Isnin, 6 Julai 2015

8 Peringatan "Berjarah" di Hari Raya

Assalamualaikum :)

Hello readers. Dalam kesibukan Ramadan yang kita sambut dengan penuh kesyukuran,mesti ramai yang dalam usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik kan? Alhamdulillah,kepada yang sudah menunjukkan perubahan positif itu,teruskan usaha. Semoga mendapat malam keberkatan,malam yang di nanti-nanti iaitu malam Lailatul Qadar. Amiin. Yeap. Hehe.

Puasa puasa jugak kan? Raya pun dah tak lama. Di sini,saya nak kongsikan sekeping gambar yang terdapat 8 peringatan dalam nada yang lucu tetapi ada betulnya yer anak-anak. Berjarah tu maksudnya menziarah. Kiranya ni nak mengunjungi rumah rakan-rakan ke,buah hati ke,sedara mara ke,saja nak jalan raya rumah orang sebab nak dapat duit raya ke,nak ngorat ke. Hehe. Cumanya peringatan ni dalam bahasa Sarawak,jadi sesiapa yang faham bahasa Sarawak,kompem tergelak baca. Tak terbahak-bahak pun,ketawa macam tersedak tu pun kira okayy lah..kan?


Biar saya translatekan satu-satu supaya semua orang faham. Okayy? 

  1. jangan naik bulu kat tuan rumah (betul ke?
  2. jangan main handphone (kau nak menziarah ke nak main handphone..raya setahun sekali beb) 
  3. jangan buat banyak loya buruk (mana tahu tuan rumah nak berjalan raya jugak)
  4. jangan sibuk nak tanya kek/biskut kawan tu buat ke beli (makan je)
  5. suara tu,kalau bercakap,slow sikit,jangan sampai ganggu orang rumah yang lain nak nengok tv
  6. jangan menggedik menggatal kat rumah orang
  7. sotong merah jangan dimakan sampai habis (ingat murah ke? bukan hidangan sepinggan untuk kau sorang)
  8. sapa yang bawak anak tu,jaga-jagakan anak elok-elok..jangan syiokk sangat berbual sampaikan air tertumpah dekat kapet tak tahu (mulut tuan rumah cakap takpe,tapi hati tuan rumah membara) INGAT TU!!! *ada tiga tanda seru,aku ikut jelah. hehe. ;)
Tu dia. Haaa. Hehe. Jadi,dengan ingatan tulus ikhlas itu tadi,saya terlebih dahulu ingin mengucapkan semoga tamat puasa kepada semua muslimin muslimat. Sapa yang tak habis puasa tu,ingat-ingatlah nak ganti sebelum puasa tahun depan start balek. Ucapan raya tu,dekat-dekat nak rayalah baru ucap,kayh? Eh,tetiba pulak ejaan gai di situ. Hehe.

Much love,
@imsopipahhh xoxo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan