Selasa, 12 November 2013

Sabun Boleh Hilangkan Kesan Darah dan Pen

Assalam :)

Mesti korang selama ni ingat sabun cuma boleh buat cuci-cuci badan je kan?
Buat cuci muka bila Safi Rania korang dah habis?

KAN,KAN,KAN?

Korang sebenarnya dah SILAP! 100% Silap.

Sebab apa? Tak kiralah sabun cap burung kakak tua ker,May ker,Dettol ke,Lux ker,Protex ke,macam-macam lagi lah. Sabun banyak gunanya.



Aku pun terkejut jugak. Mula-mulanya aku tak percaya fakta ni,tapi bila aku sendiri cuba. Ternyata sangat-sangat berkesan.

Sabun boleh hilangkan kesan darah dan ink pen pada baju. Caranya senang saja. Untuk darah,korang basahkan dengan air dulu pada kesan darah tu. Then,gosokkan sabun dekat kesan darah tu. Korang beruslah guna berus gigi ker..takkanlah nak guna berus gigi kan? Mestilah guna berus baju biasa. Dijamin akan hilang.


Sama jugak hal nya dengan kesan ink pen dekat baju. Tapi yang ni,korang jangan basahkan. Korang gosok je kuat-kuat dulu guna sabun. lepas tu korang gosok sekuat hati. Mesti hilang.

Aku dah cuba. Cayalah. Ekceli,tips ni cikgu kimia aku yang bagi. Dia ada reason nya kenapa hari tu tapi tak ingat lah pulak. Dia ada kaitan dengan pembentukan kekat,kehadiran ion magnesium or kalsium apa tah,tak ingat. Sebab,kalau guna detergen,tak hasilkan kekat,guna sabun ada kekat kalau buat dalam air liat. Yang ni korang tak faham pon tak pe. Tak penting.

Yang penting,kesan darah dan pen kat baju korang hilang!
Puas hati. Hahaha. Bes tak,bes tak?

Tips ni memang sangat berguna kalau korang sume ada anak-anak yang sangat kreatif dan suka menconteng kain baju sekolah dorang dengan garisan dan lukisan ekspresionisme dorang.


2 ulasan:

  1. salam...singgah sini n follow...

    betul tu dik, akak pun selalu gak guna sabun tuk cuci esp kesan pen or darah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan,akak? btw,thanks,jenguk lh blog sy selalu. :)

      Padam