Come On! It's A Hits,Sex Appeal Free.

By Eppy Ismail - 4:04 PG

Assalamualaikum. :)

Well,well,well. English aku tunggang langgang kan,kot ye pun nak tulis entri dalam English,tajuk biar gempak,bebas typo dan grammatical error. Jangan risau,tajuk je English. Hehehe.

Nak kasi tahulah ni,pada suatu malam yang krik-krik,aku melayan lah perasaan bosan. Jadi,aku bukalah siaran tv. Bila aku dalam keadaan yang sebegitu rupa,baru aku faham perasaan orang yang cakap tv zaman sekarang bosan sebab hanya ada dua  jenis program yang stesen tv tempatan tayang ; 1) siaran ulangan 2) cerita Melayu yang bosan tahap gaban. Mungkin lebih daripada dua tapi aku malaslah nak ulas panjang-panjang. Nanti kena saman sebab banyak cakap. Tapi entah kenapa,tiba-tiba,semasa aku melewati pertukaran siaran yang membuatkan aku hampir berputus asa,aku terlekat dekat satu cerita omputih ni. Aku memang pernah tengok cerita ni. Dulu aku minat hero nya. Masa tu,aku kecik lagi,zaman aku masih tulis diari bengong-bengong. Sekarang pun masih,bezanya dulu tulis dalam buku,sekarang tulis dalam blog. Haha.

Tajuknya ialah The X-Files. Season 1. Wasehh. Macam best. Aku layankan juga sebab mata rasa masih ringan lagi. Lama-lama aku asyik tengok. Addictive juga dibuatnya. Biarpun aku ni bukanlah jenis yang suka sains fiksyen atau cerita-cerita pasal alien atau history Roswell gitu,tapi X-Files wins. Bukan #LoveWins,okay?

Bagi yang tak tahu cerita pasal X-Files ni,cerita dia pasal dua orang special agents,Agent Mulder dan Agent Scully, yang ditugaskan untuk menyelesaikan kes-kes yang dikategorikan sebagai X-Files. Kes-kes dalam kategori fail ni adalah kes yang luar biasa dan tak dapat diselesaikan dengan kaedah konvensional tapi pihak FBI nak juga selesaikan dalam kaedah tu dan nakkan final report yang logik di akal orang biasa. Sah-sahlah tak boleh siasat,umpama menegakkan benang yang basah a.k.a bengong.  *Ni ayat Scully. Yang lain-lain tu,tengoklah sendiri. Tak shiokk kalau aku bagitahu semua.

Tapi itu bukanlah isi utama entri aku. Itu baru mukadimah. Haha. Untuk makluman semua,X-Files ni ada 9 musim kesemuanya dan ada 2 movie dan pernah jadi phenomenal TV Show suatu masa dahulu. Pakcik makcik yang dah tua pun tahu cerita tu. Kau rasa? Jadi,berbalik kepada cerita asal. Aku pun pernah terfikir. Kenapa X-Files ni boleh jadi hits sedangkan hero heroin tak seksi pun. Pelakon yang lain pun tak seksi. Pakaian kemas formal cantik. Fuhh. Sedap mata memandang. Kalau dibandingkan dengan CSI,Lost,mesti ada je perempuan lalu lalang guna bikini. Hits tu memanglah hits tapi..agaknya zaman sekarang,sex appeal tu macam ajinomoto kot,kalau tak ada,tawar hambar cerita.

Sebab tu aku cakap cerita zaman dulu power. Salah satu contohnya ialah X-Files. Itu kisah zaman 90’s. Apa lagi zaman 80,70’s? Contoh lain ialah The Cosby Show,Mork & Mindy,MacGyver,The A-Team,The Golden Girls,Happy Days. Overall,komedi show pada zaman ini lebih gempak dan menghiburkan hati daripada komedi show sekarang yang lebih kepada komedi perumpamaan. What most important is,obviously zaman ni,sapa yang kisah sangat pasal sex appeal dan outfit seksi? Gosh. Pffft.

Part yang paling interesting ialah kalau cerita crime dan sains fiksyen macam X-Files,bukan saja execution jalan cerita yang exhilarating,tapi juga setiap dialog dan info untuk audience sangat dititikberatkan. Contohnya lah kan,boleh-boleh info pasal feromon keluar masa dorang tengah borak-borak santai pasal kes yang mereka nak selesaikan dalam ofis. Aku ketika tu rasa macam “Woosh,feromon! Benda yang aku belajar masa lecture Bio Miss Christha,” Bapak excited sebab dah tahu. Bayangkan,aku rasa budak-budak Western dah belajar benda tu masa high school lagi kot,tapi bila ilmu sebanyak tiga suku kata tu applied dalam movie,worldwidely. Holy crap. Satu dunia boleh jadi pakar zoology,at least dengan mengetahui salah satu hormon dalam badan haiwan yang menarik pasangan sesama spesis untuk mating,which is feromon. Wow,thanks to Miss Christha untuk ilmu baru,special thanks to X-Files sebab kukuhkan ingatan. Haha.

Well,sebab tu aku adore western in their creativity and effort to give beneficial knowledge to mankind through movies and TV shows despite of lambakan element sex appeal. Kalau pun pelakon yang holy hell handsome dan cantik gorgeous hot medess tu pandai berlakon dan bawa watak,it should be okay,the story will be nice enough. But somehow,aku nak juga tengok cerita Melayu kita sampai ke tahap yang macam itu. Satu hari nanti kot. Husnuzon.

Much love,
@imsopipahhh xoxo

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen