Pangkat Perempuan Lebih Tinggi Daripada Lelaki #perspektif16tahunlagi
Assalam :)
Okay,hai..setelah beradu selama lebih kurang 5 jam petang tadi..dari pukul 2 petang sampai bangun tido pukul 7.30 petang..buleh tahan jugak lah aku ni kan? Biasalah,kepenatan setelah menolong orang di kenduri kawen dari semalam..al-maklum lah,musim cuti ni,ramai gak yang nak bermadu asmara secara sah..kalau tak kawen,nahas pulak kalau dah tak sabar-sabar ye dak?? Ah haha..ke situ pulak dah..
So,for tonite,I wanna share to you about pangkat perempuan yang lebih tinggi daripada lelaki. Ada apa dengan pangkat dan what's the matter pulak dengan perempuan or even lelaki sekalipun? Penting sangat ke?
Seperti biasa,ini adalah entri #perspektif16tahunlagi (demam hashtag..AIM tadi lah punya pasal..LOL!) Hehehe..entri yang akdang-kadang mengkritik bagai nak rak tapi sekadar pandangan hati dan jiwa yang masih mentah dan belum kenal dunia luar yang kejam. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Teeettttt!
Selagi belum lepas 3 perenggan mukadimah dan pengenalan,selagi tu lah saya belum mulakan perbicaraan hari ni. Okay. Korang pun dah skip~skip dah baca tu kan? Alaa..bukannya I tak tau..adik I pon,bila baca entri I,buleh pulak tekan button scroll to buttom walaupon tak de..sebab nya,tak nak baca mukadimah U yang tak interesting ni pon..heyy! Saya rasa inilah trademark saya.. #perasan
Baiklah. Pangkat. Perempuan dan Lelaki. Kenapa? Kenapa orang kisahkan sangat pasal pangkat? Hal ni ada kena mengena dengan masa depan. Our future. Orang mengkritik kalau orang dah kawen,bini kerja lagi bagus dari suami. Gaji isteri lagi besar dari suami. Kalau lama-lama macam tu,op coz lah si suami ni rasa tergugat dan because..wew..lelaki ni kan terkenal dengan sikap keegoannya.mesti akan ada rasa iri hati dan seterusnya menimbulkan pergaduhan..emm..
Bila perempuan kerja lebih kuat?? Apa jadi dekat rumah tangga? Kerja rumah diserahkan kepada pembantu rumah,tugas jaga anak-anak diserahkan bulat kepada mereka atau sang suami..so this is how the problem develops..mana yang dh terlalu kuat bekerja,tanggungjawab sebagai isteri pulak diabaikan..makan minum suami,tak terjaga..kesudahannya,pembantu rumah kasi makan suami,suami jatuh hati,terus bak lari buat jadi isteri sebab isteri pertama tak reti nak masak..haa..sory lah,kalau saya sudah mencampuri urusan rumah tangga tapi ini adalah situasi yang saya selalu lihat and I write it down here just to ceritakan..
So,how can we avoid this thing from happened? Pokoknya,bermula daripada sekarang..zaman belajar,zaman remaja..zaman yang kita rasa bes giler syok nak mampos rasanya kalau tak ngadap muka cikgu..betul? Haha..saya sebenarnya sekarang sedang menyuarakan kebimbangan saya terhadap generasi lelaki yang akan datang..eh..korang nak jadi apa sebenarnya ek?? Saya paling tak gemar orang buat 3 perkara ni -> MEROKOK.MINUM ARAK.MENAGIH DADAH. Kalau yang non-muslim,yang kedua tu saya maafkan lah because you are allowed to do so. Tapi yang Muslim..for what reason?? Kembali lah ke jalan yang benar..belajarlah bersungguh-sungguh..zaman sekarang ni,kerat mana je lelaki yang masuk universiti? Perempuan melambak tapi lelaki? Kami,sebagai perempuan,ada juga rasa nakkan lelaki yang berpangkat lebih tinggi. So that,kami rasa yang kami bekerja ni,just untuk membantu kamu,bukan untuk mencari nafkah menggantikan lelaki..
Memang orang tua-tua pernah cakap yang budi bahasa,perangai orang tu yang paling utama..tapi kena tengok lah jugak kerja apa..takkan nak makan pasir tepi jalan kot? Kalau jodoh kamu dekat perempuan yang jadi suri rumah jer,kamu kerja jadi tukang cuci tandas pon part-time,cam na?? So,tak salah untuk kaum lelaki,remaja zaman sekarang ni,sedar akan tanggungjawab yang akan dorang pikul satu hari nanti. Lainlah kalau dorang ni tak nak kawen..tapi korang kena kawen jugak,kalau tak,ramai gak lah perempuan yang menangis hiba sebab suami nak kawen 5 sebab kuota dah cukup tapi kesian kat andartu..(ada ke?..)
Kos sara hidup semakin meningkat..takkan nak BR1M tiap tahun kat kerajaan kot? Kalau macam tu,bankrap lah negara..asyik nak bagi makan rakyat tapi rakyat tak reti nak buat duit sendiri..jadi,fikirkanlah masa depan anda..korang sebagai lelaki,mesti akan rasa tercabar jugak kalau suatu hari nanti,teman hidup ada duit lagi banyak dari korang.Takkan nk minta dari perempuan kot? Malu lah..inikan perempuan share kredit bila request cakap kredit habis lagi lelaki dah marah..lepas tu marah2 cakap tak yah share lah,apa lah..inikan pulak duit yang real-real duit..emm..
So,what's you gonna do? LEARN TO GET PAID,NOT LEARN TO GET DEAD. Okay? Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. :)
P/S : Tapi buka buku masa cuti memang susah lah..siapa ada penawarnya..tolong bagi siket.. :(
3 67 komplen
insyaallah eppy boleh dapat tu pangkat besar suatu hari nanti...yg lelaki malas belajar tu tak jadi masalah asalkan diorg boleh cari duit lebih dari isteri...kerja kutip sampah pon takpe...kalau dah boleh dapat 5 angka sebulan apa ada hal....#apa yg penting toleransi dalam rumah tangga...
BalasPadam@Hatimi Tahirruddinyup..tapi tak rasa tergugat ke? :)
BalasPadam@EPPY - the Rawr! tergugat camne tu? dari segi pendidikan ke? rasanya tak bila duit dah byk...rasa tergugat ni kalau duit takde je....
BalasPadam