korang survey peluang pekerjaan 5 tahun akan datang because we learn to get paid..kita belajar untuk bekerja..untuk hidup..jadi jangan sampai salah pilih path..entri ini pun sebagai motivasi kepada diri aku,diri korang..jangan bersedih kalau korang tak dapat tawaran..this is only the beginning..chill,ok? Masih ada banyak peluang masa akan datang..jadi,teruskan berusaha untuk capai yang terbaik..ingat jer,we learn to get paid dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..itu saja untuk entri kali ini..semoga adik-adik yang baca akan termotivate dan renung-renungkan..sampai ketemu! :)