Sabtu, 16 Mei 2015

Warkah untuk Pensyarah Bahagian 1

Assalamualaikum :)

Ke hadapan pensyarah asasiku,
  
Semasa aku menulis entri ini,aku masih berada di asasi. Ya,menunggu detik tiga minggu untuk berlalu,tamatlah hikayat hidup sebagai pelajar Asasi Unimas Batch Kelima. Semakin hari,perasaan ini tidak seperti dulu,sejujurnya aku katakan. Kalau dulu,menunggu setiap saat untuk menghabiskan sisa-sisa perjuangan di sini terasa sungguh lama. Sungguh memenatkan dan menjerihkan. Tapi,semua itulah yang mengisi erti sebenar hidup seorang pelajar. Memori yang ada tak mungkin kita lupakan. Akan kekal abadi dalam ingatan,sungguh. Warkah ini juga akan ku postkan khas pada hari guru,16 Mei. Memetik kata ayahku,hari-hari adalah hari ibu,hari-hari jugalah hari guru. Apalah makna kehidupan jika nilai menghargai ditinggalkan walaupun sehari.

Pensyarah pertama yang amat ku hargai,Sir Mohd Alhafiizh Zailani,

Pada hari pertama MAP,aku telah ditempatkan dalam kumpulan mentor mentee. Aku cuma mendengar nama tanpa melihat perwatakan sir. Tidak sekalipun berjumpa sehinggalah perjumpaan Ko-K yang pertama. Semakin lama aku hidup dalam komuniti mentor mentee kita,aku menyedari bahawa aku adalah antara insan yang sangat bertuah kerana mendapat mentor yang saling tak tumpah seperti ayahanda kami sendiri. Maafkan aku andaikan terlalu sering aku menangis di hadapan ayahanda. Semua itu berlaku secara spontan kerana kadang-kadang perasaan sebak tak dapat ditahan.

Maaf. Semua yang aku katakan adalah benar. Dilema dalam hidup. Sememangnya semua benda yang berlaku dalam hidup ini tak mungkin boleh dikongsikan dengan semua orang,tapi aku ingin berterima kasih kerana telah memberiku banyak dorongan dan nasihat yang sangat berguna. Tak lupa juga panduan supaya aku tak tersilap langkah,walaupun sudah terlajak ke UNIMAS,tetapi hikmahnya tetap ada. Antaranya ialah dapat mentor yang sangat baik hati dan penyayang dan prihatin. Kawan-kawan mentee yang lain juga. Ayahanda Alhafiizh yang terbaik. Ayahanda (dengan izin),semoga sentiasa bersemangat untuk mengajar junior-junior yang akan datang. Jangan putus asa. Kadang-kadang,tak semua benda melepasi jangkaan kita tapi kita harus berhusnuzon dengan rancangan Allah. Yang penting,semua usaha dan keringat sudah dikerah sepenuh,tiada apa yang perlu dirisaukan dan dirasabersalahkan. Haa. Hehe. 

Kepada pensyarah Biologiku,(Sir Amin,Sir Razif,Sir Ikhwan,Sir Fhaizal,Sir Ridwan,Miss Roberta,Miss Christha,Mdm Rohaiza),

Pertama sekali aku ingin meminta maaf kerana dalam kedua-dua midsem aku gagal untuk lulus. (Serius?) Tak,midsem sem 1 sahaja. Haha. Gurau-gurau. Midsem pertama aku gagal dan terpaksa masuk kelas intensif. Satu perkara yang sangat aku kagumi ketika memasuki asasi ini adalah keazaman para pensyarahnya yang sanggup mengadakan kelas intensif. Walaupun kadang-kadang banyak tugas lain yang perlu dilakukan,kelas intensif tetap diadakan agar para pelajar tidak kecundang buat kali kedua. Pelajar asasi patut berasa beruntung kerana mendapat kalian sebagai tenaga pengajar. Sir Amin dengan kisah-kisah teladannya yang lucu dan sering membuat aku dan kawan-kawan ketawa sepanjang kuliah,sir Razif yang sering memberi info-info tambahan yang menarik,yang tidak pernah pun pelajar ambil tahu,tak lupa,ada Pop Quiz yang tak dijangka (emoji mengeluh) Haha. Sir Ikhwan juga. Dengan gaya selambanya,ditambah pula dengan sarkastik pedasnya yang kadang-kadang membuatkan student ouch #deep,Sir Fhaizal dengan lawak internationalnya,yang mengambil masa 5 saat setelah lawak dilakukan barulah student ketawa. Dia menggelar kami “moist”,kami menggelarnya lawak hambar dan ketawa atas sebab satu : memang tak lawak pun,dua : kalau lawak pun,saja nak gelak sebab tengok renungan dia macam tunggu kami ketawa. Haha. Sir Ridwan juga,yang jadi pujaan ramai student perempuan dan bila dia gelak,student perempuan mesti gelak sama entah hape hape,Miss Roberta dengan gaya jalan modelnya. Aku ingat lagi,dia selalu pakai wedges oren dengan baju kebaya moden warna hijau corak pua kumbu,selalu bagi nasihat dan hint untuk sesi PBL yang seterusnya sampaikan PBL mates,Amir Asyraf merapu tak tentu pasal sebab dah tak tahu nak cakap pasal apa. Berlaku masa PBL Evolution. Menipulah. Every PBL Session pun Amir merapu. Miss Christha yang cantik sporty dan makin hari makin tegas. Aku suka potongan rambut Miss yang baru,square paras bahu,yang suka suruh student salin apa dia cakap walaupun lajunya 200km/h. Bila dia tanya am I too fast?,student pun jawab no sebab masing-masing mengantuk dan perut dah lapar nak makan. Tak lupa Mdm Rohaiza yang dulu sem 1 baca slide,sejak sem 2,dah pandai buat lawak. Kalau bawang dah habis kat dapur,bagitahu kat mak,”Mak,allium cepa dah habis,”. Lately,madam pakai contact lens. Patutlah mata nampak macam kartun anime. Cantik mata madam. Thanks,my Biology Lecturers.

Kepada pensyarah Kimiaku (Sir Mohd Alhafiizh,Sir Abdul Al-Hafiz,Sir Dhana Jay,Sir Chieng,Dr.Melody,Miss Sharifah Mona,Miss Sharifatun Handayani,Madam Wan Roslina)

Sejak aku masuk ke asasi,Kimia adalah salah satu subjek kegemaranku. Waktu paling best adalah bila study chemistry bila tak lama lagi nak exam. Aku akan sedaya upaya selesaikan semua soalan tutorial dan perasan bahawa aku terer chemistry padahal satu soalan tukar density ambil masa setengah jam untuk selesaikan. Tapi walaubagaimana keras sekalipun usaha untuk mencelikkan diri dalam subjek Kimia ini,ternyata dalam setiap ujian final aku hanya layak mendapat B-. Aku sangat sedih sebab tidak mencapai target minimum B sebab aku inginkan jurusan nursing untuk kemasukan ke degree. Tapi tak mengapa,itu semua belakang kira sebab aku sangat bersyukur dapat pensyarah yang sangat arif dalam Kimia dan sangat arif dalam tolong memahamkan student. First appreciation tentulah kepada mentor ku sendiri,Sir Alhafiizh,yang sangat teliti dan teknikal terutamanya dari segi penulisan simbol dan formula kerana menurut pakar Kimia yang cerewet ini,markah akan ditolak jika tak ikut apa yang dia cakap. Sir Dhana Jay pun sama tapi dia ni agak lembut sikit cara penyampaiannya tapi tetap mendatangkan kegerunan dalam kalangan pelajar. Dia juga pernah mengadu mengapa bas UNIMAS yang baru berwarna ungu. Mengapa sama macam warna bas yang satu lagi? Mukadimahnya tidak pernah mengecewakan. Sir,sorry juga sebab selalu tidur dalam kelas. Turut terlibat sama dalam skandal pakar Kimia ini adalah Sir Abdul Al-Hafiz. Sir suka post gambar makanan dalam instagram sampaikan kengkadang aku terpaksa curi-curi stalk sebab nak tengok makanan pelik2 yang nampak sedap. Dulu dalam kelas,sebelum aku tertidur,aku  selalu bayangkan orang yang mengajar di depan aku adalah seorang pembaca berita TV3 sebab bila diamati betul,memang ada ciri2 suara Kamarudin Mape. Sir,sorry juga dulu sebab tak fokus dalam kelas. Asyik nak tidur je. Sir Chieng pernah ajar masa mula-mula masuk ASASI dulu. Dulu bebudak curious sangat sampai sir terangkan berkali-kali beza celcius dengan kelvin. Miss Mona ni,aku minat cara jalan dia. Waja,gagah,perkasa,berkarisma. Muka comel tapi kawan-kawan lelaki aku komen dia lagi sesuai tak pakai eyeliner. Nampak lagi lawa. Hehe. Miss Yani,pensyarah tutorial aku. Pernah satu hari,kengkawan tutorial maklumkan yang dia tak nak masuk tuto kalau semua tak siap tuto. Sampai hari ini aku tak tahu samada berita itu betul atau angin sepoi-sepoi saja. Minggu itu juga,aku berhempas pulas naik turun katil siapkan tutorial. Bila dia masuk tuto,tak ada benda hukum menghukum ouch mengouchh deep mengdeep pun yang berlaku. Semuanya macam air tenang. Tapi yang bagusnya dia ni,dia sangat sporting. Thanks miss,mula-mula masuk dulu kelas nampak hambar kan? Tapi dah lama-lama,jadi okay pula. Untuk Madam Ina,madam suka tanya-tanya. Selalu rasa insecure bila masuk kelas dia ni. Sebab aku ni slow sikit kalau nak jawab on the spot. Kalau bagi masa sehari,okay lah juga. Hehe. Tapi tak mengapa. Madam Ina pun power juga kalau mengajar. Fighting,Madam Ina! Thanks to all my Chemistry lecturers! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan