Jumaat, 22 Mei 2015

Bosan

Kerana bosan muncul bicara
Muncul bicara timbullah rasa

Timbul rasa terbitnya cinta
Terbitnya cinta jalin ikatan

Jalin ikatan mesra mesraan
Mesra mesraan datang dugaan

Datang dugaan wujud sengketa
Wujud sengketa berpisah haluan

Berpisah haluan tidak keruan
Sembuh keruan kembali bosan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan