Pertandingan Lagu Puisi Peringkat Bahagian Samarahan 2011

By Eppy Ismail - 4:35 PTG

       Pada 28 April yang lalu,SMK Gedong telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Lagu Dan Puisi Peringkat Bahagian Samarahan bagi tahun 2011. Pada tahun ini,terdapat sepuluh buah sekolah menengah seluruh Samarahan telah menyertai pertandingan ini. Antaranya ialah SMK Asajaya No.2,SMK Gedong,SMK Serian,SMK Kota Samarahan,SMK Muara Tuang,SMK Wira Penrissen,SMK Sri Sadong,SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud,SMK Balai Ringin dan SMK Simunjan No. 2. Buat kali yang ketiga berturut-turut,SMK Gedong iaitu tuan rumah telah sekali lagi menjadi juara dengan membawa lagu yang menjadi tuah buat tahun sebelumnya iaitu "BERPADU DALAM SATU". Pada tahun ini,pasukan ini dianggotai oleh Nur Afifah Ismail (pemuisi dan vokalis),Siti Rahmah Alim(gamelan dan vokalis),Rio Mixson Aliew(conga),Fadzrulishah(pemain gitar bass),Guinise Thian(percussions) dan Awang Badulnizam(pemain gitar lead).Lagu 'Berpadu Dalam Satu' ini juga telah memenangi Anugerah Nyanyian Terbaik oleh pihak juri manakala puisi yang bertajuk "Bisikan Kota Cinta" yang dibawa oleh SMK Sri Sadong telah memenangi Anugerah Puisi Terbaik. Guru pembimbing,En. Mohd. Denny Da'il ketika ditemu bual sidang redaksi majalah SMK Gedong,Mutiara berkata lagu tersebut dibawa sekali lagi pada tahun ini kerana ia tidak dibawa hingga ke peringkat negeri pada tahun lepas.
      Manakala penyandang tempat kedua ialah SMK Kota Samarahan,tempat ketiga disandang oleh SMK Muara Tuang,keempat diduduki oleh SMK Wira Penrissen dan tempat kelima iaitu SMK Sri Sadong. Pasukan Lagu Puisi SMKG telah meneruskan perjuangannya hingga ke peringkat negeri di Sarikei pada 18 dan 19 Mei yang lalu,namun nasib tidak menyebelahi mereka. Walau apa pun,tahniah diucapkan kepada Pasukan Lagu Puisi SMKG 2011. Semoga semakin berjaya pada tahun-tahun yang akan datang.


wajah penyanyi-penyanyi SMKG

sebelum keputusan diumumkan,peserta seakan menyerah kerana 
persaingan yg sgt sengit dari sekolah-sekolah lain

Dari kiri : C. Mohd. Denny Da'il,Rio Mixson,Fadzrulishah,Nur Afifah,Siti Rahmah,
Guinise Thian,Awg Badulnizam dan C. Anna

Tersenyum pula gara2 diusik oleh jurukamera,Zikra

Buat kenangan sebelum persaraan Rahmah daripada arena lagu puisi

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen