Penakut
Assalam :)
Hari yang ceria,dengan sinar mentari yang samar-samar dan angin dingin yang membuatkan diriku hampir membeku..sangat indah hari ini..terima kasih Ya Allah kerna masih membangunkan aku..Refleksi mode~
Ok,firstly thanks sebab buka entri yang tah apa2 ni.
Korang renung je,tak baca,aku salute kat korang.
Sebab korang rajin.
Stalk entry orang.
Perkara yang susah dibuat tu.
Terutamanya pada orang yang malas macam aku. :P
Aku pengawas. Pengawas sekolah. Tapi aku tak tahulah kalau aku layak jadi pengawas atau pun tak sebab bila cikgu HEM suruh angkat tangan,rasakan dirinya tak layak jadi pengawas,aku cuak pulak. Tapi bila buat pengakuan sorang diri macam ni,frank pulak aku. Aku pun hairan. Terlalu cuakkah aku?
Aku rasa aku telah lakukan satu kesalahan besar. Atau pun aku sedang menyelamatkan diri masa tu,aku pun tak tahu sebab aku belum belajar lagi taekwondo apa semua tu. Kalau pecah di mulut,memang perut aku pun pecah jugak rasanya.
Dah 3 tahun aku jadi pengawas,termasuk tahun ni,tapi cikgu tetap gak nak membebel kat pengawas.
Sebab tak kerja betul-betul.
Sebab budak biasa yang buat laporan kat cikgu.
Sebab budak biasa yang kritik pengawas tak betul.
Memang betul lah.
Satu hari,aku ni jaguh sikit kalau nak masuk competition. So,aku join pemilihan olahraga sekolah. Aku atlet jalan kaki. Untuk rumah sukan saja lah. Kalau keluar sekolah memang memey ah. Selalu dapat tempat ke 4 atau ke 5 daripada 6 orang peserta. Tak malu kan ngaku atlet? Biasalah aku. Memang mengada sikit kalau masuk bab-bab yang macam gini. Masa PJK,boleh pulak orang ke 2 yang sampai dulu berlari jarak jauh. Dahsyat~
So,berbalik kepada cerita asal. Aku kan pengawas. Mention lagi~ So,ceritanya bukan masa pemilihan olahraga. Tapi masa bila aku balik dari pemilihan olahraga tu. Saja nak bagi saspen pembaca. Haha. Tak kelakar ok? Ada beberapa ekor budak lain yang sama balik dengan aku. Ada seorang pempuan tu. Hok aloh.
Tak macam perempuan.
Duduk terkangkang~
Mulut pok-pek-pok-pek.
PALING BANGANGNYA.
Minta duit nak beli reload dari aku.
Aku apalagi..
Diam jelah.
Cakap takda duit.
Habis cerita.
Dia terus mintak lagi. Tak tahan jugak aku. Aku senyum je,buat-buat tak layan. Rasanya dia mengalah jugak time tu. Tapi lepas tu lagi teruk aku rasa. Mula pulak dia cakap mengarut. Lagi nayanya,bila dia buka cerita pasal pil-pil ni. Aku rasa,time tu dia memang "HIGH". Dia siap bagi tawaran kat aku,nak beli benda alah tu ke tak? Aku cakap;
"Hey kamonlah..aku tak layan ah menda alah tu..aku tak layan,"
Padahal kalau ditranslate ke bahasa sebenar perbualan masa tu,macam ni je jawabnya;
"Sory lah,saya tak nak. Terima kasih lah ek,"
Amboi sopan molek~ Huh.
Dia terus cakap lagi,"Bagi jelah RM10 kat aku,aku belikan untuk engkau. Yang terbaik dari ladang punya. Yang jenis "Royale",memang fuh..lebur lah kalau kau makan,". Oh,informatif jugak kau ni yek pasal benda macam ni. Kalau pelajaran,memang bebal otak kau. Tapi aku tetap tak nak. Dalam hati pulak cakap macam ni,"Oh,kau minta duit nak beli reload,tapi nanti bukannya nak buat beli reload sebenarnya,kau nak beli benda tu. Dah lah mahal. Sepeket baru 4-5 bijik. Bagus aku beli buku," Al-maklumlah,aku ni gila beli buku saja tapi bacanya tak.
Aku tak nak jugak. Last-last dia mengalah. Angel vs Demon lah kiranya ni. Tapi aku ni terlalu baik hati,aku bayarkan jugak tambang balik untuk dia. Setakat 50$,edeh! Aku tak nak berkira sangat.
So,for the rest of the day,aku tahu dia buat kerja macam tu tapi kenapa aku tak nak lapor kat lembaga pengawas?
