Khamis, 3 Januari 2013

2013 : My Black Monday

Assalam :)

Pernah tak korang,yang bersekolah satu sesi saja tu,balik pukul 4 petang? Dari pukul 7 pagi di sekolah sampai 4 petang di sekolah? Pernah? Aku sudah semestinya tak pernah. Dan hari inilah pertama kalinya aku pernah.

Jadual padat sangat. Pagi tadi nasib baik tak ada perhimpunan. Lepas perhimpunan,rehat. Lepas rehat,sambung balik..sekolah tahun ni memang gila lah. Entah kenapa gila macam tu sekali. Penat. Penat. Penat. Entah. Memang gila.

Balik rumah,mandi,solat,tidur. Tak kesah lagi dah lepas Asar ke,lepas Zohor ke,bantai je tidur sebab penat yang teramat sangat. Baru hari Rabu. Balik pukul 3 hari ni. Ok lah. Lebih 50 minit dari masa biasa. Yang paling siksa nerakanya ialah hari Isnin. Sebab tulah namanya BLACK MONDAY.

Tak lama,kurus lah aku macam gini.
Parah.

Hari Isnin rasanya memang haram nak tengok semua orang yang ada kat sekolah bersemangat macam selalu. Kepala main lentok je atas meja. Yang cikgu,mengajar tak sampai separuh jalan. Semput. Memang betul pun. Last2,semua cikgu nak resign. Kami orang? Terbiar................................

Aku dah ada rasa nak belajar. Betul. Nak buat yang terbaik. Siap azam bikin kerja rumah siap tepat waktu. Tak nak jadi mesin fotostat dah. Aku yang ok-ok ni pun buat naya kat diri sendiri. Tak yah lah sebut orang lain. Masa tu sebab belum ada kesedaran. Sekarang ada wawasan baru. Sanggup lupakan azam turunkan berat badan. Tak guna dah semua tu. Yang penting,SPM aku straight A. Tak dapat semua A+ aku tak kisah. Yang penting,aku dapat semua A. Tapi kalau study punya lah tak smart macam ni,ah..Sedih la...

Sekarang ni bukan masalah aku malas ke tak malas. Yang kena stabil sekarang ialah isu jasmani dan mental. Kalau tak kuat iman,duduk rumah goyang kaki jelah. Nak stabil dengan environment baru yang jahanam ini,kena kuat jasmani mental. Budak sekolah lain tak lah seteruk macam ni waktu study nya,excel jugak. Sekali lagi,itu pun bukan masalah cikaro dan kumbang-kumbang sekolah aku. Yang jadi masalah ialah budaya. Culture kata omputeh.

Budaya belajar,budaya kekitaan memang hampeh. Budaya yang nak bergosip,nak tergedik terhegeh memang banyak. Tak yah cari dorang dah muncul depan mata. Cayalah. Cubalah bersungguh-sungguh belajar. Ni tak. Bergosip lebih. Belajar,tak jadi apa. Tin kosong semata.

Sebab tu sekolah kampung yang nampak jaguh ni tak pernah maju.
Tak pernah excel.
Masih di takuk lama.
Kesian cikgu.

Masalah yang satu lagi ni lagi lah celaka bunyinya. Budak ponteng kokurikulum. Cikgu lambat turun petang. Kalau setakat hal tu,tak yah lah sampai bagi naik petang baru nak balik rumah. Balik balik,penat saja dapat. Ilmu entah ke mana sebab tahan ngantuk di mata,penat si raga. Kualiti kerja tak ada. Bukan nak menyungut tetapi nak cakap buat sesuatu,fikir kesan dan akibat. Entah cukup tidak wang mak bapak,bukan makin menjimatkan,makin memewahkan belanja lagi lah ada. Cikgu-cikgu yang ada budak kecik,kena bayar lebih penjaga. Sekarang semua benda pasal duit. Duit. Duit.

Aku lebih rela turun petang daripada macam ni. Seriously. Rasa awkward sangat hidup ni.
Harap orang yang buatnya pun boleh tukar. Memang banyak kerja tapi inilah kenyataannya. Masa balik rumah mengalahkan orang kerja ofis.  Gila.

Kepada yang baru baca entri ni,memang harsh bahasanya walaupun kat luar,aku bukan macam tu. Yelah,kat mana lagi aku nak mencarut kalau bukan kat blog buruk kesayangan aku ni. Nak mencarut depan2? Tunggu kucing bertanduk,memang tak ah.

Esok buat lagi rutin sama. Haiih..

Kepada yang dah dapat tahu dan xplore banyak sal blog ni,diam dan buat-buat tak tahu saja. Memang akan terkejut dengan kenyataan yang dicoretkan tapi orang cakap barang yang lepas,jangan dikenang. Kalau dah tak kerap post kan pasal "sesuatu" yang kerap tu,especially cerita personal tu,memang hilanglah rasa tu. Aku ni mudah obses sikit. Lama-lama,memang bosan dah tak gemar lah. Faham?

K lah. Ada masa pulak singgah mengeluh sini. Ish2. Selamat malam.
Mungkin lepas ni,jarang nak update sebab homework menunggu tiap malam.
Even cuti. Huhu~

3 ulasan:

  1. niat ikhlas semasa belajar...
    boleh tahan jugak situasi kat sekolah awak ye
    bila baca post ni teringat balik alam persekolahan yg lebih kurang sama mcm ni...
    dulu pun sama jugak situasi yg saya alami masa tempuhi alam persekolahan...
    tapi bila sekarang dah tempuhi alam universiti, lagi bermcm-mcm cabaran malah lagi hebat jika dibandingkan dgn alam persekolahan...
    semua perlu dilakukan sendiri
    jadi nak taknak kena tempuhi semua ni dengan kuat
    percayalah bila dah habis sekolah dan masuk universiti akan teringat balik sekolah dan rasa mcm nak masuk balik sekolah...
    apa pun post ni best bila baca... :)

    BalasPadam
  2. transformers kuning3 Januari 2013 4:42 PTG

    ek?ktaorg tahun lepas camtu gak(bkn same skola la), rehat 1 jam je dari 130 sampai 230, pastu sambung balik klas petang nye sampai 430...hidup lagi ni...hihi

    BalasPadam
  3. muja dlu time zaman upsr, 7,45 hingga 1. 2-4 tambahan then mengaji pulak. malam tambahan lagi,,, tu upsr,,, spm tak nak tambah,, tak nak ingat,, ngeri. huhu,, sabar k.. tabah la :D

    BalasPadam