Lelaki-Lelaki Itu dan Sekeping Hati Yang Kosong

By Eppy Ismail - 1:24 PG

Assalam :'(

Malam ini,memang feeling..tak dapat tahan sebab ombak rindu punya pasal..menangis dibuatnya..nasib baik bukan air mata darah yang mengalir..huhu..



Tiba-tiba teringat dekat lelaki yang aku suka. Banyak yang aku kenal tapi semuanya sekadar untuk sementara. Paling lama bertahan pun,2 tahun. Lepas tu,rasa suka beransur hilang. Tapi ada 2 orang saat ini yang membuai perasaan aku. Aku sangat suka kan mereka tetapi aku berasa seperti bertepuk sebelah tangan saja. Aku tidak mengapa dengan perlakuan mereka yang seperti itu tetapi dalam masa yang sama,aku masih tetap mengharap. Inilah perempuan. Kalau sudah degil dengan rasa,memang rasa itu saja yang diikutkan walaupun tahu hal itu akan menghiris hati.



Memang sama. Dua-duanya punya persamaan. Membalas pesanku sekadar menjawab pertanyaan yang aku hulurkan. Satu aku tanya,satu jugalah yang dijawabnya. Tapi aku masih tetap rasa gembira kerana dia sudi membalas pesanku. Tetapi sekarang,dua-duanya seperti tidak lagi sudi. Pesanku tidak berbalas. Cuma itu yang dapat menghubungkan aku dengan mereka tetapi mereka seolah-olah ingin melenyapkan aku dari pandangan minda dan jiwa. Mungkin tidak berkenan dengan aku.

Yang satu,mungkin aku faham mengapa. Dia juga sekadar teman baru aku kenali. Jika cuma aku yang mengenali hatinya sebaliknya dia tidak ingin pun memandang ke arah aku,tidak mengapa. Tetapi yang seorang lagi. Mengapa pun aku tidak mengerti. Dulu dia seperti berusaha untuk mendapatkan aku tetapi kerana kesetiaan yang menjadi pegangan orang-orang bercinta jugalah yang meranapkan impian orang lain yang ingin bercinta. Masa itu,aku masih terlalu lurus dan tidak menyedarinya. Sekarang,agaknya hati dia sudah dicuri orang. Terus terang,aku menyesal.



Hari silih berganti,bulan terus menyulam selangnya..perasaan ini juga seakan bertukar ganti. Sepertinya hati aku sebentar berpaling pada seorang penyanyi muda. Bila rasa padanya hilang,aku tukar lagi pada seorang deejay mungkin kali ini. Itu terus menerus berlaku sehingga ke hari ini. Aku cuba menghubungi teman sejantina,Judith,aku luah rasa aku. Pada awalnya,aku menganggap itu cuma sekadar rasa obses dan kerana aku kesepian,aku berbuat begitu. Hati aku tidak tetap. Dia seperti sudah lama tahu dan berkata kepadaku bahawa aku sebenarnya sedang mencari seseorang yang benar-benar menyayangi aku seperti mana yang aku inginkan daan idamkan. Aku berbuat sebegitu kerana aku cuba untuk mengisi kekosongan hati,dan cuma untuk keseronokan sementara. Terima kasih kerana memberitahu aku itulah yang sebenarnya dan memasang rasa lega di hatiku. Tetapi benar,aku kini masih rasa kosong..

Dan aku masih menunggu orang yang benar itu datang kepada aku..


  • Share:

You Might Also Like

4 67 komplen

  1. akan ada seseorang untuk EPPY kay? cuma masanya belum tahu biler... cepat akan lambat... In shaa Allah akak doakan...

    kadang-kadang sesuatu yang terbaik tuh bukan dalam sekelip mata jer kita nak dapat... mungkin makan masa dan jodoh itu rahsia Allah...kita tak tau bila, di mana dan siapa... be strong ek adik...

    BalasPadam
  2. @F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A thanks kak.btw,sy muda lagilah.kalau diikutkan,mmg tak yah risau hal tu dulu. tapi yelah,sy tulis ni pun sekadar meluahkan yang terbuku di hati,nak nangis pon,tak dak bahu tempat menyandar.hihi. :)

    BalasPadam
  3. sabar je lah eppy....patah tumbuh ilang berganti bak kata org2 tua...kalau dah jodoh takkan lari gunung dikejar bak kata org2 tua juga...#kertu

    BalasPadam
  4. @Hatimi Tahirruddin haha..yelah..tak pe..tak de masa ni pon tak pe.. :)

    BalasPadam