Lelaki Itu Yang Aku Inginkan : Undefined

By Eppy Ismail - 5:45 PTG

Assalam :)

Sejak akhir-akhir ni,aku asyik terbayang macam-macam benda. At least,tak lah seteruk aku semasa berada di kediaman sendiri. Di sini,di kampung,aku dapat rasa ketenangan yang amat sangat. Bila tengok tv,tidak rasa kesunyian.Ada gelak tawa sana sini,gurau senda,umpat-mengumpat. Aku suka semua tu. Sekurang-kurangnya,menghilangkan kebingungan tatkala aku sendirian. :)

Tapi hari ni,bukan itu yang mahu aku katakan di sini. Apa yang aku mahu sampaikan ialah bagaimanakah rupa lelaki yang aku inginkan sebenarnya. Aku tahu,pada masa ini,aku tak patut memikirkan apatah lagi membicarakan hal ini tapi kalau tak diluah,mati emak,nak diluah mati bapak. Macam tu lah.

Tetapi ada beberapa perkara yang pasti. Lelaki itu haruslah selalu mengalah,tidak racist,tidak bercakap besar,jika dia lebih tahu dari aku dan tahu bahawa apa yang aku katakan adalah tidak benar,dia akan diam dan hanya akan bercakap bila perlu. Tentu sekali,bila aku sudah sedar kesalahan aku itu dan aku berada dalam kebingungan,dia akan senyum saja dan dengan selambanya dia berkata,"Aku sudah mengetahuinya lebih awal dari kamu," Hehe ~

Kalau lelaki ini ditakdirkan sebagai lelakiku,aku tak menolak :)

Tentu juga,aku inginkan lelaki sudah biasa dengan kerja-kerja kampung dan kerja-kerja keras. Tujuannya,agar menyenangkan aku sendiri bila aku bawa ke kampung halaman dan agar dia berasa seronok melakukan semua itu setelah lama dia tidak melakukan kerja itu di tempat tinggalnya,walaupun bukan bandar,tetapi suatu tempat yang membangun,tiada lagi sungai dan hutan.Aku sangat suka melihat bagaimana seorang lelaki membantu orang tua atau ikut teman-teman pergi membuat kerja-kerja yang berat seperti bertukang kayu,mengangkat kayu jati dan belian,memancing,menjala,dan segala pekerjaan yang sewaktu dengannya. Kalau aku sudah berkata seperti ini,sudah tentu aku tidak mahu lelaki yang berlagak seperti orang kuat tetapi bila disuruh berbuat kerja begitu,emm..action nya lebih dari perempuan..bagus disuruh aku saja buat..wajah jambu sekali pun,kalau boleh buat kerja macam itu,aku akan pilih wajah jambu daripada wajah maskulin sejati yang action lebih..kesimpulannya,aku lebih suka sama ada dia betul-betul tough atau yang pandai mengandam. Aku tidak suka kelas pertengahan. It's either first class or third class.



Kadang-kadang,lelaki memang menjengkelkan. Ada kalanya bila tidak disuruh untuk merenung wajah kita,dia buat. Itu boleh menimbulkan rasa meluat. Tapi bila kita inginkannya,dia seperti tidak mengetahui apa-apa. Ingatlah,bila hati wanita mulai diisi dengan kekecewaan,lama-lama ia akan penuh jua.

Dari segi fizikal,aku sukakan lelaki yang berambut kerinting.~ seperti Atu Zero,Bo Amir Iqram,Hafiz..siapa lagi ya? Muka tidak akan menjadi masalah bagi aku jika sudah rambutnya kerinting. Hehe. Mungkin sesetengah orang,ibu bapa aku juga barangkali,tidak menyukai penampilan seperti ini,tetapi asalkan hatinya bagus,aku tidak kisah. Sebab apa rambut kerinting? Adalah. Sebabnya probihited. Tak boleh dibagi tahu. :p

Bo Amir Iqram


Memang,ada sesetengah lelaki yang meminta aku agar menerima mereka dengan seikhlasnya. Aku memang mahu berbuat seperti itu tetapi jika rasa ini bukan rasa yang sejati untuk mereka,aku akan tetap rasa tidak puas hati dengan apa yang aku ada walaupun aku sendiri memaksa untuk menerimanya.

Bukan aku tidak suka dengan kalian,tetapi aku rasa aku sebenarnya belum jumpa orang yang mencintai aku seperti yang aku benar-benar inginkan. Mungkin aku perlu masa dan melihat ke tempat lain sebelum aku memutuskan apa yang terbaik untuk aku.

Inilah yang terbuku di hatiku yang perlu aku luahkan di samping mengarang situasi-situasi khayalan pendek yang belum pernah sempat tercatat di ruang entri ini. Hehe. Itu saja rasanya. Sampai ketemu.

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen