Nenekku,Ibuku Jua..
Assalam :)
Mood masih sedih. Kepala pun pening-pening. Entah nape tah. Tapi yang pastinya,setiap kali aku balik dari kampung,aku pasti menangis. Walaupun aku tak nak. Entah kenapa,perasaan nak menangis tu tersangat lah kuat sampaikan 1m melangkah keluar dari rumah nenek sehinggalah sampai ke rumah,aku akan menangis.
Perkara ni dah berlaku sejak aku kecil lagi. Sejak keluarga aku tinggal agak berdekatan dengan rumah nenekku,sebelah ibu di kampung. Dulu,bapaku bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah berdekatan kampung nenek. Pada waktu itu,kami tinggal di quarters guru.Sekarang,keluarga aku dah berpindah ke kampung nenek sebelah bapa. Jadi,sekali sekala,aku dan mak pergi melawat dan tinggal bersama nenek di kampung. Bapa kadang kala ikut,kadang kala tak.
Tapi yang menjadi masalahnya,aku selalu saja menangis bila sampai masa nak balik ke rumah sendiri. Ini penyakit yang agak ganjil sebab setahu aku,adik-adik ku yang lain tak pernah mengalami masalah seperti ini. Perasaan itu seperti rasa kerinduan yang teramat sangat. Dan rasa seperti tidak mahu meninggalkan. Susah untuk diperjelaskan tetapi aku kira kurang lebih begitulah.
Semakin aku dewasa,aku fikir itu mungkin kerana aku budak-budak. Tetapi masih juga berlarutan. Bila aku sudah melepasi tahap budak-remaja,dan ia masih berlaku..aku semakin hairan,dan aku semakin ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku. Pasti ada perkaitannya sama ibuku dan orang-orang di dalam rumah nenek aku itu.
Tiba-tiba,satu hari..di mana pada waktu itu.aku sudah lupa semua itu..maksud aku,aku sudah tak mngalami masalah itu lagi sebab sudah agak lama dari tempoh aku balik ke rumah sendiri..Ibuku sendiri buka mulut. Entah bagaimana,kami duduk bersama dan berbual mengenai aku yang sering menangis bila balik dari kampung. Jangan derhaka sama nenekmu,dia kata..kerana nenekmu ialah ibu susuan mu. Kalau dah namanya ibu susuan sekalipun,dia tetap ibumu jua. Kau kan anak sulung,biasalah..ibu masa tu belum keluar lagi air susu..jadi,ibu berikan kamu pada nenek untuk dia susukan..
Aku tidak pernah terfikir untuk bersedih atau marah sama ibu ku kerana memberikan aku kepada nenek untuk disusukan. Malah aku berfikir,andaikan baiknya kalau aku punya kakak-kakak dan abang-abang yang mana mereka ialah adik beradik mak ku. Ada 10 orang kesemuanya. Dengar cerita ibu ku juga,sebelum mak long aku dilahirkan,nenek pernah mengandung tetapi bayi yang pertama itu meninggal semasa dilahirkan.Kalau ditambah aku,pasti jadi 11 semuanya.Wah..Alangkah bagus dan besnya,tapi aku tahu,aku patut bersyukur dengan keadaan aku sekarang..Hehe~
Tapi aku masih tak puas hati..orang lain juga pasti pernah ada ibu susuan tapi tak berlaku pula perkara sebegitu..mungkin ada sesuatu yang lain di sebaliknya..wallahualam..
2 67 komplen
huhu patut lah ada chemistry camtu...
BalasPadam@Hatimi Tahirruddin yup..bukan setalat chemistry,tapi ada satu perasaan yang mendalam bila dia tangerine tinggalkan. em..
BalasPadam