Rabu, 14 November 2012

Hala Tuju Selepas UPSR dan PMR : Perlukah Mohon SBP?

Assalam :)

Selamat menyambut Maal Hijrah..kita dah masuk tahun baru bah kalendar Islam..maksudnya pun kita ni makin tua..kena banyak2 beribadat..buat amal..ye dak? Kalau pintu naungan Allah dah tutup,tak leh nak bertaubat lagi..rugi ler..haha..mukadimah berguna hari ni..kadang-kadang,kita ni kenalah saling menasihati antara satu sama yang lain..hehe..

Actually hari ni,aku tak tahu nak post apa..biarpun bulan ni adalah bulan yang paling membosankan bagi aku tapi aku kena tetap beroperasikan blog sebab aku masih ada naluri untuk berkongsi ilmu,berkongsi pengalaman dan cerita aku kat korang. Tapi masalahnya,ada bulan nya aku ni tak de modal nak start kat mana patut aku startkan dalam blog ni..itulah kangkadang punca blog ni terbengkalai..dan akhirnya jadi blog join segmen semata ~ itulah..

Sekarang dah tengah bulan November..tahun depan dah nak SPM..em..ulangkaji mp? Jangan harap lah..tapi ada jugak bukak buku,tapi naluri malas mengatasi segala-galanya..so..bila bukak buku jer,mengantuk lah..tapi at least,aku yang dulu tah faham ke tidak yang namanya Additional Maths,sekarang masuk sikit sebab aku kaji sendiri apa yang dulu tah satu haram mende dalam tu aku tak tahu..bukan tak tahu,tapi malas nak amik tahu..sebab apa? Godaan syaiton...

Memang sasaran aku bila cuti nak ulangkaji mp,tapi aku sekarang baru sedar yang banyak gila yang mesti aku belajar sebab semuanya aku belum master..Biologi yang senang buleh pulak jadi susah..bagi yang otak malas nak program ayat panjang-panjang,memang mp ni susah lah..tapi bagi aku,paling senang sesuatu tu nak masuk kepala hotak korang ialah bila sesuatu tu korang memang minat dan suka dan cinta..itu jer caranya..especially kalau mende tu killer mp korang..



Mukadimah panjang-panjang kan? Daripada yang panjang tu lah aku dapat idea nak menulis karang..haha..ni baru isi nya..tadi baru kulitnya..aku tahu korang memang malas giler nak baca entri panjang-panjang..statistik & kajian pun dah mengesahkannya pun..kawan-kawan blogger pun dah ulas dan tulis entri pasal yang tu..jadi mulai dari hari ni,korang jangan lah malas-malas pulak yer..baca jer sampai habis..kalau tak nak gak,itu terpulang..

So,hala tuju selepas UPSR dan PMR? Sama ada perlu ke tidak korang mohon sekolah lain atau dalam erti kata lainnya,sekolah yang berprestasi tinggi atau aliran lain daripada sekolah biasa? Let me tell you something..

Berbalik kita,imbas semula lah kiranya..masa tu umur aku 11 tahun..belum UPSR lagi..kami orang ni,dalam kelas,ada banyak team..dan aku salah seorang daripada satu team ni..among major team dalam kelas tu lah..Team Everything..nama pun ntah pa-pa kan? Biasalah budak2..hehe..cita-cita nak masuk sekolah berasrama penoh..semua nak..ok lah..itu masih lama lagi kan?? Tak pe..tiba pulak sebelum UPSR..cikgu kasi isi borang SBP..aku bawa balik rumah..dah! Parah..tersekat pulak..bapak tak kasi isi..mak pun pujuk tak kasi isi..red light la masa tu..memang malang giler..kawan-kawan lain semua isi..aku tak isi..sebab alasannya bapak tak kasi..sebab nanti takut aku balik sini balik,tak tahan..alasannya tak tahan beb..ok lah..aku pasrah..aku reda..walaupun kenyataannya pahit..huhu..lagi satu alasannya,mana-mana tempat belajar,semuanya sama jer..emm..yelah..



Bila kengkawan dapat surat pindah,surat tawaran..semua beria nak pergi..tapi akhirnya berapa kerat jer yang pergi..sorang..tu pun sebab dia nak betul2 survive..aku..terpakuk kat sekolah yang berdekatan,tempat bapa aku mengajar gak..yolah..memang rasa sedih masa tu..huhu..tapi aku terfikir balik..mungkin semua ini ada hikmah di sebaliknya kan..tapi memang bes jugak sepanjang 3 tahun pertama aku kat sekolah menengah SMK Gedong..aku dapat join macam2 event..paling aku suka lagu puisi sebab aku dapat nyanyi..yeay! Hehe..Cikgu pun sporting sume..kan? Belajar pun bes..Tulah..ada gak benar nya kata bapak aku..Lagi pun,untuk peringkat ni,semua mp sama..tak kira sekolah sains or sekolah biasa..so,kalau rasanya masih tak bersedia dan tak nak menyusahkan mak bapa untuk ambik kite balik dari sekolah tu dan uruskan perpindahan,baik tak yah..

Bila sebelum PMR,aku isi lagi borang tapi kali ni aku minta satu jer,Kolej DPAH Abdillah sebab aku tak mengharap sangat..yelah..sebelum ni,kan dapat red light memanjang..kali ini,at least aku dapat green light untuk isi borang..alah..ISI BORANG je pon..itu pun..hah! Kalau rezeki,dapatlah..kalau tak,taklah kan?? Kali ini,aku dah berputus asa lah..kalau dapat pon,aku tolak mentah-mentah..memang aku nak terima,tapi masalahnya parent masih belum mengizinkan aku keluar dari ketiak dorang..emm..dan lagi satu yang menguatkan perasaan aku tak nak pindah sekolah at stage ni adalah sebab alang-alang coz ada sisa lagi 2 tahun kat situ..sekolah lama..sudah timbul perasaan sayang dalam diri..everything..aku harus tinggalkan kawan-kawan,guru yang aku cintai..aku tak sanggup..bagi aku,biarlah untuk 2 tahun yang terakhir sekolah menengah,aku menikmati nya bersama kawan-kawan yang setia tak pindah sekolah sejak sekolah rendah..memang lah,tak dinafikan bahawa untuk mencapai sesuatu,kita perlu berkorban kan? Memang..tapi aku rasa matlamat aku kat sekolah masih ada yang belum tercapai..dan aku rasa inilah pengorbanan aku..baguslah sebab tak melibatkan orang lain..cuma hati dan perasaan aku sendiri sebab tak dapat menikmati suasana kat sekolah yang bagus..percayalah..nasib baik lah,aku tak dapat surat tawaran..



Tapi sekarang,bila aku kat Tingkatan 4,aku dapat mengulas bahawa perjalanan ini memang masih jauh,tapi sebijak-bijak kita berfikir,pandangan parent kita kena ambil kira untuk mewujudkan situasi win-win. Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya tu..Memang lah kita kena work hard bila berada di sekolah yang biasa-biasa saja sebab kita tak dapat mewujudkan persaingan yang sengit macam sekolah SBP tapi percayalah,melalui work hard dan struggle di sekolah biasalah,kita dapat berdikari dan bermati-matian bila dibandingkan dengan orang pandai kat sekolah lain..at last,my senior cerita,student sekolah biasa jugak yang top kat matriks,asasi or form 6 sekali pun kalau dorang tak mampu nak tampung ke pra-U yang lain. Jadi,jangan pandang sebelah mata sekolah biasa..kalau nak masuk sekolah teknik or aliran vokasional,make sure korang survey peluang pekerjaan 5 tahun akan datang because we learn to get paid..kita belajar untuk bekerja..untuk hidup..jadi jangan sampai salah pilih path..entri ini pun sebagai motivasi kepada diri aku,diri korang..jangan bersedih kalau korang tak dapat tawaran..this is only the beginning..chill,ok? Masih ada banyak peluang masa akan datang..jadi,teruskan berusaha untuk capai yang terbaik..ingat jer,we learn to get paid dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..itu saja untuk entri kali ini..semoga adik-adik yang baca akan termotivate dan renung-renungkan..sampai ketemu! :)

9 ulasan:

  1. bagus entri eppy ni..

    PS: biasa lah anak pompuan mesti mak bapak payah sikit nak kasik duduk asrama....

    BalasPadam
  2. transformers kuning16 November 2012 8:19 PG

    aik? knp pandangan serta pemikiran kita sama ek? even pengalaman pun almost sama.

    BalasPadam
  3. @Hatimi Tahirruddin,@transformers kuning mungkin sebab sy anak sulung kot?! haha! :) | aah,mungkin parent kita macam almost2 sama gak pemikirannya? hehe :)

    BalasPadam
  4. transformers kuning16 November 2012 8:57 PTG

    laa. sama ank sulung jgak rupany. patut la pmikiran n pndpt 2 kali 5 je. high five la :D

    BalasPadam
  5. @transformers kuning aku terima high five mu..hehe.. :D

    P/S : Minggu ni rasanya Dato' Fadzilah Kamsah serta guest,Fizo Omar cerita pasal anak mak ni dalam Selami Jiwa kat Astro Oasis. Biasanya,anak sulung,anak tunggal,anak bongsu..(ye ke anak sulung??!) #curious

    BalasPadam
  6. transformers kuning18 November 2012 1:26 PTG

    @EPPY - the Rawr!
    ye la. ank sulung kan ank pertama dorg. so mst la dorg syg gler kat ank first. even kta yg msh muda mudi ni pun kalo dpt bnda first yg kta bli dgn wang ringgit sendiri pon kta syg gler. just saying :)

    BalasPadam
  7. @transformers kuningbetul tu betul..tapi,kalau barang yang first kita beli guna wang sendiri dah buruk,mesti kita buang jugk akhirnya..tapi rasanya takkan ada parent yang nak buang anak cuma sebab anak dorang rosak an??hehe :)

    BalasPadam
  8. transformers kuning19 November 2012 10:01 PG

    @EPPY - the Rawr!
    kalau sy x la. sy simpan je. sayang tu. haha. kot2 sy ni boleh jadi a good parent la nanti. hoho.

    BalasPadam
  9. @transformers kuningboleh menang anugerah ibu mithali ni..dah ada calon nampaknya..hihi

    BalasPadam