Pertandingan Lagu Puisi Peringkat Bahagian Samarahan 2010 (Bahagian 1)

By Eppy Ismail - 5:05 PTG

          Pertandingan Lagu Puisi Peringkat Bhagian Samarahan telah diadakan pada 6 Mei 2010 di SMK Balai Ringin,Serian. Pada tahun tersebut,sebanyak 5 buah sekolah telah bertanding untuk merebut gelaran juara. Antaranya SMK Balai Ringin,SMK Gedong,SMK Kota Samarahan,SMK Serian dan SMK Muara Tuang. Namun adat pertandingan pasti ada yang kalah dan yang menang. Buat kali yang keduanya,tuah lagu puisi yang bertajuk " BERPADU DALAM SATU" yang dipertaruhkan oleh SMK Gedong telah dinobatkan sebagai juara. Pasukannya yang terdiri daripada 6 orang pelajar yang berbakat ini telah melakukan persembahan yang memukau serta iringan muzik yang unik menjadikan lagu puisi tersebut merangkul gelaran johan. Ahli pasukannya ialah Nur Afifah Binti Ismail (pemuisi dan vokalis),Siti Rahmah Binti Alim (vokalis dan pemain gamelan),Jeffrey ak. Rendie (gitaris utama dan pemain gamelan),Awang Badulnizam (bass gitar),Kenny Gilbert ak. Bajan (conga dan gitar) dan Rio Mixson ak. Aliew (percussion).
          Pasukan mereka telah mengatasi 6 pasukan lain dengan penyandang tempat kedua,SMK Balai Ringin dan tempat ketiga,SMK Kota Samarahan. Walau bagaimanapun,pada tahun tersebut,pertandingan lagu puisi tidak dilanjutkan ke peringkat negeri. Cikgu Mohd. Deny Bin Da'il selaku jurulatih pasukan SMKG yang juga merupakan penggubah lagu manakala puisi tersebut ialah karya Pengetua SMK Gedong,Tuan Hj. Mohd. Pauzan Bin Nuruddin. Menurut sumber yang boleh dipercayai,Pertandingan Lagu Puisi Peringkat Bahagian Samarahan bagi tahun 2011 akan dikelolakan oleh SMK Gedong dan akan berlangsung sekitar bulan Julai 2011. Tahniah diucapkan kepada Pasukan SMK Gedong. Semoga kejayaan yang lebih manis akan dapat dicapai pada tahun ini. Di sini saya sediakan gambar-gambar semasa pertandingan sedang dijalankan. Selamat Maju Jaya..


wajah bercampur baur para peserta dan guru pembimbing

gelagat mereka yang "hyper happy"

Kenny(dua dari kanan) sudah tidak berdaya untuk dudk dgn tegak

team yg akan sentiasa menggenggam piala juara lagu puisi

Dari kiri ; Rio Mixson ak. Aliew,Awang Badulnizam,Kenny Gilbert ak. Bajan,
Jeffrey ak. Rendie,Siti Rahmah Alim,Nur Afifah Ismail,En. Mohd. Denny Da'il

kan dh tukar pose bila tak de cikgu..tkut digelar "putera & puteri ngegeh"

nur afifah (appy) sedang mendeklamasi puisi

sedang gembira menyanyi bersama

 
feeling untuk tarik penonton dengar..





BERPADU DALAM SATU 
Lirik : Tuan Hj. Mohd. Pauzan Bin Nuruddin
Lagu : Mohd. Deny Bin Da'il

Hamparan negara
Persinggahan setiap warga
Mencari rasa bahagia

Jangan terdapat duka
Mencari nikmat berpadu
Jangan terdapat hempedu 

Kilauan cahaya tanah bertuah
Menyingkir rasa sengketa
Tiada betah berpatah arah
Tiada guna berpecah belah

Seraga rasa berbangsa
Berteduh dalam lembayung fajar pertiwi 
Bangsa Malaysia kukuh berdiri
Seolah berasal dari satu uri
Berdiri berbakti 
Berpadu bagaikan dipateri janji

Seliang selahad
Wujud semadi
Seharum Jannatul Naim
Berpadu dalam satu..

  • Share:

You Might Also Like

0 67 komplen