Isnin, 14 Julai 2014

Being an EXCO is like having a big fish in a small mouth.

Assalamualaikum.

Aku tahu aku ni bukan siapa-siapa. Siapalah aku nak dijadikan contoh kepada orang lain. Aku ada banyak kelemahan,terlalu banyak jika nak dibandingkan dengan pelajar biasa yang tiada pangkat dan tidak popular. Tapi orang tetap memberikan beban yang aku rasakan begitu berat untuk aku pikul. Bila aku mencalonkan diri dulu,aku masih ada rasa keyakinan itu. Tapi di sebalik kekalahan aku dalam pilihan raya,aku tidak lagi memikirkan perkara tersebut yang aku rasakan ada hikmah disebaliknya. Tapi adakah ini hikmahnya? Menggantikan orang lain yang mengundur diri? Aku tidak rasakan itu adalah satu perkara yang 'cool'. Bahkan menggantikan orang bermaksud aku adalah orang yang kurang berkelayakan. Tidak layak barangkali. Menjadi pemimpin? Bercakap pun malu-malu,aku tidak layak,sekali lagi. 

Menjadi Exco Akademik dan Perkembangan Pelajar adalah tugas yang sangat berat dan memerlukan komitmen yang tinggi kerana perkataan 'akademik'. PPPU adalah pusat akademik,mustahil untuk meminggirkan aspek akademik dalam setiap aktiviti yang bakal dijalankan. Jadi?

Aku akan menjadi seorang sangat sibuk. Dan tidak akan ada waktu tidur yang lebih. Dan lebih teruk,menjadi pencuri waktu tidur semasa kuliah. What the fish.

Tapi aku yakin yang Allah sedang merancang sesuatu yang baik untuk aku. Berprasangka baik terhadapNya. Aku terima untuk kebaikan aku sendiri. Kalau aku kecundang dalam permainan ini,puncanya adalah aku. Optimis dan terus gerak walaupun aku masih merasakan yang aku tetap tak layak.

Insya-Allah. 

Barisan JPPPU UNIMAS 2014/2015

2 ulasan:

  1. Setiap kejayaan besar di dunia ini mesti di dahului dengan banyak percubaan.. :D
    Well Good Luck.. semoga berjaya dalam setiap jawatan yang di beri.. Dan berdoa moga semua urusan dipermudahkan Allah :D

    BalasPadam
  2. done follow blog ni #332. lawanya owner blog ni

    BalasPadam