Ah,lembaga pengawas sekolah aku bersidang 1 kali setahun.
Betapa tak effisiennya management tahun lepas.
Dengan ketuanya.
Bagi aku lah,aku tengok secara mata kasar.
Ada sikit mata hati.
Ketua yang macam luarannya saja macam The Next Imam Muda
Tapi dalaman macam tak ok.
Tapi cikgu semua say ok.
Aku pun ok sajalah.
Aku tak lapor. Sampai sekarang ni pun aku tertanya-tanya,aku sedang menyelamatkan reputasi diri aku sendiri atau aku merosakkan reputasi masyarakat sekeliling aku kerana orang yang macam perempuan tadi.
Kalau aku,jaga reputasi.
Kalau dia,bukan reputasi masyarakat saja.
Tapi juga moral,nilai kemanusiaan.
Segala yang positif.
Menyelamatkan reputasi aku sebab aku masih mahu dipandang orang sekeliling sebagai orang yang supportive,baik hati tak bertempat dan membenarkan semua yang orang lain lakukan padahal itu adalah sesuatu yang salah. Aku masih takut untuk berdepan dengan kutukan-kutukan bahawa aku ini bossy dan tidak membiarkan darah muda mereka mengalir dengan aman. Cuak untuk menegakkan keadilan. Kesimpulannya,aku penakut.
Merosakkan reputasi masyarakat sekeliling sebab aku mengizinkan sesuatu keharaman berlaku. Evil is spreading. Kalau satu virus kecik saja menyerang,semua sistem akan lumpuh. Macam itulah. Kesimpulannya,aku selfish.
So,what I'm gonna do now? Aku masih berfikir.
Apa aku harus berubah?
Ya,demi ke arah kebaikan.
Apa aku harus begini saja?
Tak,aku mesti berubah.
Tapi bagaimana?
Itulah yang masih aku fikirkan sampai sekarang~
Sekolah cuma satu tahun saja lagi.
Dalam masa 11 bulan ini,aku harus buat sekurang-kurangnya satu aduan.
Kalau tidak dengan mulut,mata pena lebih berkuasa daripada mulut yang berbisa.
Dekat surat tu,akan tertulis,
Yang benar,
Anonymous.
Dengan itu,mungkin aku bukan lagi penakut.
Dah macam lagu Yuna bunyinya~
6 67 komplen
tulis je dengan mata pena,, selamatkan dia daripada merosakkan diri sendiri dan orang lain,, and selamatkan diri sendiri di akhirat daripada hukuman tidak melakukan tugas yang diberi,, in sya ALLAH berkat,, amiin,, good luck!! :D
BalasPadamya tuhan! sesungguhnya saya telah menemui doppelganger personaliti saya! kenapa oh kenapa ceritera hidup kita hampir serupa..?berdasarkan coretan2 anda,sesungguhnya 80% daripadanya adalah serupa dengan kisah hidup saya...hi my doppelganger, i hope we could meet face to face one day :D
BalasPadam@Nurmujahidah Ismail insya-allah,doakan saja..amiin..
BalasPadam@transformers kuning nampaknya sy kena google dulu lah makna doppelganger tu sebab english high-high ni..ehek..tak reti siket..btw,thanks and hye! semoga dpt jmpa face 2 face.skrg msih bwh ketiak mak,tgu msuk u nanti,boleh lh kot. :)
hehe kdg2 fikir apa yg kita mampu buat je dulu...misalnya kalau mampu report polis...kalau tak mampu report cikgu dulu....kalau tak mampu jugak cuba je jauhi mereka2 ni...
BalasPadammaksud doppelganger tu sbnrnya lebih menjurus ke arah negatif, tapi kita ambik bab2 yang positif je la ek..ia lbh kurang sama dgn klon jgak la,,tp ia kontra dr sifat...tp bab doppelganger yg sy maksudkan d sini ialah persamaan personaliti...bukan physically...(cewah!dh pepandai ubah maksud pkataan dan istilah plak)
BalasPadamsmoga kta dpertemukan nanti :)
@Hatimi Tahirruddin insya-allah.. untuk polis,biarlah cikgu yang uruskan.biarlah lporn buat kt prgkt cikgu dulu. kalau dh smpai sy sndri yg bdepn bhya,brulh sy akn buat lporn polis. stkt ni,dia tak mngncm kselmtn sy. its ok lh. tak nak bg keruhkn keadaan yg boleh settle melalui sekolah sj. :)
BalasPadam@transformers kuning owh..gitu,mcm dr.jekyll n mr hyde lh ni? cuma mr hyde ni huduh. haha. ok,personaliti sma jer. ni mesti minat hijau ni.
doa-doakn sja smoga dpt jumpa face 2 face. :)