Ooops! Kamu Nampak Macam Badut!
By Eppy Ismail - 6:31 PTG
Assalam :)
Hai korang! Saya dah habis spm..so what we gonna do? Update blog! Update blog! Update blog! Yeay!
Gembiralah katakan..
Tapi,pada satu hari yang indah (ceyy,indah lah sangat kan..),aku jumpa banyak benda yang bila aku pandang,benda tu macam suatu "distraction" and "annoying". Aku tak tahu kenapa,but seriusly,kau macam badut beb bila pakai baju macam tu.
So,hari ni,tetiba aku prihatin nak google dan bantu kaum sejenis aku dalam cara pemakaian. So,aku jumpa tips ni dekat yahoo.com. Harap berguna lah untuk korang yang masih belum arif dalam cara berpakaian,terutamanya kalau nak guna fesyen colour block.
Kulit putih
Bagi korang yang berkulit yang putih gebu sangat sesuai mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, atau merah jambu. Tapi,kalau korang nak pakai kaler lain pun,no hal..
Kulit kuning langsat
Bagi korang yang mempunyai warna kulit seperti ini,korang sangat-sangat drekomend untuk guna warna-warna yang tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru. Sebab apa? Sebab ia akan menyerlahkan lagi kulit anda,bukan menenggelamkan korang!
Kulit sawo matang
Korang sangat sesuai kalau pakai pakaian berwarna lembut tapi kalau korang rasa ragu-ragu,jangan sekali-kali cuba nak pakai kaler maroon dan ungu. Nonono!
Kulit gelap eksotik
Serlahkan gaya korang dengan warna-warna macam yang ala-ala berwarna tanah yang lembut. Korang juga boleh mencuba warna-warna seperti merah jambu lembut, kuning lembut dan sebagainya.
Kesan akibat tersalah memilih warna
Akan menyebabkan kulit korang nampak kusam. Muka korang pun akan nampak lebih tua dari usia sebenar. Betul! Tak tipu! Korang pun akan nampak lebih berisi dan besar daripada biasa. Silap hari bulan,warna gigi korang pun boleh nampak macam kekuningan. Eee,mesti korang tak nak kan?Kecantikan korang sebenarnya boleh terserlah tapi dek kerana salah pilih warna,korang nampak macam badut!
0 67 komplen