Sabtu, 23 Mei 2015

Mengatasi Conflict of Interest

Assalamualaikum. ;)

Blog aku masih dalam construction. Jadi,kalau ada link yang tidak nampak di mata,sila hover-hoverkan mouse anda di mana-mana,nanti akan keluar link yang rainbow-rainbow tertera perkataan yang anda nak masuk atau tak. Tak faham? Hmm. Takpelah.

First of all,sebab di usia ini,seseorang akan mula memilih jalan untuk masa depan. Sama ada nak sambung belajar,bekerja atau berkahwin. Tapi kebiasaannya conflict of interest ini pasti pasti dan pasti akan melibatkan ibu bapa. Disebabkan ibu bapa,kadang-kadang kita rasa serba salah untuk membuat keputusan kan? Diluah mati emak,ditelan mati bapak (betul ke?)  Kalau kita buat keputusan yang menentang kehendak parents,mesti mereka tersinggung,katanya sebab mereka nakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. 

Tapi hal ini ada jalan penyelesaiannya. Untuk aku yang sememangnya memiliki kehendak dan minat yang bertentangan dengan kehendak ibu bapa,pasti sukar untuk aku memilih jalan sendiri. Aku minat sastera dan pengacaraan,ibu bapa aku pula berkeinginan untuk aku menceburi bidang sains dan teknologi. Bagi aku,memang bukan sesuatu yang mudah kerana aku harus berusaha beratus-ratus kali ganda untuk menyamakan diri aku dengan pelajar yang memang meminati sains dan teknologi. 

Tapi adakah ini bermakna aku harus menyerah kalah dengan pilihan aku sendiri? Tidak. Mengapa harus kau menyerah kalah dengan pilihan kau sendiri,yang telah kau tanamkan minat bertahun-tahun? Apa yang aku lakukan dalam situasi begini adalah mengamalkan situasi win-win. Aku mengikut kehendak ibu bapa aku,untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan teknologi. Tapi dalam pada masa yang sama,aku mengembangkan lagi minat aku terhadap penulisan sajak,lirik dan cerita. Aku tebalkan muka untuk pm penulis novel dan bertanya tentang teknik membina cerita. Terima kasih Pn. Dayang Noor,penulis novel Jerat,Tabu,Samar dan Hilang ini,kerana telah berkongsi ilmu yang aku kira tak mungkin boleh didapatkan di mana-mana. Sehingga sekarang,aku masih aktif menulis.

Aku belajar juga sains. Yang aku kira bukan kebolehan sebenar aku. Tapi aku positif dengan setiap pilihan. Tidak salah untuk aku menimba ilmu kerana ia ilmu. Timbulkan rasa bertuah dalam diri kerana tidak semua orang mempunyai peluang untuk belajar. Lebih-lebih lagi jika niat mereka murni. Ingin mengubah nasib diri dan keluarga. Jadi aku teruskan saja. Bagi aku,tidak salah. Sekarang,aku hidup lebih berfokus dan memandang ke depan. Dari dulu,sejak impian untuk menjadi doktor terkubur,aku menanam azam baru. Untuk menjadi seorang jururawat berjaya. Setiap fasa,aku tidak mengubah pilihan aku. Jururawat sentiasa di pilihan pertama. Walaupun orang cakap aku semakin jauh dengan pilihan itu,tapi aku tetap gagahkan juga dengan pilihan itu kerana aku tahu,setiap kerja keras pasti akan dibalas dengan balasan yang setimpal. Tapi kalau berlaku sebaliknya,aku kira di sebaliknya mungkin ada hikmah. :)

Menangis? Oh ya,memang pernah. Pernah menyalahkan diri sendiri dan ibu bapa. Tapi aku pantas membuang segala-galanya yang negatif tentang ibu bapaku kerana ia bukan salah mereka. Tidak adil untuk aku menyalahkan mereka kerana mereka lebih berpengalaman dan memahami situasi semasa. Mungkin ada maslaah dari segi financial state,atau kekangan yang lain yang aku tidak ketahui. Jadi sebagai seorang anak sulung,pengorbanan itu memang sangat-sangat perlu. Backup plan juga perlu. Haha.  

Perancangan masa depan. Masa depan yang aku ingin sekarang adalah lepas Degree,aku ingin melanjutkan pelajaran di Sungkyunkwan University,Korea. Mengapa Korea? Ooohaha,ingin sekali ditegaskan di sini,bukanlah sebab K-Pop atau apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya. Tetapi disebabkan impian aku untuk meneruskan pelajaran di luar negara yang terbantut di peringkat degree. Di Korea,kerana aku ingin sekali mengembara. Ya! Travel. Jadi aku kira sebarang komitmen dengan sesiapa adalah strongly prohibited. No strings attached. :)

Jadi,ada junior yang tanya aku. Macam mana kalau saya tak dapat medic,kak? Macam kalau bla bla bla. Apa yang aku nasihatkan kepada mereka adalah kejar apa yang nampak di hadapan dan genggam elok-elok. Misalnya,sekarang mereka sedang belajar di peringkat asasi. Capai kecemerlangan dalam asasi atau yang setaraf dengannya. Jangan terlalu risau dengan kelayakan,atau syarat atau apa sahaja kerana ia boleh membantutkan semangat untuk belajar. Prospek masa depan boleh berubah,syarat boleh berubah,tapi apa yang kamu capai tidak akan berubah. Dengarlah,tidak rugi untuk belajar. Kalau tidak ditakdirkan untuk medic,mungkin suatu hari nanti Tuhan akan bukakan hati untuk sesuatu yang lebih baik untuk kita. Mana tahu,kan? 

Yang penting,usaha,doa tawakal. InsyaAllah,boleh. :')


1 ulasan:

  1. Apa-apa pun, good luck sis.

    By the way, jadi cikgu sik mok ka? Heheh.

    BalasPadam