Notis Pemberitahuan : Penjenamaan Semula

By Eppy Ismail - 3:55 PTG

Assalam :)

Maaf,tiada mukadimah.

Pada petang yang berbahagia ini,saya ingin mengumumkan penjenamaan semula blog saya menjadi yang sebelum ini bertajuk dan bernama E.P.P.Y - the Rawr! menjadi ____talkthewalk.

Hal ini adalah kerana saya merasakan bahawa tajuk blog saya yang lama agak kebudak-budakan dan tidak menepati selera saya. Sebenarnya. Terus terang,di sini,saya tidak sukakan kanak-kanak dan juga tidak sukakan sesuatu yang comel. Kalau agak-agak,boleh lah. Kalau yang terlebih agak,boleh blah. ~

Selain itu,saya memilih tajuk ____talkthewalk juga kerana aku agak suka berlagak untuk intro dalam bahasa Inggeris tetapi agak bodoh,jauh sekali untuk fasih,berbicara Bahasa Inggeris. Jika ini adalah yang terbaik,maka aku boleh lah sombong dan angkuh untuk intro dalam bahasa Inggeris. Setidak-tidaknya.

Di samping itu,saya juga menukar nama saya kepada @iamtangerine kerana sebelum ini,saya tertanya-tanya,apakah benda itu nama tangerine. Dan fikiran saya selalu menyimpang ke perkara yang buruk seperti sejenis dadah atau racun yang terdapat dalam rokok. Seperti kalian mendengar ini, "TANGERINE DAN NIKOTIN". Sangat cocok kan? Mimi Morticia adalah pengarang buku itu. Buku puisi. Boleh cari sendiri di internet. Memang hebat juga buku itu tapi rasanya saya dah keluar tajuk. ~ Ya. Dan aku cari makna tangerine itu di internet,emm..keputusannya sama sekali tidak seperti yang aku jangkakan. Sejenis buah limau. Nama saintifiknya Citrus Tangerine. Saya guna aku lagi. Saya malas mau backforward untuk padam kata aku. Maka saya nyatakan saja. Tapi walaupun saya rasa tertipu,tapi saya terpikat dengan nama itu. Maka saya putuskan untuk tukar dan gunakan saja.



Apa lagi? Ya. Berkenaan design. Sebenarnya saya lebih suka sesuatu yang simple tetapi menarik. Dan ini adalah rupa yang saya memang inginkan. Sudah lama inginkan. Kosong tetapi segar dan menarik. Dengan kombinasi warna dan susun atur dan reka cipta yang awesome,saya boleh hidup.

Satu lagi,saya orang yang cepat bosan dengan sesuatu yang merimaskan,tidak asli dan seperti yang saya inginkan.

Rasanya,itu sahaja yang ingin saya beritahu. Maaf sekiranya bahasa dalam ini terlalu skema. Ini entri rasmi. ??

Salam.




  • Share:

You Might Also Like

1 67 komplen

  1. awal tahun depan mesti banyak tangerine dijual di kedai2...hihi...yg best bila dapat free takyah beli...

    apa2 pun semoga jenama baru ni lebih masyuk dan femes...

    BalasPadam